Panduan Guru-Guru Malaysia Dan Ahli-Ahli Politik

Terima Kasih Dr Hassan Ali
Saya dan isteri berkesempatan mengikuti ceramah Dr Hassan Ali di Dataran Bukit Gantang tempoh hari. Daripada ceramah beliau  saya dapat menyimpulkan bahawa apa yang beliau sebutkan sebagai  IMR  iaitu Islam, Melayu dan Raja yang menjadi landasan perjuangan beliau  sekarang setelah dipecat dari Pas sebenarnya itulah yang telah sekian lama diperjuangkan UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946. Melandaskankan perjuangan berteraskan Islam, Melayu dan institusi Raja itulah yang telah menjadi landasan perjuangan UMNO sehingga sekarang dan tak pernah berubah. Terima kasih Dr Hassan Ali yang akhirnya memperaku kebenaran perjuangan UMNO.

Catatan GuruBashid

Ceria Wajah Buku
<marquee direction=left>GuruBashid® HAPPY CHINESE NEW YEAR. GONG XI FA CAI KEPADA KAUM TIONGHUA </marquee>

segar dan cerianya wajah buku

sesegar pagi berpuput bayu

lebih segar dari muka buku

yang dikisar najwa menjadi lagu

yang dipaksa dengar hampir setiap waktu

cerah wajahmu menitip mesra buat perindu

lalu membelah sepimu awan kelabu

cerah wajah buku kerana hadirmu

meninggal jejak dengan sukamu sesuka hatimu

dari dasar ke puncakmu menguak jendela

bayu menyantun sepoi berbahasa

menyilir semilir ke pipi lembut terasa

awan yang dahulunya hitam berarak segera

walau cuma sebutir embunmu

cukup dingin meresap pori terasa

mata yang kering menjadi basah

hati yang layu menjadi terharu

wajah yang muram bertukar baharu

muka lebih dicari pada raut

dikhuatiri pada kerut dan kedut

lalu dipadam dengan make up dan aksesori

sedang wajah gambaran sebenar peribadi

lukisan hati insan yang hampir pasti

muka tempat awal melumur benci

oleh pendengki marahnya sampai  ke hati

lalu mudanya lebih difokus pada parut

dewasanya lebih dijurus pada kerut

lalu ditukar muka lain sebagai pengganti

atau dilakar muka pendua mengelak caci

hujanmu mencurah ke dahi memadam kontang setahun

meresap pori mencuci kesumat kelmarin

merah wajahnya setelah dibasuh murung berkurun

asyik masyuknya tenggelam bersama alir derasnya

hingga terlupa membaca buku sebenar yang berdebu di lemari

beristighfar kembali ke Tuhannya sambil mencuci daki syakirin

karya a.basit harun

Pandangan GuruBashid Mengenai PRU-13
<marquee direction=left>GuruBashid®HAPPY CHINESE NEW YEAR.GONG XI FA CAI KEPADA KAUM TIONGHUA </marquee>

1 Saya bukan guru Feng Shui mahupun ahli nujum, jauh sekali tukang tilik. Saya cuma mengambil nama Guru sebab saya cikgu. Apa yang saya tulis ini bukan ramalan GuruBashid, tetapi lebih sesuai  jika disebut pandangan GuruBashid. Lebih tepat lagi pandangan GuruBashid mengenai Pilihan Raya Umum ke-13.

2 Tahun ini Tahun Naga. Lebih spesifik lagi Tahun Naga Air. Naga itu mungkin fantasi.Tetapi air itu memang wujud. Gabungan naga dan air membawa simbol kemakmuran dan ketenangan yang melimpah ruah yang bakal dikecapi yang didahului dengan sedikit kesukaran tetapi selepas enam bulan semuanya akan kembali normal.

3 Saya melihat selepas BN kehilangan beberapa buah negeri dalam PRU ke-12 yang lalu, sambutan Tahun Baru Cina pada kali ini sangat luar biasa. Rata-ratanya hebat, meriah dan gembira.

4 Malahan sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya sebelumnya turut menerima kehadiran rakyat yang cukup luar biasa di semua rumah terbuka yang diadakan. Jumlah yang hadir berkali ganda daripada sambutan sebelumnya. Jumlah orang Melayu dan orang India yang berkunjung di rumah terbuka wakil rakyat atau Ketua Bahagian UMNO sangat luar biasa.

5 Begitu juga beberapa kunjungan yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri di beberapa buah kawasan seperti Hulu Selangor, Bukit Gantang dan yang terbaru Pulau Pinang mendapat sambutan daripada orang ramai daripada pelbagai kaum.

6 Saya berpendapat PRU tidak boleh dibawa ke tahun hadapan jika BN mahu menang besar. Masa yang sesuai untuk parlimen dibubarkan ialah 2012,dan yang paling sesuai untuk 2012 itu ialah sebelum bulan 3 tamat.

7 Tarikh yang berkaitan dengan angka 3 dan 13 dalam tahun naga air ini dikatakan  sesuai untuk diaturkan beberapa peristiwa penting seperti pembubaran parlimen, penamaan calon dan hari pembuangan undi.

8 Saya berpandangan tarikh yang berkaitan dengan angka 13 sesuai untuk menggantikan angka 11 yang telah pun berlalu yang dikatakan digemari oleh YAB DS Najib tetapi kurang disenangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

9 3hb Februari mungkin tarikh yang sesuai untuk pembubaran parlimen, 13hb. Februari tarikh penamaan calon dan 13hb.3 sebagai tarikh pembuangan undi.

10 Kalau tidak menggunakan angka 13 itu sebagai petunjuk sekurang-kurangnya pandangan saya bahawa PRU ke-13 mesti diadakan sebelum melewati bulan 3 harus diberi perhatian.

11 Bagi BN sendiri tempoh hingga bulan tiga itu dikira sampai ke titik optimum di mana BN berada di “puncak kelegaan” kerana telah banyak nikmat pemberian dan gaya urus pentadbirannya dirasai hasilnya daripada kehadiran Konsep 1Malaysia, BR1M, bantuan khas RM100, voucher buku, sekolah percuma, bantuan Komputer 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, MR1M, dan banyak lagi.

12 Ketika BN berada di puncak, pada masa yang sama isu-isu yang berkaitan perpecahan dan kesangsian terhadap keupayaan parti pembangkang masih panas dan menjadi pertikaian awam.

13 Kita tidak boleh menunggu lebih lama lagi dari tarikh itu sebab isu baru akan berganti dan masa yang dikatakan paling sesuai itu belum tentu wujud sepenuhnya selepas itu. Sebabnya masa yang sesuai itu adalah sekarang, sebelum tamat bulan 3, 2012.

Hakcipta Abd Bashid Harun

ayuh marilah kita berkawan
<marquee direction=left>GuruBashid® HAPPY CHINESE NEW YEAR. GONG XI FA CAI KEPADA KAUM TIONGHUA </marquee>

ketika yang lain resah menambah lawan

lalu yang dibilangnya setiap hari adalah ketakutan

sedang kami pula pasrah menambah kawan

lalu yang dihitung setiap kali adalah senyuman

a.basit harun

tentang perempuan
<marquee direction=left>GuruBashid® HAPPY CHINESE NEW YEAR. GONG XI FA CAI KEPADA KAUM TIONGHUA </marquee>

(dedikasi dan gong xi fa cai buat bekas pensyarah kesayanganku, Mr Chua Hong Nam)

arwah ibuku memiliki semua yang terbaik pada seorang perempuan

isteriku memang perempuan

anak-anakku semuanya perempuan

saudaraku hanya tiga lelaki dan sebelas lagi perempuan

murid yang rapat denganku kebanyakannya perempuan

yang berani menemuiku dan menyatakan pendapat hampir semuanya perempuan

kerani di pejabat sekolahku semuanya perempuan

rakan FB-ku majoritinya perempuan

yang turut membantu tugasanku sebagai PK HEM tidak dinafikan adalah perempuan

sajak pertamaku menurut Julia NzHd seorang perempuan

bertajuk “Mencari Perempuan Di Tengah Kota Perempuan”

& Mr Chua Hong Tam,mantan pensyarahku di IAB yang tentunya bukan perempuan

tetapi masih sempat menghimpun koleksi mengenai perempuan

Tulis Mr Chua dalam Those Creatures Call Perempuan:

If you’re well dressed, she thinks you’re a playboy,

If you are not, she thinks you’re rugged.

If you kiss her, you are not a gentleman,

If you don’t, you’re not a man.

If you praise her, she thinks you’re a liar,

If you don’t, then you are good for nothing.

If you agree with all her likes, she is abusing,

If you don’t, you are not understanding.

If you make romance, you’re an “Experienced Man”,

If you don’t, you’re a “Half-Half Man”.

If you visit her often, she thinks it is boring,

If you don’t, she accuses you of double-crossing.

If you visit another, she accuses you of being a heel,

If she is visited by another ” Oh! It’s Natural, we Are Girls “.

If you are minute late, she complains ” It’s Hard To Wait “,

If you come on time, for hours she makes you wait.

If you propose love within a brief acquaintanceship,you’re a fresh guy,

If you postpone love after, she wonders why.

If you fail to assist her in crossing the road, you lack ethics,

If you do, she thinks it’s just one man’s tactic.

If you are jealous, she says it is bad,

If you are not, she doubts your love and is glad.

If you attempt a romance, she says you don’t respect her,

If you don’t she thinks you don’t like her.

If you listen, she wants to talk,

If you talk, she wants you to listen.

If you contradict her, she does not like it,

If you don’t, she thinks you’re gullible.

” Oh!!! Women ”

No simple yet so complex

So weak yet so powerful.

Catatan GuruBashid®

rindu
<marquee direction=left>GuruBashid® HAPPY CHINESE NEW YEAR. GONG XI FA CAI KEPADA KAUM TIONGHUA </marquee>

rindu adalah tetamu

yang tak diundang

pabila ia bertandang

tak siapa dapat menghadang

rindu adalah milik semua insan

selagi ada jiwa dan perasaan

bukan hanya sepasang kekasih

atau suami isteri di kejauhan

rindu nenek kepada cucunya

bukankah itu rindu namanya

rindu ibu kepada anaknya

entah apa yang dimakan di asrama

rinduku melayang ke masa kecilku

sedozen berhimpit di gubuk berlubang seribu

di atas tanah bendang seluas sekangkang kera

suatu hari jam 3.00 pagi ribut utara berburu

istana kami ranap tetapi tidak masa depanku

peristiwa itu merubah segalanya dan kini aku cikgu

sebagai guru rinduku tak melampaui muridku

yang pernah hadir di dalam hidupku

yang menyapaku dan menghiburkanku dengan kelibatmu

yang sesekali datang bermain-main di depan mataku

a. basit harun

Berperanan Sebagai Pengawas Adalah Ibadat
1 Menjadi pengawas sekolah bererti bersedia untuk tidak dibayar apa-apa. Sebaliknya yang mereka akan dapat ialah bebanan kerja yang semakin bertambah, terpaksa datang lebih awal dan pulang lebih lewat, lebih banyak mata yang memberi tumpuan kepada mereka dan kemungkinan terdedah kepada umpatan dan kejian, khususnya mereka yang tidak menyenangi mereka.

2 Tetapi tak kanlah sebagai pengawas mereka tidak mahu mendapat apa-apa langsung daripada tugasan yang mereka jalankan secara sukarela itu. Mereka tidak dapat sesuatu daripada manusia, tetapi biarlah mereka mendapat sesuatu daripada Tuhan.

3 Jangan sampai tugasan sukarela yang mereka lakukan mendapat dosa dan sia-sia pula sebab silap bawa. Sebaliknya yang sepatutnya mereka dapat kalau tidak pahala pun, keredhaan Tuhan. Dan untuk mendapat keredhaan Tuhan mereka mesti melakukan tugasan pengawas itu sebagai suatu ibadat.

4 Kerja ibadat berbeza dengan kerja adat. Binatang dan manusia sama-sama makan dan tidur. Tetapi jika manusia melakukannya sebagai ibadat dengan memasang nawaitu lillah mereka akan mendapat pahala daripada makan dan tidur mereka itu. Binatang pula melakukannya sebagai adat (kebiasaan) yang diulang-ulang.

5 Begitulah halnya dengan pengawas. Apabila mereka melakukan kerja-kerja pengawas dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah sebagai lawan kepada keredhaan manusia maka kerja mereka sudah menjadi ibadat dan sebagai ibadat mereka layak mendapat ganjaran daripada Allah.

6 Niat untuk mendapat keredhaan Allah itu penting bagi pengawas agar kerja suka rela dan jerit payah mereka sebagai pengawas diberi penilaian yang sewajarnya. Sebagai ibadat, pengawas hendaklah melakukan tugasan mereka dengan penuh amanah, ikhlas, tertib, beretika dan bersabar.Insya-Allah mereka akan sentiasa mendapat petunjuk dan bimbingan daripada-Nya.

Hakcipta Abd Bashid Harun

Kerinduan
dahulu yang ditinggalkan

manis yang sukar dipadamkan

bertukar menjadi satu kerinduan

yang baru tak mungkin dapat menggantikannya

tetapi menambah beban menanggungnya

apabila kerinduan datang

ia bukan sekadar menyapa

tetapi menyentuh

menusuk ke pembuluh

lalu sukar untuk pulang

bila kita berlalu pergi

ia mengejarnya

dan apabila sekali ia berpaut

sulit pula untuk bertaut

sulit juga mulut menyebut

a. basit harun

Langkah Menangguhkan Pelaksanaan SBPA Disokong
Saya mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA agar beberapa  isu yang dibangkitkan berkaitan dengannya dapat diselesaikan terlebih dahulu.

Sedikit masa memang diperlukan untuk melihat semula beberapa perkara yang kurang jelas dan menjadi bahan yang dibangkitkan oleh penjawat awam.

DS Najib selaku Perdana Menteri kepada semua rakyat di negara ini nampaknya tidak melepaskan sepenuhnya urusan kakitangan awam kepada JPA. Perkara lain mungkin boleh, tetapi untuk kenaikan gaji yang menjadi berita kebajikan yang telah lama ditunggu dan paling diharap pandangan dan dokongan DS Najib amat diperlukan.

Tidak salah SBPA dilihat semula sebelum benar-benar dimuktamadkan. Setiap pihak di dalam perkhidmatan awam patut menerima apa yang sepatutnya mereka terima untuk tempoh sepuluh tahun dari sekarang sebelum semakan semula gaji dilakukan.

Suatu tempoh jangka masa yang melebihi 5 tahun adalah tempoh yang lama, sedangkan barangan keperluan semakin meningkat, jadi biarlah apa yang dikatakan kenaikan itu benar-benar menjadi kenaikan yang berbaloi dan sesuai dengan zaman.

Kita mahukan kenaikan sebenar bukan kenaikan berpuluh hingga seratus ringgit daripada kenaikan tahunan sebelumnya.

Alang-alang kerajaan melakukan semakan semula gaji dan melakukan pelarasan biarlah ia menjadi khabar yang benar-benar menggembirakan semua penjawat awam di pelbagai peringkat, bukannya menjadi berita yang bercampur baur antara sukacita dan dukacita.

Kerajaan BN patut menggunakan kenaikan gaji ini sebagai peluang, bukannya sebagai suatu yang “menduga” penjawat awam. Peluang sekarang terbuka luas buat kerajaan, dan inilah masa kerajaan membuktikannya.

Abd Bashid Harun.

Menjelang Keputusan Mahkamah Esok
Mereka bertanyakan saya tentang keputusan mahkamah esok yang membabitkan anwar. Sebagai rakyat Malaysia yang terdidik di bawah kurikulum Malaysia saya amat jelas tentang fungsi legislatif, judiciary dan eksekutif.Saya diajar untuk menghormati perlembagaan, undang-undang dan mahkamah. Saya tak perlu berasa apa-apa tentang keputusan esok sebab pada saya yang lebih penting ialah keamanan negara ini dan ketenteraman rakyatnya. Saya percayakan mahkamah. Saya diajar bahawa apabila urusan itu diserahkan kepada mahkamah, biarkan mahkamah yang menentukannya. Dan saya juga percaya seseorang itu tidak akan dijatuhi hukuman bersalah selagi tidak terbukti ia bersalah. Apa pun keputusan mahkamah, saya akur. Biarkan nasib anwar ditentukan oleh mahkamah, bukan di atas jalan raya atau di tempat parking kenderaan.Walaupun polis membenarkan perhimpunan aman esok, saya berharap tidak ada mahasiswa dan pelajar di situ.Anda lebih sesuai berada di universiti dan kolej, bukan di jalanan dan basahan seperti itu. Biarkan mereka yang sesuai sahaja berada di sana. Jika ada mahasiswa di sana, pihak universiti wajar dikenakan demerit sebab gagal melakukan sesuatu untuk menghalang pelajarnya daripada bertindak di luar daripada norma dan kelaziman universiti menjunjung kemuliaan akademik dan undang-undang.