Rencana ini pernah tersiar dalam akhbar Harian Nasional, hal 24
Pada 7 September 1984

11. Usaha awal mereka ialah dengan membuat tuduhan demi tuduhan ke atas Al-Quran. Mereka menuduh al-Quran sebagai cerita dongeng yang dicipta oleh Nabi Muhammad S.A.W.(lihat surah Al-Furqan ayat 4).

12. Nabi Muhammad S.A.W juga dituduh sebagai penyair dan Al-Quran itu adalah syair baginda. Lebih dahsyat dari itu, mereka menuduh Al-Quran telah diturunkan oleh iblis kepada Nabi Muhammad S.A.W (lihat surah Asy syu’araa’ ayat 210).

13. Berbagai-bagai tuduhan lagi telh dilemparkan terhadap Al-Quran sedangkan mereka sendiri gagal membuktikan kebenaran tuduhan-tuduhan itu.

14. Bagaimanakah Rasulullah S.A.W. dapat mencipta Al-Quran sedangkan baginda seorang yang buta huruf, tidak tahu membaca dan menulis? Baginda tidak pernah belajar sendiri, jauh sekali untuk menerima pelajaran di sekolah.

15. Seorang yang buta huruf tidak akan dapat menghasilkan sebarang bentuk tulisan walaupun walaupun sebuah buku. Inikan pula untuk mencipta sebuah kitab Al-Quran. Tidak hairanlah kalau baginda merasa amat takut dan mengambil sedikit masa sebelum berjaya membaca surah Al-’Alaq, wahyu pertama yang diajarkan oleh malaikat Jibrail kepadanya.

16. Mereka juga menuduh Nabi Muhammad S.A.W sebagai penyair dengan maksud menyamakan Al-Quran dengan syair. Seolah-olahnya mereka mahu menyamakan nabi dengan mereka. Ini merupakan suatu perkara yang amat berlawanan dalam Islam.

17. Wajarkah kehidupan nabi dianggap sama dengan penyair sedangkan sifat-sifat penyair jauh menyimpang daripada sifat-sifat para rasul?

18. Di belakang para penyair ialah orang-orang yang sesat, suka memutar belitkan lidah dan tidak mempunyai pendirian. Perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ucapkan. Ini digambarkan dengan jelas oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya dalam surah Asy Syu’araa’ (ayat-ayat 224, 225 dan 226).

19. Lantas Al-Quran bukanlah syair dan Nabi Muhammad s.A.W. bukanlah seorang penyair. Isi kandungan syair amat bertentangan dengan Islam kerana syair selalunya mempunyai tema-tema assabiah (perkauman), pemujaan ke atas kabilah, mengagung-agungkan diri dan keturunan mereka di samping merendah-rendahkan orang-orang dan kabilah lain, pemujaan ke atas wanita, arak dan lain-lain.

20. Semua tema ini telah menimbulkan kesan yang buruk kepada perpaduan bangsa Arab Jahiliah dan menjadi punca berkembangnya maksiat. Tegasnya, kandungan syair Arab jahiliah tidak memancarkan nilai-nilai keislaman.

Hakcipta Abd Bashid Harun