Selepas tewas bas pun pulang
pulang ke kampung beralas dendam
kesannya melekat tak kan hilang
disimbah bah namun tak padam
Ciptaan GuruBashid
Dari Perspektif GuruBashid
Selepas tewas bas pun pulang
pulang ke kampung beralas dendam
kesannya melekat tak kan hilang
disimbah bah namun tak padam
Ciptaan GuruBashid
Mulut menyembur muntah jahiliah
Biar pun kalah asalkan puas
Tinggallah penduduk menghidu muntah
Muntah disembur tak beralas
Ciptaan GuruBashid
Bersyukurlah buat yang menang
bermuhasabahlah buat yang kalah
insya-Allah ke Merlimau kita datang
menyembur lagikah muntah jahiliah
Ciptaan GuruBashid
Yang datang telah pun pulang
setelah menyembur muntah jahiliah
tinggallah Normala berhati walang
bersama Ma’arof malamnya gundah
Ciptaan GuruBashid
Tenang pun kembali tenang
penghukum telah disumpah
yang menang hatinya senang
sambil menyapu muntah jahiliah
Ciptaan GuruBashid
Cadangan Kepada MKT
Cadangan berikut mungkin boleh dijadikan dasar pengurusan kelas sebagai tambahan kepada dasar yang sedia ada. Cadangan ini sebenarnya pernah dipraktiskan di beberapa buah sekolah. Antaranya ialah
1 Mewajibkan Penggunaan Jam Dinding Di Kelas
Ada kelas yang ada jam dinding, tetapi banyak juga kelas yang tidak ada jam dinding.Jadi untuk kebaikan semua murid di dalam kelas […]
” Darjah tolak ansur, tahap kesabaran dan semangat kerjasama orang Melayu beragama Islam cukup tinggi. Banyak buktinya. Yang terdekat kita bersedia meminda beberapa perkara yang terkandung dalam novel Interlok atas sebab menghormati kaum India di Malaysia. Apakah buku terbaru Lee Kuan Yew HARD TRUTHS TO KEEP SINGAPORE GOING akan dibuat pindaan khususnya yang berkaitan pandangannya […]
Visi MKT
MKT Memimpin Kelas Terurus
Misi MKT
Suasana fizikal kelas yang bersih, ceria, selamat, bermaklumat dan kondusif yang menggalakkan pembelajaran hanya akan tercapai melalui pengurusan dan kepimpinan ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berkesan
Moto MKT: Dari Kelas Untuk Sekolah
Skop MKT
Berdasarkan visi dan misi di atas MKT hanya boleh menentukan dan mempengaruhi suasana fizikal kelas dalam […]
Peralatan/Bahan Keperluan Kelas
1 Bagi memastikan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria, pihak sekolah membekalkan kepada setiap kelas bahan-bahan berikut. Bahan-bahan tersebut diserahkan oleh PK HEM (pada tahun 2012 akan diserahkan kepada MKT untuk edaran) kepada Ketua Tingkatan dan semua penerimaan dicatatkan.
2 Bahan-bahan tersebut terdiri daripada:
2.1 2 batang pen marker
2.2 2 batang penyapu
2.3 […]
Polisi Kelas 2011
1 Majlis Ketua Tingkatan (MKT) hendaklah memastikan, memantau dan menguatkuasakan polisi kelas 2011 agar semua kelas bukan sahaja akur malahan melaksanakan polisi tersebut sepenuhnya.
2 Polisi kelas ini ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk HEM yang bertanggungjawab terus kepada Pengetua bagi tujuan menyeragamkan dan menyelaraskan urus tadbir kelas.
3 Polisi Kelas tersebut meliputi:
3.1 Kelas tanpa […]
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Dec | Feb » | |||||
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | 31 | |||||