Amerika Syarikat yang menyerang Iraq terpaksa mengerahkan bala tenteranya dengan bantuan tentera Britain dan sekutunya. Begitu juga apabila Britain dan Peranchis terlibat dalam peperangan merebut kepulauan Falkland suatu ketika dulu, bala tentera kedua-dua negara itu digunakan. Tetapi suatu ketika dulu hanya sebuah syarikat, kompeni atau keluarga sudah boleh menguasai sebuah negeri atau kawasan. Pulau Pinang yang di bawah pentadbiran Kedah hanya dikuasai oleh sebuah syarikat yang diasaskan pada tahun 1600 di England, iaitu Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Hanya dengan peranan seorang tokohnya pada waktu itu iaitu Francis Light tiba-tiba sahaja Pulau Pinang berpindah milik daripada kepunyaan Kedah kepada kepunyaan British. Begitu juga apabila British ingin menguasai Sabah negara itu hanya mengerahkan sebuah kompeni yang dikenali sebagai Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Lebih mendukacitakan lagi apabila Sarawak dikuasai hanya oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga orang Brooke, iaitu Charles Brooke, James Brooke dan Charles Vyner Brooke. Ketiga-tiga contoh itu menggambarkan betapa mudahnya negeri-negeri itu dikuasai oleh penjajah. Betapa lemahnya kepemimpinan dan pentadbiran pada waktu itu. Renung-renungkanlah!











No user commented in " Negeri Jatuh Kepada Sebuah Kompeni/Keluarga "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply