Saya ingin mengulangi peringatan saya kepada semua pemimpin UMNO bahawa jika UMNO masih dilihat berbeza dengan PAS, dan BN itu masih dilihat berlainan dengan Pakatan Pembangkang dari pelbagai segi, saya masih optimis yang UMNO dan BN masih boleh menang dalam PRU yang akan datang. Orang ramai masih memilih kita disebabkan kita berbeza dengan pembangkang. Jika mereka menolak kita adalah disebabkan kesalahan yang kita lakukan ke atas mereka, bukannya disebabkan pendekatan kita yang tidak sama dengan pembangkang.Tetapi jika ramai orang berkata semua parti sama sahaja, di situlah bermulanya kebimbangan saya, yang sepatutnya menjadi kebimbangan tuan-tuan juga tentang nasib parti kita selepas ini. Sebab itu dalam merealisasikan niat suci kita untuk mengajak PAS bekerjasama dengan UMNO, jangan sampai kita tenggelam punca sehingga menafikan apa jasa kita selama ini untuk agama, bangsa dan negara dan apa pula kesalahan pembangkang untuk semua ini.” GuruBashid

Perhatian: Saya amat sukacita dan berharap agar tulisan saya ini disiarkan dalam semua blog