SAYA ingat anak saya itu tidak mengambil tahu tentang berita di TV3 itu. Rupa-rupanya dia kisah juga setelah melihat abah dan ibunya turut ambil tahu tentang hal ini.

” Liwat itu seorang lelaki memasukkan balaknya ke dalam lubang keluar tahi,” jelas saya.
” Boleh ke babah,? ” tanya Atiqah
” Haram dan berdosa besar, tak boleh,” kata saya dengan tegas.
” Tu ada yang buat tu sambil menujuk ke arah seseorang yang gambarnya sedang ditunjuk di kaca TV,” tanya anak saya lagi macam tak puas hati.
” Yang penting ayah kamu tak buat, ” jelas saya.
” Tak sakit ke babah,” tanya anak saya lagi
” Abah tak tau sebab abah tak pernah kena. Tapi menurut orang yang pernah kena boleh menyebabkan tak berak dua hari….”, jelas saya

Adiknya izzah, mamanya zarinasuri dan saya sendiri ketawa besar pada malam itu.

” Sanggupkah kamu negara kita ditimpa tsunami atau gempa bumi yang menenggelamkan seluruh penduduk seperti yang pernah berlaku kepada kaum Nabi Lut,” tanya isteri saya pula.

” Ha, baru Iqah ingat, ustazah ada ceritakan tentang ini,” sambil mengangguk-angguk kepala menunjukkan dia semakin faham.

” Ustazah Izzah pun ada cerita, ” celah adiknya tak mahu ketinggalan.

” Takutlah mama,” jelas Iqah.

” Kalau takut jangan meliwat, ” jawab isteri saya dengan tegas.

” Saya perempuan, mana boleh liwat,” kata anak saya yang kedua itu.

” Bencinya!, ” tiba-tiba sahaja anak sulung saya, Husna yang sedang menunggu keputusan STPM dan sekarang bekerja sementara di Pejabat UMNO Bahagian bersuara nyaring dari bilik tidurnya. Rupa-rupanya dia tidak mahu terlepas daripada perbincangan di sekitar benda sulit yang disalah guna itu.

Catatan, Jumaat malam