Cikgu,

Tolonglah cikgu. Hari ini saya telah hempas telefon bimbit saya. Kalau ikutkan hati saya saya dah hempas lama dah. Tapi saya tetap bertahan sehinggalah hari ini.Saya dah tak tahan lagi dah cikgu.

Kepada cikgulah saya mengadu sebab saya rasa cikgu saja yang boleh bawa perkara ini ke tengah. Lagi pun cikgu ada blog. Inilah masanya cikgu kena beritahu mereka yang berkenaan tentang hal ini.

Bukan sahaja saya yang terkena, tetapi ramai lagi yang terkena terutama mereka yang memang jarang-jarang guna hp untuk buat panggilan sebab nak tekan hp pun dah tak larat dan mata pun tak berapa nak nampak. Kalau penting sangat baru call. Selalunya anak-anaklah yang call.

Cikgu tau kan setiap kali tamat tempoh kita kena tambah nilai. Dalam telefon saya tu ada beratus-ratus ringgit, tapi asyik nak kena tambah nilai. Duit ada tetapi tak boleh call. Alasannya dah tamat tempoh.

Ada telefon sendiri, ada duit tetapi masih tak boleh guna. Apa ke jadahnya cikgu. Kita ni jarang-jarang guna hp sebab kita dah tua. Selalunya anak-anaklah yang call kita.

Tetapi bila sesekali teringatkan anak atau ada perkara penting nak diberitahu terpaksa juga guna hp. Tapi bila nak guna, telefon dah tak boleh guna atas alasan dah tamat tempoh. terpaksalah tambah nilai lagi. Sedangkan hang yang dulu pun masih banyak lagi. Ini perniagaan apa namanya cikgu. Ini perniagaan yahudi ala yahudi namanya-mencengkam dan memeras. Tak mau rugi langsung. Tak de kebajikan langsung khusunya kepada kami yang dah tua tua ni.

Cikgu tolong bagi tau mereka ya cikgu. Kalau boleh DS Najib pun cikgu bagi tau. Beliau kena prihatin tentang ini. Nampak macam kecil tetapi jika dicampurkan kesemuanya, besar nilainya tu cikgu.

Itu baru saya sorang. Bagaimana jika ratusan orang yang mengalami nasib macam saya. Saya percaya bukan ratusan yang mengalami macam ni malahan ribuan. Beratus-ratus ribu ringgit wang pengguna lebur begitu sahaja dan tak dapat digunakan sedangkan wang itu milik mereka. Kasihankan kami cikgu. Kami yang dah tua-tua ni. HP memang perlu tapi kami jarang-jarang buat panggilan.

Tak de cara lain ke lagi cikgu untuk mengatasi perkara ni.Tak de ke keistimewaan untuk orang tua-tua macam kami ni. Tolong bagi tau ya cikgu

(Tok Imam Shaharuddin)