” Mereka menolak sebuah kerajaan perpaduan, kita cuma menolak perdebatan. Mereka seolah-olah menebang pohon, sedangkan kita cuma mematahkan rantingnya.” GuruBashid
Dari Perspektif GuruBashid
” Mereka menolak sebuah kerajaan perpaduan, kita cuma menolak perdebatan. Mereka seolah-olah menebang pohon, sedangkan kita cuma mematahkan rantingnya.” GuruBashid
” Ketika kerajaan di bawah pimpinan DS Najib sibuk buat itu dan ini, ada pula antara mereka mencadangkan debat. Mereka jenis ini melihat seolah-olah semua masalah akan cair di mulut, bukan pada tindakan. Mereka bekerja dengan mulut sedangkan kerajaan bekerja dengan akal dan minda. Ketika kita mengharapkan sesuatu yang positif mereka masih mahu menawarkan air […]
Teks Ucapan
Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang Dan Selama
Dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Pada 25 Jun 2009
Assalamu’alaikum wr wbt,
Saya mengucapkan tahniah kepada tuan/puan atas kejayaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009.
Tuan puan berhak untuk meraikan kejayaan ini sebab ini adalah ganjaran hasil kerja keras tuan/puan di sekolah. Namun tuan/puan harus sedar bahawa di luar sana […]
” Nampaknya tahun 2009 diwarnai oleh beberapa individu yang namanya bermula dengan huruf N.Sebelum ini Nizar menjadi subjek saya, kali ini giliran Nik Aziz pula.Saya kira nama yang pertama itu lebih mempengaruhi cara berfikir mursyidul ‘am PAS itu daripada namanya yang kedua itu. Dia mungkin lebih bersedia melupakan Aziznya, tetapi tidak dengan Niknya.Nik Aziz mahu […]
” Izinkan saya memanggilnya Nizar sahaja. Dalam pengamatan kasar saya, saya dapati tiada sesiapa dalam PAS mahu pun dalam Pakatan Pembangkang yang bersedia menegur Nizar. Sama ada kerana takut atau sebab lain saya tak begitu pasti. Sebab itu dia sudah terbiasa dengan cara-cara rimba yang pernah dimulakan olehnya di bawah pokok itu dan kini […]
1. Saya sedang memulakan projek peribadi saya iaitu menggubal sebuah modul Pengajaran dan Pembelajaran Berintegriti atau diringkaskan sebagai P & P Berintegriti.
2. Di akhir projek ini saya amat berharap agar sebuah Modul P & P Beintegriti berjaya diterbitkan dan diiktiraf sebagai panduan untuk setiap guru dalam membantu proses p & p mereka.
3. […]
1. Saya masih belum jelas apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan. Apakah bentuk, contoh dan rujukannya? Tetapi saya bersedia melupakan persoalan ini sebab saya lebih tertarik kepada idea perpaduan itu.
2. Apa pun yang bermatlamatkan perpaduan dan penyatuan wajar disokong. Itulah yang sepatutnya dan menjadi harapan ramai orang.
3. Tetapi itu kata kita. Pandangan orang awam seperti […]
1. China dalam sejarahnya tidak pernah menyerang negara lain dan meluaskan sempadannya. Dalam kes Manchuria sebagai contoh serangan hanya dilakukan untuk mempertahankan sempadannya yang diceroboh bukan dengan tujuan perluasan kuasa.
2. Malahan lebih awal dari itu sekitar tahun-tahun 1400-1500-an dalam hubungan China dengan Melaka tidak nampak sebarang petanda negara yang kaya dengan rumpunan pokok […]
1. SITUASINYA sama seperti satu permainan yang selalu dijalankan dalam aktiviti LDK (Latihan Dalam Kumpulan) di mana anda terpaksa memilih 4 daripada 6 orang untuk diselamatkan. Tentunya pilihan itu mesti tepat, jauh daripada kepentingan diri dan ada sebab yang kukuh mengapa anda memilih empat orang itu.
2. Cuma bezanya dalam permainan itu kita diberi […]
” Kita mengharapkan orang lain sama seperti kita membenci komunis. Tetapi jika yang mereka terima di sekolah dan di rumah tidak sampai ke tahap itu, apakah yang boleh kita katakan?” GuruBashid
1. Saya tahu cerita tentang Chin Peng, Parti Komunis Malaya (PKM) yang diterajuinya, siapa dia dan apa yang telah dia telah lakukan ke atas rakyat […]
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « May | Jul » | |||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | ||||