Dari Perspektif GuruBashid
![]()
KITA tidak benar-benar bebas seperti apa kita mahu. Kita diikat oleh agama dan kepercayaan; perlembagaan dan undang-undang; syariat dan adat; etiket dan budaya. Itulah namanya Tali Tuhan dan Tali Manusia. Sebab itu tidak salah pada setiap detik kita berusaha untuk mengikat orang-orang yang kita sayangi dengan tali keamanan, tali persahabatan dan tali kasih sayang. Justeru marilah kita mengikat sesama kita dengan benang kasih sayang. Dan jika ikatan sudah mula longgar, marilah kita mengikatnya dengan ikatan yang lebih segar. Dengan izin Tuhan, apabila kita mengikat diri kita dengan agama, kita tidak akan terlepas daripada pandangan-Nya dan jika kita mengikat dengan manusia, tak kan berpaling orang yang disayangi sama ada namanya ibu, bapa,isteri,suami, anak, saudara, jiran, bangsa dan warga dunia. Peperangan yang kerap berlaku mutakhir ini adalah kerana manusia sudah hilang ikatan itu bukan sahaja di hatinya, tapi di jasadnya. Kita tiada pilihan lain selain mengikat dan memperbaharui ikatan itu sama ada secara realiti mahupun simbolik.
GuruBashid®

Artikel yang disiarkan di dalam blog ini semuanya hasil idea penulis yang juga pemilik blog Panduan Guru-Guru Malaysia kecuali yang dinyatakan dengan jelas nama penulis asal dan sumbernya. Sebarang ulasan atau komen yang tersiar di laman ini tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan pendirian penulis. Sesiapa sahaja boleh memetik semula keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan artikel di laman ini dan menyiarkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen dengan syarat menyebut klausa hakcipta Abd Bashid Harun atau GuruBashid®. Memetik dan memaparkannya semula dalam mana-mana media atau dokumen tanpa menyebut nama Abd Bashid Harun atau GuruBashid® adalah menjadi suatu kesalahan.
"Pakej Panduan Asas Pendaftaran Akaun Paypal Terlengkap di Malaysia, Di Zaman I.T Ini, Setiap Orang Perlu Ada Satu Akaun Paypal."
"Sudah ramai yang memilikinya sebagai langkah pertama untuk berblog dan membina blog perniagaan anda sendiri...Anda bila lagi??? Klik sekarang ebook di bawah ini!!! Kini, Terhangat di Pasaran Internet Malaysia!!"
"GuruBashid bukannya port para pemimpi, tetapi di sinilah wadahnya semua pelaku bersatu untuk bersetuju menggerak agenda dan tindak. Di GuruBashid® kami mengongsi idea, bukan memaksa idealisme kepada sesiapa. Di sinilah kami membuka minda warga kerja pendidikan ke arah jendela dunia global tanpa sempadan dengan glokal sebagai garis batasan.Di sini kami mengejar bukan dikejar; berlari sambil melakukan lompatan saujana; belajar berguru sambil mengajar berbantu "
" Mengapakah GuruBashid® turut melibatkan diri dalam penulisan berbaur politik. Mengapa tidak diberi tumpuan kepada penulisan berbentuk pendidikan per se seperti yang dihuraikan dalam title Blog “Panduan Guru-Guru Malaysia”? Mungkin itu antara pertanyaan pembaca blog kepada GuruBashid®. GuruBashid® ingin membuat penjelasan di sini bahawa sebab dia gurulah dia patut berbuat begitu.GuruBashid® sedikit pun tidak berasa bersalah melakukannya, sebaliknya berasa bangga kerana dapat melontarkan idea politik beliau untuk dikongsi bersama sekalipun dalam persenan yang sangat kecil. Bagi GuruBashid® ini juga sebahagian daripada tanggungjawab guru kepada negara serta bangsanya yang tercinta.Guru patut menunjuk jalan dengan memberikan bimbingan dan panduan kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bapak-bapak menteri dan wakil-wakil rakyat. Malahan ketika ahli politik Malaysia kusut memikirkan jalan yang ingin ditempoh setelah kemelut yang dihadapi,GuruBashid® bersedia menunjukkan jalan itu. GuruBashid® bukan sekadar menunjukkan jalannya, malahan turut menunjukkan lorong-lorong dan alur-alurnya sekali. GuruBashid® mungkin nampak sesuatu yang dilihatnya yang orang lain tidak nampak. Begitu juga orang lain mungkin dapat melihat sesuatu itu dengan jelas ketika GuruBashid® masih kabur tentangnya. Tegasnya pemikiran GuruBashid® plus pemikiran yang lain-lainnya akan membentuk suatu sinergi dan nilai tambah yang berguna untuk memperkukuh parti,kerajaan,agama,bangsa dan negara. Tetapi apabila GuruBashid® menulis tentulah dengan cara-caranya dalam ruang lingkup keterbatasan akal fikirnya.Perbezaan itu jika wujud boleh sahaja diterima dengan minda terbuka. Alasannya mudah. GuruBashid® tidak menulis untuk menjaga hati sesiapa. Yang penting bagi GuruBashid® agama, bangsa dan negara itu yang lebih afdhal untuk dijaga. Membiarkan ahli-ahli politik yang kebingungan tanpa dibantu adalah satu dosa bagi sang guru jika ia tahu solusi dan sarananya.Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid® memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri. Atau lebih tepat lagi GuruBashid® tidak memihak kepada mana-mana individu politik. Pendekatan seperti ini dikira lebih baik kerana sebagai seorang pendidik GuruBashid® seperti juga guru-guru yang lain sentiasa berpegang kepada etika perguruan bahawa semua murid mesti dilayan dengan adil dan diberi pengajaran yang serupa tanpa mengira siapa diri murid itu dan keluarganya. Idea politik yang cuba digarap oleh GuruBashid® sentiasa mengambil kira elemen pendidikan dan fikiran di dalam setiap tulisannya. GuruBashid® sedaya upaya mengajak setiap pembaca blog termasuk ahli-ahli politik agar turut berfikir sebagaimana beliau berfikir. Jika semata-mata sembang politik kosong tanpa mencampurkan input pemikiran dan pendidikan, lebih baiklah GuruBashid® tidak mencampuri urusan politik dari awal. Kendatipun begitu seperti yang lainnya juga amat sulit bagi GuruBashid® untuk membebaskan diri sepenuhnya daripada dijelekiti cara berfikir dan gaya urus seseorang yang pernah mendominasi dalam hidupnya. Orang itu boleh sahaja terdiri daripada pemimpin pujaannya, keluarganya, gurunya atau sesiapa sahaja yang begitu berpengaruh di sisinya. Bagi yang mengenali GuruBashid® dan rapat dengannya, mereka tentu tahu siapa individu yang dimaksudkan. Walau apapun bentuk dan sikap yang diambil oleh GuruBashid® dalam penulisannya, dia sentiasa berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa ” kita boleh sahaja berbeza pandangan, tetapi jangan sampai disebabkan perbezaan itu kita berpecah "
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | |||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
| 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
| 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
| 26 | 27 | 28 | 29 | |||
6 users commented in " Allah Peduli: Siapakah Yang Agnes Monica Maksudkan? "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacklagu nie x sepetutnya dinyanyikan..agnes buknny org islam..x boleh gune name Allah sesuke hati…
ikut suke hati dia je gune name Allah dlm lagu dia….indonesia teruk skrang nie…org kafir gune name Allah dlm lagu,xambil ape2 tindakan…
masalahnya penggunaan nama Allah di indonesia bukanlah satu isu,sebaliknya di malaysia.sbb itu dia menggunakan kalimah Allah sesuka hatinya.. kalo dia oarng malaysia,dh lama kena hentam..huhu
di indonesia dah jadi perkara biasa seperti ini…dan disana dibolehkan dan tidak menjadi kesalahan….saya memang tak suka dan tak setuju perkara ini berlaku diindonesia tapi undang-undang mereka membenarkannya…nak buat macamana….mungkin atas nama kebebasan….kebebasan beragama…kebebasan bersuara…dan macam2 lain kebebasan…ini baru satu lagu….belum lagi lagu yang sebegini masih banyak lagi…apa lagi masa dekat krismas…seluruh pasaraya sebulan lagi krismas dah pasang lagu krismas yang dinyanyikan oleh artis-artis kristian indonesa termasuk agnes dalam bahasa indonesia…lagunya yang sering menyebut “Allah” jesus kristus(Nabi Isa)…begitu juga buku-buku agama kristian di indonesia…biasalah menggunakan judul yang ada nama Allah.samaada tulisan orang indonesia sendiri atau terjemahan dari buku luar.kadang-kadang tajuknya macam buku islam tapi bila buka ada jesus kristus la…macam2 lagi yang janggal bagi kita…..memang keliru…di indonesia biasanya dipasaraya ada ruangan jualan buku-buku terbaru pelbagai bidang….buku agama islam juga banyak tapi tak sedapnya sebelahnya adalah buku agama kristian dalam bahasa indonesia yang judulnya memakai nama Allah…memang keliru..nasib baik tak terbeli….kitab injil bahasa indonesia pun ada…..ini pengalaman saya sebab saya dulu pernah belajar di indonesia….di tvnya pula setiap minggu ada ruangan bicara rohani yang setiap minggu ada ceramah dari berbagai agama dalam bahasa indonesia…..islam esok agama kristian..lusa ceramah dari sami buddha…..hindu pun ada…..memang pengalaman ini tak jumpa di malaysia….
GuruBashid:
Terima kasih kerana memperkayakan pengalaman kita tentang Indonesia dan amalan beragama di sana.
indonesia kan islam liberal….kawin cmpur pun boleh…sebb 2 laa negara dieorg byk kene bencana alam…
Isu perkataan Allah kenapa tidak dipersoalkan sejak dahulu lagi? Kalaupun tidak setuju dan membantah penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian, tanya diri sendiri, kenapa isu ini tidak ditimbulkan sejak dulu lagi? Bagi saya, tidak ada gunanya saling hentam-menghentam hanya kerana perkataan Allah. Betulkah kita ini sangat alim dan warak dalam soal agama sehingga begitu fanatik melibatkan diri dalam persoalan ini? Saya minta maaf, bukan maksud saya untuk membalas mana-mana pihak. Tetapi, cuba fikir sedalam-dalamnya, kita telah dianugerahkan akal fikiran. Malaysia terkenal kerana kepelbagaian agama dan bangsa di mana begitu banyak rumpun dan perbezaan agama boleh bernaung di bawah satu pemerintahan. Tidak perlu mengeruhkan suasana demi menunjukkan kita ini orang yang alim dan warak dalam soal keagamaan. Apa yang paling mengejutkan ialah pengeboman gereja-gereja di Malaysia. Tidakkah tuan-tuan dan puan-puan yang berakal terasa dan terdetik di hati dan minda betapa perbuatan itu menunjukkan satu kejahilan dan keganasan? Tiada guna kita melaung 1 Malaysia jika beginilah corak tamadun yang kita pilih. Tidak perlu mempersoalkan perkataan Allah, kerana semua agama pun mengajar ke arah kebaikan. Semua manusia sama sahaja, pernah berbuat dosa walau sekecil habuk. Tidak perlu menjadi orang yang hebat mempersoalkan hak orang lain, cukuplah menjadi seorang yang baik hati. Sekali lagi saya meminta maaf jika anda semua terasa dan merasakan yang saya tidak berhak berkata di sini hanya kerana saya salah seorang penganut Kristian yang juga menggunakan perkataan Allah dalam kehidupan saya.
Leave A Reply