” Dengan MENANG 7-0 ke atas BN seperti yang tertera dalam tulisan besar di muka depan lidah rasmi PAS, Harakah maka Kesombongan PAS lengkaplah sudah setelah kononnya berjaya menimbus Keegoan BN di Permatang Pasir.Seperti menang dalam satu perlawanan bola sepak (analogi politik PAS) penyokong-penyokong parti itu bersorak gembira bersama rakan sepasukan mereka yang diterajui oleh ketua pasukan mereka, DAP. Kemenangan penuh kesombongan itu mengingatkan saya kepada kesebelasan Liverpool yang pernah menang besar dengan membelasah Birmingham 7-0 pada peringkat suku akhir Piala FA Inggeris pada tahun 2006 “- GuruBashid











17 users commented in " Keegoan PAS Benar-Benar Menjadi Setelah Membelasah BN 7-0 "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackkalau ameno menang lagi hebat egonya..media massa sudah tentu 40 hari 4o malam cerita bab kemenangan…pakatan rakyat hancur dan sebagainya….tengok masa dapat tawan teganu dulu….oh dahsyat…. bila mesyuarat agong buat disekolah, letak bendera semua penjuru..kata sekolah bukan tempat berpolitik…rompak pulak royalti..orang panggil apa tu ? suka sangat rakyat ganu dapat duit raya rm 300 setahun..duit ehsan…semua projek ditanda dengan satu lagi projek BN…apa dia ingat hasil negara ini datang daripada orang BN aje….saya dah tawar hati dah dengan BN terutama dengan ameno kerana cara perjuangan sudah jauh tersasar…sayang kita kehilangan pemimpin seperti Tun Razak..saudara perlu bertazkirah dengan pemimpin ameno supaya banyak muhasabah dan berubah..hari ini payah kita nak berjumpa dengan pemuda ameno bercakap tentang cara menolong orang yang dalam kesusahan..semuanya bercakap tentang projek yang akan memenuhi kantung mereka…
Jawapan:
Assalamu’alaikum wr wbt. Semoga Allah merahmati anda. Anda marah apabila diberitahu begini tentang parti anda. Tetapi jangan sekadar marah, sebaiknya dalam marah anda harus berfikir lebih dalam dan jauh ke hadapan tentang nasib umat Islam dan negara ini jika di tangan parti anda bersama sekutu anda. Anda dan parti yang anda dokong memang dikenali sebagai berlebih-lebihan tentang UMNO(BN). Sebahagian besarnya hanyalah sangka-sangka dan dusta yang dicipta oleh lidah tuan guru anda yang tidak bertulang. Anda membuat kesimpulan simplistik tentang kami kerana tidak mahu orang ramai melihat kesalahan sendiri setelah dijanjikan syurga oleh pimpinan anda. Apakah yang parti anda telah lakukan untuk negara dan umat ini selepas memenangi beberapa buah negeri dan 7 PRK? Anda dapat melakukannya dengan lebih dahsyat lagi dengan berlindung di sebalik nama Islam yang menjadi pakaian anda konon.Jika sebahagian kecil ahli UMNO(BN) terjatuh dalam kancah keburukan hanya kerana setelah 52 tahun parti itu memerintah. Tetapi parti anda dapat mengkhatamkannya hanya untuk setahun. Apa jenis keburukan yang tidak parti anda lakukan semasa kesibukan anda menghentam kami. Lebih kuat pimpinan parti anda memburukkan UMNO lebih dahsyat fitnah, kata nista, penyelewengan dan kesesatan yang bermuculan dari celah pakaian dan rumah yang anda adalah pendokongnya.
Aku tak menyebelah mana2 ya baik BN,PAS,PKR dan mana2 parti yang sudah lama establish atau yg baru atau mungkin yg belum berdaftar….Semuanya perlukan duit beb.. No money no party lah katakan… Temberanglah kalau PAS tak guna duit atau BN tak guna duit atau lebih sadis lagi parti kesimpatian rakyat atau PKR tak guna duit untuk berkempen atau meraih simpati… Please beb, semua nya auta bila berhujah…
Yang pastinya pemimpin yang paling Agung Di Dunia dan bersikap adil untuk semua umatnya tidak bukan adalah Rasulullah (s.a.w.). Dia sajalah yang telus dan berintegriti tinggi mengalahkan Najib,Nik Aziz mahupun Anwar…Aku lebih yakin dengan junjungan kita tersebut berbanding yang ada di malaysia ni.. Ingat tuan2 semua…jangan sampai DUIT menguasai hidup kita…
ok sekian,jangan marah..
Baru menang 7-0 dah bangga ? baru PRK
Mungkin kita terlupa pihak pembangkang, terutamanya PAS dan DAP telah kalah 12-0 dalam PRU.
Perlu diingat sejak PRU pertama hinggalah PRU terakhir, PAS dan DAP tidak pernah memegang tampuk pemerintahan negara, kecuali ketika bergabung dengan BN selepas tragedi 13 Mei.
Dan selepas PRU 12, kita dapat lihat betapa ‘loser’nya pembangkang apabila mentadbir negeri
GuruBashid:
Saya bersetuju dengan anda bahawa kemenangan dalam PRK bukanlah suatu kebanggaan yang patut diriak-riakkan seperti ingin melampiaskan dendam kesumat selama ini kepada pihak kerajaan. Bagi kerajaan BN, kemenangan atau kekalahan yang mereka terima, peranan mereka tetap sama iaitu bekerja untuk rakyat dan negara. Pembangkang boleh melihat sendiri bagaimana seronoknya calon-calon PAS atau PKR apabila memenangi sesuatu pilihan raya hasil daripada nikmat keamanan dan kemakmuran negara. Sebabnya mereka tahu mereka tidak ada beban bekerja untuk rakyat dan negara ini. Anda hanya menang tetapi kerajaan yang akan terus bekerja untuk memajukan rakyat dan negara. Calon yang menang di kalangan pembangkang hanya meraih elaun sebagai wakil rakyat setiap bulan, tetapi kerajaan yang memerintah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk kemajuan rakyat dan keselamatan negara. Malahan dalam kekalahan kerajaan yang terus dilemparkan pelbagai tuduhan itu terus komited dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.Ini berbeza dengan pembangkang. sama ada anda memang atau kalah perangai anda tidak pernah berubah sejak dahulu. Terus menyalahkan kerajaan. Jarang sekali anda dapat menonjolkan apa kelebihan dan keistimewaan yang ada tawarkan dan dapat berikan kepada rakyat ini. Yang ada cuma ceramah, ceramah dan ceramah. Dan dalam ceramah itu anda akan terus menyalahkan orang lain.Sesungguhnya rakyat tidak akan hidup dengan cara ini dan negara tidak akan maju dengan ceramah bercampur kata nista yang anda paksakan rakyat untuk mengunyahnya dan menelannya mentah-mentah.
Assalamualaikum wbt.
kita sering mendengar kata hukamak, kalau kita terima suatu ilmu, jangan pandang org yg bercakap tapi pandang apa yang dicakapkan. kita terima apa yang tok guru kata, tapi bukan kerana taksub dgn tok guru, tapi kerana segala fakta yg tok guru keluarkan adalah berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah.maknanya, bkn smata2 dr lidah tok guru, tp mrupakan firman Allah dan sabda RasulNYa.alangkah beruntungnya org2 yg btaqwa, Allah buka hati, mata dan mindanya utk melihat kebenaran.hanya org berilmu sahaja dpt beza antara Islam betul dan Islam palsu…
kalau kt singkap bgmn Rasulullah bw kbenaran st masa dahulu, kt tahu tidak semua org boleh terima atas kpntingan tertentu atau mmg hidayah Allah tdk msuk dlm hatinya.wal’iyazubillah. sblum rasulullah diangkat mnjadi pmbw risalah, rasulullah seorang yg sgt disenangi oleh semua kaum tmsuk Abu Lahab dan Abu Jahal.kerana sifat jujur dan amanah rasulullah. tp, bilamana, rasulullah membawa kbenaran, rasulullah dikatakan penipu pula. jelas sekali, jalan pjuangan ISlam bgitu hebat onak ranjaunya.
