1 Menyasarkan sesuatu masalah kepada pihak yang betul, melakukannya dengan ikhlas tanpa jemu, tindakan follow up dan follow through, sikap tak pernah mengalah serta berserah kepada Allah adalah antara resepi kejayaan Datuk Abd Razak bin Baba (Captain), seorang aktivis sosial dan politik 1Malaysia dalam usaha beliau membantu rakyat di seluruh negara khususnya di kawasan P059 Bukit Gantang sejak 2009.
2 Beliau bergerak tanpa sebarang jawatan dan dana, tetapi itu bukanlah penghalang bagi beliau untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah-msalah mereka. Yang penting kita kena bekerja dan yakinkan rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional memang peka dengan masalah rakyat dan sentiasa memberi keutamaan kepada mereka sejajar dengan slogan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat daripada yang lainnya.
3 Menurut Y.Bhg Datuk Razak wakil rakyat atau pemimpin politik adalah orang kerajaan sementara kakitangan kerajaan pula berfungsi memudahkan wakil rakyat atau pemimpin politik menjalankan tugas-tugas mereka membantu dan membela rakyat.
4 Kakitangan kerajaan adalah pentadbir dan di atas mereka adalah wakil rakyat dan pemimpin politik kerajaan. Justeru sepatutnya pentadbir berada di bawah pemimpin ini. Justeru mereka mesti akur dengan arahan pemimpin dan kerajaan. Anehnya Kadang-kadang wakil rakyat terlampau tunduk kepada pentadbir atau menurut kata pentadbir walhal seperti juga halnya Pengetua yang selalu bertanya dan akur sahaja kepada kerani beliau. ” Ini sudah terbalik,” katanya.
5 Keadaan inilah yang menyebabkan wakil rakyat akhirnya diketawakan dan tidak dihormati oleh rakyat. Wakil rakyat mesti ada ilmu pengurusan dan tahu semua perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran dan prosedur sesuatu urusan dalam jabatan kerajaan.
6 Jika tidak mereka seperti orang yang sedang diperbodohkan yang hanya mengikut telunjuk dan nasihat orang lain kerana tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengurusan, pentadbiran, kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah.
7 Beliau selalu mengungkapkan kata-kata ini dalam perbualan beliau dengan saya. Rakyat tidak menghukum kakitangan kerajaan, sebaliknya yang akan dihukum ialah pemerintah dari parti kerajaan. Yang bersalah tetap kerajaan sekalipun yang melakukan kesilapan atau kesalahan itu adalah kakitangan kerajaan.
8 Sebagai contoh, Menteri Besar akan dipersalahkan apabila berlaku sesuatu masalah rakyat yang membabitkan soal pemilikan tanah, walhal yang mungkin melakukan kesilapan, kelewatan, ketidaktelusan dan penyelewengan adalah Pentadbir Tanah.
9 Begitulah buruknya kesan kepada kerajaan jika kakitangan kerajaan hanya tahu makan gaji dengan kerajaan sebaliknya tidak beramanah dan berintegiriti.
10 Mereka menerima habuan daripada kerajaan pada setiap bulan tetapi mereka turut memukul kerajaan dengan sikap buruk yang mereka tunjukkan dalam menjalankan tugas mereka.Rakyat mendapat gambaran salah mengenai kerajaan daripada beberapa kerat kakitangan kerajaan yang bersikap negatif seperti ini.
11 Melihat kepada apa yang beliau lakukan selama ini saya kira Datuk Razak memiliki apa yang beliau dakwa itu. Dengan ilmu dan kepakaran yang beliau miliki beliau bukan sahaja dapat mengenal pasti apa sebenarnya punca masalah tetapi juga meyakinkan pihak tertentu untuk melihat masalah yang diketengahkan itu sebagai penting dan perlu diselesaikan segera.
12 Beliau bukan wakil rakyat, bukan juga AJK Bahagian. Tetapi Datuk Razak melakukannya seperti beliau adalah seorang wakil rakyat. Beliau adalah prebet yang melakukan tugas panglima. Beliau langsung tak takut, sangat berani, penanggung risiko dan meyakinkan.
13 Mungkin bagi sesetengah orang pendapat saya ini agak keterlaluan, tetapi bagi saya yang mengikuti perjuangan beliau dari dekat dan bersama-sama beliau dalam mengharungi susah payah melayarkan bahtera perjuangan ini, inilah antara kesimpulan yang saya dapat buat bagi menggambarkan diri beliau yang sebenar.
14 Antara kejayaan beliau yang dapat dicatatkan di sini ialah membela nasib nelayan pukat surong di negeri Perak khususnya dari Kg Bagan Pancor di bawah DUN Pengkalan Baru dalam Parlimen Beruas, Sg Tinggi, Sg Rahmat, Sg Kerang, Termeloh, Kuala Trong di bawah DUN Trong dan nelayan di Matang dan Kuala Sepetang di bawah DUN Kuala Sepetang dalam Parlimen Bukit Gantang.
15 Kawasan-kawasan yang disebutkan tadi adalah kawasan aktiviti nelayan Pukat Surong yang berekonomi tinggi. Nelayan-nelayan ini terdiri daripada 99% orang Melayu dan 1% orang Cina. Nelayan-nelayan ini adalah pengundi yang kecewa tetapi kini dibela.
16 Dengan bantuan Datuk Razak juga penantian rakyat selama 30 tahun berakhir apabila permohonan Tanah Rancangan Berkelompok (RTB) di Matang Limau diberi kelulusan setelah campurtangan YAB Menteri Besar Perak.
17 Mereka yang terdiri daripada 41 orang yang seratus peratus berbangsa Melayu dan juga pengundi di DUN Trong dalam Parlimen Bukit Gantang berasa amat gembira dan bersyukur atas apa yang mereka peroleh.
18 Mereka ini juga kecewa sebelumnya tetapi dengan kesungguhan Datuk Razak yang mendesak YAB MB Perak dan Pentadbir Tanah agar memberikan keutamaan kepada permintaan mereka, aklhirnya masalah yang boleh mencalarkan imej baik BN berjaya diselesaikan.
19 Selain itu, isu Masjid Kuala Sepetang yang telah dibawa oleh Datuk Razak kepada pengetahuan DYTM Sultan Perak akhirnya telah menemui jalan penyelesaian apabila sebidang tanah berhadapan Kpg Menteri, Kuala Sepetang untuk dijadikan tapak masjid baru itu telah pun diluluskan. oleh Pejabat Tanah.
20 Penantian selama 100 tahun penduduk Kpg Seberang Kuala Sepetang turut berakhir apabila jejantas yang menelan perbelanjaan kira-kira RM3.6 juta diluluskan pembinaannya.
21 Jejantas itu menjadi satu keperluan bagi penduduk Kpg Seberang memandangkan ia berkaitan dengan nyawa manusia. Kita tidak mahu kerajaan dipersalahkan apabila ditakdirkan ada nyawa yang melayang semasa menggunakan bot atau sampan.
22 Berita ini disambut baik dan gembira oleh seluruh penduduk Cina di Kg Seberang. Mereka hanya menunggu jambatan itu terbentang megah di hadapan mata mereka setelah ia diluluskan.
Tunggu sambungannya…..
Catatan GuruBashid










