Saya ingin beritahu anda sebelum terlambat bahawa benteng terakhir umat Islam di Malaysia ialah Sultannya. Sultan meskipun tidak ditunjuk oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi menjadi takdir kita yang perlu dipelihara. Sultan telah dikirim Tuhan ke Tanah Semenanjung sebagai ketua negeri yang menjadi payung agama dan lambang perpaduan. Kesetiaan padu bangsa Melayu kepada Sultan dan kebijaksanaan Sultan pada waktu itu menyaksikan bagaimana British masih mengekalkan Sultan dalam sistem pemerintahannya dan legasi ini kekal hingga ke hari ini. Kita telah menyaksikan bagaimana kegagalan individu dan puak tertentu melangsungkan agenda jahat mereka dengan hadirnya Sultan. Tentu sekali kewujudan Sultan menyulitkan sesiapa yang ada niat jahat ke atas negara ini demi kepentingan peribadi dan kelompok mereka. Tidakkah kita sedar bahawa benteng terakhir itu sekarang sedang diserang secara halus tetapi rapi untuk dimusnahkan sedikit demi sedikit atas nama demokrasi dan kebebasan rakyat. Tetapi tidakkah kita menyedari bahawa di luar sana yang kini berada di belakang mereka yang memusuhi Sultan adalah tangan-tangan tersembunyi dengan kepala jahat yang sedang melagang gerak dan tindak dengan melaga-lagakan sesama kita dengan mencipta calon daripada kalangan kita juga. Tidak mustahil calon terbaik mereka itu sudah ada di negara ini dan dia sedang merekrut calon-calon lain untuk bersamanya. Mereka telah berjaya melakukan dengan smartnya di Turki dengan menghapuskan jawatan Sultan pada 17 November 1922M lalu menggantikannya dengan sebuah republik. Kalau di Turki mereka berjaya menciptakan Mustafa Kamal Attarturk dan Esmut Inono, siapa pula yang mereka sedang ciptakan sekarang untuk Malaysia

Peringatan Daripada GuruBashid
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape