1 Sungguh mengujakan. Darjah tolak ansur dan tahap kesabaran para pemimpin di Malaysia amat tinggi.Walaupun diuji dari hujung rambut ke hujung jari, mereka masih mahu mencari jalan lain semata-mata untuk memberi peluang kepada mereka yang bersalah untuk sedar sendiri.
2 Inilah kebaikan yang ditawarkan daripada mereka yang beragama Islam di negara ini dan di bawah didikan UMNO yang berbudi. Jika anda mahu mencari keadaan seperti ini di tempat lain, anda boleh ke sana. Tetapi jika anda tidak memperolehinya anda masih boleh kembali ke sini.
3 Namun bersandarkan situasi sekarang kebaikan pada tahap wali ini perlu dikurangkan sedikit hingga ke tahap gaban agar individu seperti Namawe menerima akibat yang sepadan dengan perbuatannya sendiri.
4 Namawe perlu dihukum sepadan dengan kesalahannya agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Namawe dan mereka yang sealiran dengan caranya perlu sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang, di mana yang paling tinggi dan paling suci adalah perlembagaan.
5 Jika Namawe dibiarkan hidup bebas dengan caranya, orang akan memberikan gambaran buruk berganda bukan sahaja kepada para pemimpin negara, tetapi kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang juga.
6 Namawe dengan caranya yang salah perlu dihentikan serta merta agar orang tidak menaruh simpati berganda terhadapnya hingga melahirkan lebih ramai Namawe. Seluruh ceruk rantau sudah tahu bahawa ini kesalahan kedua buatnya setelah negara kuku ciptaannya itu.
7 Jadi rakyat 1Malaysia begitu tidak sabar untuk melihat nasib Namawe selepas ini. Adakah dia akan terus dibiarkan hingga berkesempatan untuk mencipta kesalahan bagi kali yang ketiganya.
8 Saya memang berhasrat untuk menemui Namawe. Tetapi jika saya berjumpa dengannya saya akan menamparnya. Tetapi sebelum sempat saya menamparnya buat kali kedua saya mungkin sudah ditahan oleh pihak berkuasa.
Cetusan rasa GuruBashid











No user commented in " Darjah tolak ansur dan tahap kesabaran para pemimpin di Malaysia amat tinggi "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply