1 Anda boleh memilih untuk taat setia kepada Raja Petra yang diburu polis itu atau kekal dengan Raja yang berdaulat.Tetapi individu seperti Raja Mendeliar tetap akan bermunculan dan membiak sepanjang 2010.
2 Nampaknya Kristian dan Islam di Malaysia akan lebih bersatu sebab mereka akan berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah.Ini bukanlah sulit bagi mereka sebabnya sebelum ini mereka dibenarkan bertakbir dan membaca al-Quran.
3 Nik Aziz akan terus menggandakan do’anya akibat pukulan denda RM180 juta itu.Fungsi do’a untuk memohon keampunan dan rahmat akan bertukar sebagai tempat individu tak puas hati melampiaskan kemarahan
4 Gula boleh naik 20 sen, jangan sesiapa berkata jangan naikkan teh tarik dan kueh-mueh yang dijual oleh bumiputera dan orang Melayu.
5 Semua kawasan kosong dan lapang akan kembali menjadi padang bola. Minat orang ramai kepada bola semakin bertambah. Serentak dengan itu padang bola akan menjadi tempat paling kerap manusia menelanjang wajah sebenar mereka seperti berlaku kepada peminat Kelantan dan Kedah.
6 Bilangan individu yang mudah sensitif dan terasa akan semakin bertambah seperti yang diumpamakan Tuhan bahawa setiap kali halilintar berbunyi ia dirasakan selah-olah sedang menghala ke arah mereka.

Catatan GuruBashid