1 Adakah wujud sebarang perbezaan antara jawatan Pengurus Kanan dengan Pengurus Operasi. Atau mungkin juga jawatan itu sama sahaja. Penulis novel Julia nampaknya tidak konsisten dalam meletakkan jawatan Encik Baharom. Ada kalanya disebut Pengurus Kanan di BMPRO Transport (Baris 8, hal 77) dan ada kalanya disebut Pengurus Operasi (Baris 2 & 3, hal 98).

2 Adakah aliran tunai BMPRO Holding Sdn Bhd terganggu dalam sehari dua atau dalam seminggu dua?

3 Di manakah Datuk Abu Bakar ayah Julia membuat keputusan? Adakah di atas kerusi di dalam bilik di rumah beliau atau di atas kerusi Pengerusi di pejabatnya?

4 Mengapakah wartawan utusan memanggil Julia sebagai saudara sedangkan terang-terangan Julia itu perempuan?(baris 3, hal 81).

5 Mengapakah nama Syed Mustaffa selaku Pengurus Kanan Butik BMPRO sahaja yang disebut sebagai tidak hadir oleh En Hashim semasa sesi memperkenalkan staf kepada Julia. Bagaimanakah dengan Encik Fadhil, Pengurus Operasi BMPRO Catering. Bukankah Pengurus tersebut juga tidak ada semasa kali pertama Julia masuk pejabat?. Atau mungkin juga En Fadhil hadir tetapi berada di meja lain menyebabkan En Hashim tidak dapat memperkenalkan dirinya. Tetapi kalau begitu mengapa ketidakhadiran Syed Mustaffa boleh disebut, sedangkan kehadiran En Fadhil tidak dimaklumkan kepada Cik Julia?

6 Adakah Encik Said Pengurus Operasi BMPRO Travel & Tours masih muda seperti ditulis pengarang,”Terima kasih kepada dua orang anak muda itu” ( baca baris 2, hal 108 ). Kalau masih muda mengapa pula sebelum ini Encik Said dilihat sama sahaja dengan tiga orang pengurus yang lain iaitu Puan Shamsiah, En Shukor dan Encik Baharom yang digambarkan agak berumur, sudah berkeluarga dan penuh pengalaman (baris 20,21,22 dan 23, hal.76).

Hakcipta Abd Bashid Harun