Rencana di bawah pernah tersiar dalam Mimbar Jumaat, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia, 14 Oktober 1988 iaitu 6 tahun sebelum pertubuhan Darul Arqam diharamkan.
14. Perkara yang paling meragukan saya ialah apabila Syeikh al-Arqam begitu yakin Imam Mahadi akan muncul tidak lewat tujuh tahun dari sekarang atau lebih tepat lagi tidak lebih dari tarikh 1415H.
15. Keyakinan beliau berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.a.W yang mengatakan “akan lahir pada setiap awal kurun, seorang manusia yang akan membaharukan agama.
16. Saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa Haji Ashaari Muhammad mempunyai alasan peribadi yang juga merupakan alasan lain yang tersirat sehingga ia berani meletakkan tempoh tertentu mengenai kebangkitan Imam Mahadi.
17. Katakanlah Imam Mahadi atau lebih tepat Syeikh Suhaimi tidak muncul-mucul juga sekalipun tarikh 1415H hampir-hampir berlalu, sedangkan pengikut-pengikutnya telah diyakinkan bahawa Syeikh Suhaimi akan muncul dalam tempoh tersebut.
18. Pengikut-pengikutnya telah begitu yakin tentang kebenaran dakwaannya selama ini tentang Imam mahadi.Tentu Syeikh al-Arqam tidak mahu pengikut-pengikutnya yang begitu fanatik terhadapnya selama ini mempertikaikan dirinya dan seterusnya seorang demi seorang mengundurkan diri daripada pertubuhan Darul Arqam.
19. Kalau perkara di atas terjadi apakah erti usahanya selama ini menghimpunkan dan membentuk seramai mungkin penyokong yangbegitu fanatik kepadanya dan kepada Darul Arqam dan memperkukuhkan kepimpinannya serta menguatkan kedudukan Darul Arqam?
20. Tentu Syeikh Al-Arqam tidak mahu hanya kerana kegagalannya membuktikan kebenaran dakwaannnya bahawa Imam Mahadi akan muncul sebelum tahun 1415H, tiba-tiba menyebabkan semua usahanya selama ini menjadi sia-sia.
21. Untuk mengekalkan keyakinan pengikut-pengikutnya terhadap kepeimpinannya dan kepada pertubuhan Darul Arqam, saya amat bimbang kalau-kalau ada orang tertentu daripada kalangan jamaah tersbebut yang akan memenuhi kekosongan itu dengan mengisyhtiharkan dirinya sebagai Imam Mahadi, lalu berlagak sebagai Penyelamat Islam akhir zaman.
22. Lebih menakutkan lagi kalau-kalau kebanjiran darah akan berlaku hanya kerana kedatangan seorang Imam Mahadi palsu ini.
23. Kalau berlaku peristiwa yang saya gambarkan tadi, ternyata kedatangan Mahadi yang dicanagkan oleh mereka selama ini sebagai pembawa kemakmuran, keadilan dan keamanan, sebenarnya adalah seorang “Mahadi” yang menyerakkan bumi Allah ini dengan darah manusia yang tidak berdosa.
24. Mungkin juga benar Syeikh Suhaimi akan muncul lalu mengisyhtiharkan dirinya sebagai Imam Mahadi.Tetapi yang muncul bukan jasad Syeikh Suhaimi yang sebenarnya, sebaliknya sekadar suara, roh dan semangatnya sahaja yang akan mengambil tempat dalam diri seseorang yang tentunya bertaraf pemimpin dan berpengaruh.
25. Maka ketika itu akan muncullah seorang yang bersuara, bertenaga dan bertindak sebagai Syeikh Suhaimi lalu mendakwa dirinya “Akulah Sheikh Suhaimi,Imam Mahadi akhir zaman” orang itu adalah menurut suara, tenaga dan tindakan ’sahabat’ yang menguasai dirinya.
26. Dan pada waktu itu seribu satu macamkemungkinan boleh kerana orang yang sudah “dirasuk” itu biasanya melakukan sesuatu dalam keadaan lupa atau tidak sedar.
27. Bukankah orang-orang Melayu memang terkenal dengan perbuatan-perbuatan luar biasa mereka seperti yang terkandung dalam amalam “menurun”, “mengamuk”, “berlupa”, “naik sheikh” dan sebagainya.
28. Sebelum kejadiaan-kejadian yang tidak diingini ini berlaku lebih baiklah kita beringat-ingat dan berhati-hati dalam segenap tindakan kita.
29. Kalau nasi sudah manjadi bubur, sesal pun tidak berguna lagi. Saya hanya sekadar mengingatkan. Wallahu a’lam.
Hakcipta Abd Bashid Harun











3 users commented in " Siapakah Imam Mahadi Haji Ashaari Dan Al-Arqam? (sambungan) "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSaya pernah menyertai kumpulan ini. dan tak sampai setahun pun setelah mengenal pasti penyelewengana akidah mereka, dan Abuya sehingga kini masih aktif menyesatkan akidah pengikutnya. nama baru darulIhkwan holding selepas rufaqah.
Jawapan GuruBashid:
Utk makluman sdr Taipingmali, ketika rencana ini ditulis saya sedang bertunang dengan isteri saya sekarang. Saya bertunang dengan beliau hampir tiga tahun dan kerana rencana ini kami hampir tiada jodoh. Sebabnya saya bertanggunggjawab menyedarkan dia dan membawa beliau keluar daripada kumpulan Darul Arqam yang bermarkas di Tg Malim. Saya berpegang kepada prinsip, jangan sekadar bercakap tetapi bertindak membawa pengikutnya keluar. Al-hamdulillah saya berjaya membawa beliau keluar. Malahan selama beberapa tahun dia saya benarkan memakai purdah (jilbab). Saya tidak pernah menyuruhnya, malahan saya juga tidak pernah melarangnya. Saya biarkan dia dengan caranya sebab bagi saya berjilbab atau berpurdah itu hanyalah satu fesyen. Tetapi setiap kali ada majlis sosial dan kekeluargaan saya akan membawa isteri saya bersama. Saya tidak kekok dan dia juga nampaknya bersedia. Lama kelamaan isteri saya sendiri yang menggantikan purdah atau jiilbab dengan baju kurung dan bertudung biasa.
assalammualaikum.tidak ramai yg tahu selama ini apakah perbuatan yang ashaari muhammad dan pengikutnya lakukan terhadap keluarga syeikh suhaimi.dapatkan buku siapakh dalang penyelewengan aurad muhammadiah.buku ini membongkar kisah pembohongan dan penipuan serta kelakuan ashaari muhammad terhadap keluarga syeikh suhaimi.ia ditulis sendiri oleh cucu syeikh suhaimi..sila emel ke nsyaibani@yahoo.com.my
Saya berpendapat orang yang mengaku ngaku biasanya tak dapat. Yang berangan angan lagi la tak dapat, apa pun kita ucapkan syukur kerana berjaya membentuk umat islam ke arah mentauhidkan Allah swt dan hampir mampu menyempurnakan sebahagian sunnah baginda saw di diari kehidupan seharian untuk kesejahteraan ummah akhir zaman.
Walaupun begitu setiap apa yang kita lakukan ke tas penyempurnaan akidah umat islam pada keseluruhannya bukanlah itu berarti kitalah Mahdiy yang dimaksudkan oleh baginda Saw, boleh jadi mahdit kecil yang mengiringi Imam Mahdi. begitu juga Pemuda Bani Tamim..Mereka ini semua adalah manusia yang dijanjikan Allah di akhir zaman dan amat dirahsiakan pezribadinya.
Jika sekiranya mereka ini dapat dikenal dengan mudah saya amat pasti mereka ini telah di bunuh dan selesailah operasi sulit yahudi dan nasrani yang berpengkalan di Singapra dan Filipina. Mereka lebih mengenali diri yang dimaksudkan terlebih kenal dari mengenali anak-anak mereka. Wallahu Aklam.
Kami ada dongengan di www.dariufuktimur.com
Leave A Reply