” Setelah lama kita menggunakannya, marilah kita berhenti sebentar untuk mengasahnya,”GuruBashid
Dari Perspektif GuruBashid
” Setelah lama kita menggunakannya, marilah kita berhenti sebentar untuk mengasahnya,”GuruBashid
” Ingat seburuk-buruk UMNO di mata PAS, UMNO tidak pernah menggunakan nama Islam, apatah lagi berselindung di sebalik Islam untuk mempertahankan kesalahannya ” GuruBashid
1. Apa yang sedang berlaku membuktikan yang PAS tidak pernah ada idea sendiri. Semua yang mereka katakan tentang UMNO dicuri daripada UMNO sendiri.
2. Apabila Tan Sri Muhyiddin berkata UMNO hilang […]
1. Sebelum Tsunami kita dapati Indonesia kerap berganti presiden tetapi tidak berganti keadaan.
2. Keadaan semasa tidak menjadi lebih baik daripada keadaan di bawah pemerintahan presiden sebelumnya.
3. Selepas Tsunami semuanya berbeza, bukan sahaja lanskap sebahagian wilayah Indonesia tetapi juga lanskap politik dan sosio ekonominya.
4. Tiada lagi kita dengar rasa tidak puas hati kepada pemerintah yang diikuti dengan pemberontakan dan […]
Kata GuruBashid:
Salam sdr Parjo,
Apa yang saudara tuliskan bukanlah asing bagi kami. Itulah yang kami jangkakan. Dari dahulu lagi itulah cara pemimpin dan ahli PAS memperkatakan/mempertahankan Islam kepartiannya.
UMNO tidak pernah menafikan Islam sebagai cara hidup dan agama, sebab itu dari dahulu lagi UMNO mempertahankan Islam sebagai agama rasmi, memajukan syiar Islam di negara ini dan memastikan […]
Kalau di bawah tadi anda melihat dan membaca sendiri bagaimana komen sdr Parjo, kini lihat dan baca pula komen sdr Taminsari terhadap artikel saya yang berjudul Amaran Kepada Lawan-Lawan Kami.
Salam buat Tuan GuruBashid.
Satu amaran yang tepat dan kena pada masanya. Mungkin kita boleh membuat saranan agar penggunaan perkataan Islam digugurkan dari mana-mana parti politik […]
Sebagai menghargai saudara Parjo yang berminat berkunjung ke laman ini dan meninggalkan komen, di sini saya perturunkan satu daripada komen beliau
salam..
seperti yg sy katakan sebelum ni…
pi mai pi mai tang tu jugak le kerja buat hangpa semua dlm UMNO ni…sebelum ni hangpa dah x puashati dgn pimpinan hangpa sendiri sbb mengeluarkan cadangan utk membubarkan […]
” Sebagai parti ciptaan manusia dan manusia sendiri ciptaan Allah, tidak ada satu parti yang serba sempurna di dunia ini.Baik ciptaan Allah mahupun ciptaan manusia semuanya bersifat baharu. Dan semua yang baharu sifatnya berubah-ubah. PAS tentu lebih tahu dalam hal ini. Jadi mengapa sebahagian anda mengatakan UMNO tidak akan berubah? ,”GuruBashid
1. SAYA ingin memberitahu Pakatan […]
” Pada saat-saat kita diuji seperti sekarang ini musuh-musuh kita akan datang menjenguk kita seolah-olah selama ini mereka sangat mengambil berat tentang kita. Namun kehadiran mereka bukan untuk menolong tetapi sekadar mahu melihat berapa besar luka kita, bukan untuk dicarikan ubat tetapi untuk dibuat modal cerita. Tidak cukup setakat itu, mereka akan meninggalkan ludah […]
Y.Bhg. Tan Sri,
Assalamu’alaikum,
1. Maafkan saya Tan Sri jika saya katakan pada saat ini saya benar-benar tidak dapat menyembunyikan rasa kurang senang saya atas pandangan Tan Sri yang ingin membubarkan sayap Puteri dan Putera UMNO dengan mengaitkannya dengan rasuah politik.
2. Mujurlah isteri saya dan anak perempuan sulung saya tidak bersama-sama saya menonton TV pada petang […]
” Manusia tidak dihukum dengan ilmunya, tetapi manusia dihukum dengan amalnya’ “GuruBashid
1. Apabila kita mengkritik pendapat atau pandangan seseorang tentang sesuatu marilah kita membahaskannya di sekitar isu yang dibangkitkan sahaja.
2. Bekas guru bahas saya semasa di Kolej Islam Kelang (sekarang KISAS), Ustaz Ku Abd Hamid Ku Othman pernah berpesan kepada saya, “fokus kepada […]
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Dec | Feb » | |||||
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |