” Mereka hanya ada seseorang sedangkan kerajaan bukan sahaja memiliki orang-orang itu tetapi turut berupaya menawarkan sesuatu. Sedang mereka menghibur hati dengan mengada-adakan sesuatu isu dan mengajak kerajaan bermain-main dengannya, kerajaan pula memiliki isi-isinya dan mahu berkongsi faedahnya dengan orang lain.Ketika mereka berpura-pura yakin walhal mereka hanya berpaut pada ranting dan dahan, kerajaan pula memeluk teguh pohon dan akar tunjangnya. Pandangan mereka tidak pula lebih jauh daripada parti mereka sendiri, sedangkan kerajaan melihat kepada semua orang dan memandang jauh ke hadapan. Apabila berkata-kata ucapan mereka tidak lebih daripada mencari salah kerajaan sambil memuji-muji diri sendiri sedangkan kerajaan bukan sahaja memperkukuh yang lain tetapi juga sedang sibuk membuat pembetulan ke atas diri sendiri. Yang mereka lihat hanyalah hutan dan kegelapan sedangkan kerajaan melihat setiap pokok di dalam hutan itu dan cahaya di sebaliknya. Tetapi dalam lisan dan alasan mereka selalu mendominasi dan mendahului sedangkan kerajaan terus bekerja dengan melaksanakannya. Mereka kononnya melihat tetapi tidak pernah nampak, sedangkan kerajaan nampak sehingga ke akar umbi masalah “.
Madah GuruBashid











No user commented in " Antara Mereka Dan Kerajaan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply