1.Pendekatan Intimidation
Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.
2.Pendekatan Autoritarian
Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
3.Pendekatan Cookbook Management
Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
4.Pendekatan Sosioemosi
Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)
Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.
6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku
Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
7.Pendekatan Pengajaran
Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
8.Pendekatan Proses Kumpulan
Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.











18 users commented in " 8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacka,kum cikgu….sebagai seorang guru baru yg tak de pengalaman…..saya nak tanya…mcm mana nak handle kelas yg ramai@40 org ke atas……selain suara yg kena kuat……..apa lagi pendekatan lain perlu kita buat supaya mereka mengekalkan disiplin yg positive….tq
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Cikgu, dalam 40 orang pelajar cikgu itu, saya percaya ada seorang dua sahaja yang cukup dominan. Maksud dominan di sini, ia seolah-olah seperti seorang ketua, berpengaruh dan ramai pelajar suka memberi perhatian kepadanya. Ia mahukan perhatian lebih daripada kita.Inilah pelajar yang mungkin menyusahkan cikgu atau mengganggu pengajaran cikgu. Tetapi ini jugalah pelajar yang akan menyokong P & P cikgu jika cikgu dapat memadamkan keegoannya dengan memberikannya perhatian dan peranan. Angkat dia menjadi ketua kumpulan, beri dia peranan yang selayaknya, minta dia membaca kuat dan mengawal kelas. Selain itu seluruh kelas itu adalah ruang untuk cikgu bergerak. Jangan mengajar sambil duduk. Jangan berdiri di suatu point yang tertentu sahaja, tetapi bergeraklah ke sana ke mari dan dekati semua pelajar cikgu dengan memerhatikan kerja mereka dari jarak yang dekat.
bg first impression yg power..mksdnya kte xleh berkompromi dgn ape2 alasan yg diberikan oleh murid2…klau kte hitam, hitam lah n klau kte kuning, kuning lah…6t lepas suatu ketika bru gne kaedah win-win…bru soft ngan murid2
Cikgu..pe yg dimaksudkan dgn pengurusan bilik drjah dan kesannya ke atas waktu pembelajaran akademik peljar?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan itu. 8 pendekatan pengurusan bilik darjah (selepas ini disebut pbd) yang dimuatkan dalam blog ini hanyalah menjurus kepada kumpulan sasar utama, iaitu pelajar. Tetapi pbd tidak terhenti setakat itu. PBD adalah suatu tajuk yang sangat luas merangkumi pengurusan sumber manusia dan sumber bukan manusia. Ini termasuklah pelajar, bahan-bahan pengajaran, rancangan pengajaran harian seperti yang tertulis dalam buku rekod mengajar, mengurus papan hijau/putih, mengurus papan kenyataan, susun atur bangku dan meja, kedudukan pelajar, jadual tugasan pelajar, mengurus kaedah dan teknik pembelajaran seperti mastery learning dsbnya, kerja kumpulan, latihan dan mengurus masa. Teknik kawalan kelas seperti teknik kejutan, cara menyoal dan sebagainya hanyalah sebahagian daripada PDK itu.
salam cikgu..ini adalah kali pertama saya melawat blog cikgu dan mendapati ianya sangat menarik untuk menjadi bahan rujukan saya. saya adalah guru pelatih di maktab temenggong ibrahim ingin meminta izin dari cikgu untuk menyalin semula(copy)bahan -bahan yang saya rasakan perlu dari blog cikgu sebagai rujukan untuk assigmen saya dan panduan sebagai seorang guru..saya ingin ucapkan tahniah atas kecemerlangan cikgu selama ini, moga ianya dikira sebagai ibadah..amiin
Jawapan:
Salam kembali.Tidak ada masalah, asalkan menyebut nama penulis asalnya. Sebarkanlah blog ini kepada yang lain-lain. Terima kasih dan selamat maju jaya.
Assamualaikum cikgu, saya minta izin untuk guna bahan cikgu untuk pembentangan LDP. Tanpa ubah suai.
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Dipersilakan.Terima kasih dan sebarkan
Salam satu Malaysia cikgu, saya merupakan pelatih KPLI dari IPGM Kampus Keningau. Cikgu, saya meminta izin untuk meminjam kata-kata khidmat cikgu dalam blog untuk tujuan sendiri dan juga maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog cikgu.Terima Kasih
” Salam kembali. Dipersilakan dan sebarkan. Asalkan menyebut nama penulis asalnya,”GuruBashid
salah sejthra cgu,
saya boby richardo dari UPSI
saya ingin bertanya tentang rujukan buku berkenaan dengan pengurusan bilik darjah dan bolehkan cikgu terangkan lagi berkaitan bagaimana pengurusan sumber bukan manusia dala bilik darjah?
salam cikgu
saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Pembelajaran:Fungsi-fungsi pembelajaran?harap cikgu dpt membantu saya menjelaskannya
salam cikgu,saya merupakan pelatih ip temenggong ibrahim,jb ingin bertanyakan mengenai apakah yang dikatakan dengan menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan?ini berkenaan assigment saya,dan saya kekurangan nota mengenainya.
salam cikgu…
sy nk tahu psl konsep mengurus pembelajaran..
harap cikgu dapt bgtau secepat mungkin.
terima kasih..
GuruBashid:
Salam kembali buat emy. Cuba klik DI SINI. Atau YANG INI. Mungkin membantu
cikgu..
terima kasih banyak-banyak cikgu..
atas bantuan cikgu…
semoga cikgu diberkati Allah SWT..amin
GuruBashid:
Saya tidak sempat untuk menulis pandangan sendiri tentang pengurusan pembelajaran. Jadi saya hanya sempat untuk menyediakan linknya sahaja.
assalamualaikum, cikgu..saya da masalah. bagaimana klu dlm kelas kita da seorg budk dr serawak dan seorg budak melayu. kaedah pengajaran yang bagaimana yang harus kita buat untuk bg adil bg kedua2 budak ini. sb depa ni berlainan kaum
GuruBashid:
Berikan yang umum kepada semua pelajar, dan bantu kedua-dua pada masa yang lain agar mereka dapat mengikuti subjek tersebut.
Mengapa model tumpuan bilik darjah berbeza dengan model tumpuan produk?
GuruBashid:
Di kelas/sekolah kita membentuk manusia, di kilang kita menghasilkan barangan
salam, cikgu…saya guru pelatih dari sabah. sekarang sedang praktikum. saya ada masalah. kelas saya tahun 2 kelas belakang. budak ada 30 lebih tapi sekolah ni sekolah kampung. budak2nya x dengar cakap saya. ada macam2 perangai. yg hyperactive, yang degil, yang ego, yang kuat report, yang x nak duduk, yang suka pukul kawan…tolong saya,,boleh cikgu bagi cadangan macam mana nak handle these kids? saya dah cuba jadi garang dan tegas tp nampaknya x jalanlah.
Assalammualaikum cikgu, saya ingin bertanyakan mengenai bagaimana cara menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam pengurusan bilik darjah (contoh untuk menangani masalah disiplin murid). Di harap cikgu dapat membantu saya..terima kasih…
salam,
cikgu, bagaimana saya nak kawal,tarik perhatian pelajar dalam kelas yang seramai 40 org. separuh daripada pelajar tersebut tidak menunjukkan minat untuk belajar, pelajar tersebut merupakan pelajar tingkatan 4, dan pada saya pelajar ini tidak boleh digunakan kekerasan .
assalamualaikum.. sy ingin bertanya bagaimana pengurusan merentasi budaya di kaitkan dengan pendidikan di malaysia?
Bolehkah cikgu terangkan…kaedah pengajaran berasaskan Kelas Saiz Besar dan Kelas Saiz Kecil
Leave A Reply