PADA 1 Oktober 2007 bermulalah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negara. Sehubungan itu GuruBashid ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan kepada semua calon PMR 2007. Semoga anda diberi ketajaman akal dan ketenangan jiwa semasa menjawab soalan. Sungguhpun peperiksaan PMR tidak begitu besar implikasinya kepada kemasukan ke Tingkatan Empat, namun peperiksaan ini masih dikira penting untuk menentukan sama ada seseorang pelajar itu layak ke sekolah berasrama penuh(SBP), Maktab Rendah Sains Mara(MRSM), atau berada di aliran sains pada tahun 2008. Bagi pelajar yang bercita-cita tinggi dan ingin mengubah kedudukan mereka pada masa akan datang PMR dilihat peluang yang masih ada setelah mereka terlepas peluang semasa UPSR yang lalu. Jika mereka dahulu gagal mendapat tempat di SBP atau MRSM disebabkan keputusan UPSR yang kurang memuaskan, PMR seolah-olah peluang yang diberi sekali lagi kepada seseorang pelajar bagi mencapai hasrat mereka untuk memasuki sekolah elit tersebut. Nasihat saya kepada calon, jangan sia-siakan peluang yang sudah ada di depan mata. Bagi GuruBashid peperiksaan adalah peluang dan kesempatan untuk membuktikan kejayaan kita. Peperiksaan diwujudkan untuk mencari seramai mungkin mereka yang berjaya, bukannya wadah untuk membuli dan menghukum. GuruBashid mendokan kejayaan anda semua.











No user commented in " Selamat Menduduki Peperiksaan PMR "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply