NURIN Jazlin Jazimin sungguh indah nama itu seindah wajahnya. Rohnya telah pergi, di tanah dirinya disemadi, namun namanya terpahat di hati.Nurin meninggalkan keluarga tersayang mengikut ketentuan-Nya. Namun Nurin yang di hati tetap ada di mana jua dan hadir pada bila-bila. Nurinkah itu yang hadir dalam keluarga kita atau wujud di kalangan kita? Setiap orang ada Nurinnya. Siapakah Nurin kita?Nurin itulah seseorang yang kita sayangi. Nurin itulah anak kepada ibu dan bapa. Mungkin juga cucu kepada seorang datuk dan nenek. Atau kawan sepermainan kita. Nurin itu boleh jadi sesiapa sahaja yang tersayang dalam hidup kita. Jika Ibrahim ada Ismailnya, Sulaiman ada Daudnya, rakyat Malaysia ada Nurinnya. Jika Ismail terselamat di tangan -Nya, Nurin pula terkorban di tangan yang sama. Tangan kita tak mampu mengatasi tangan-Nya meskipun diangkat tinggi dan doa panjang berjela. Bukankah Nurin itu manusia biasa jika dikepung bolos ia, jika dibiar melepas ia. Yang pasti Nurin telah pun pergi, tetapi Jazimin dan isteri akan menanggung derita ini. Jazmin dan isteri tak kan mampu menungkah takdir dan kini menyingkir sindir. Jazimin ayah yang lelah sudah tak mampu meluah marah. Sedih Jazimin tak mengembalikan Nurin, tangis Norazian tak mengembalikan Nurin. dan marah rakyat tak mengembalikan Nurin. Man mata fata, kullu ma hua atin atin, lailun dajin wa naharun sajin. Cuma sebagai manusia biasa terdetik juga di hati kita untuk bertanya, mengapa begini caranya Nurin meninggalkan kita?











1 user commented in " Catatan Duka Buat Nurin Jazlin Jazimin "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam GuruBashid…
Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas roh adik Nurin dan semoga pembunuhnya ditangkap oleh pihak berkuasa.
Leave A Reply