utk comentator hamba yang bersyukur, pesan saya, janganlah belajar sirah rasulullah seperti kita belajar sejarah malaysia ataupun sejarah dunia… itu untuk pgthuan am dan jawab exam spy dpt A jerrr… tp, bljr sirah rasulullah utk kita contohi rasulullah dalam menegakkan kalimah Allah yang merupakan janji dan amanah kita utk kt bw jumpa Allah kelak. adakah kalian semua berasa tenang dgn dunia skrg amnya dan negara kt malaysia khasnya? ada org kata, kt tak perang, takde pgolakan…aman sejahtera..jd syukur… mmg benar kt patut bersyukur..yg takdirkan perang itu adalah YAng MAha Kuasa Allah SWT. Allah yg belum takdirkan perang… bkn khebatan kerajaan BN yg mjg negara kononnya.. Maha pengampunnya Allah…sdgkan maksiat kian berleluasa di negara MAlaysia ini..jenayah-jenayah menjadi-jadi… kenapa? sebab kian jauh drpd Allah.
Rasul-rasul diutus utk sampaikan jalan2 lurus yg patut kt ikut dan rasul-rasul juga beri amaran ada jalan yg bsmpg-siur (rujuk surah al-an’am:153)yg bole menyesatkan kt. CArilah ilmu dan kajilah benar-benar…agar kt tidak tergolong dlm org2 yg rugi.
Kalau benar PAS inginkan kuasa, lama sudah PAS setuju utk bntuk kerajaan bsama BN di selangor spt yg dtawarkan oleh BN. tp, PAS tolak… kalau benar PAS gila duit..persilakan turun sama masa pilihanraya nanti..tgok sapa yg taburkan wang… kalau anda benar pencinta kebenaran, anda mesti buktikan kebenaran yg anda katakan..kalau tak sampaikan dgn org pun…lihat dgn mata kepala sendiri…bknnya dgr dari lidah-lidah org fasiq. sapa yg kaki rasuah.. tok guru sudah berapa tahun memerintah.. takde pun isu rasuah timbul..tapi isu tok guru menolak rasuah ada..menunjukkan Islam itu sntsa djunjung…bsyukur la Allah ada hantar seorang insan hebat yg mwarisi para anbiya’ untuk menyampaikan kebenaran kpd kita…jg kt jd golongan sprt yg Allah firman dlm Al-Quran, golongan yg Allah sudah tutup mata, telinga dan hatinya dari kebenaran. na’uzubillahi min zalik. Wallu’alam.
GuruBashid:
Saya ingin beritahu anda bahawa Nik Aziz yang menjadi tok Guru anda itu memang tidak pernah menerima rasuah dalam bentuk wang dan harta sebab ia tidak pernah disebut dalam akhbar Harakah. Kalau ada pun kita tak tahu sebab Harakah lebih berminat dengan cerita-cerita dalam UMNO. Harakah dan media alternatif tidak banyak menyebut tentang perancangan dan strategik PAS, serta kelebihan-kelebihan yang ada pada parti itu untuk memerangi rasuah, jenayah dan pada masa yang sama untuk memajukan ekonomi dan sosio rakyat negara ini.Harakah dan media alternatif cukup meriah dengan politiking yang tidak berkesudahan dan salah satu elemen utamanya ialah menyalahkan kerajaan. Jika ada sesuatu yang berlaku mesti dikaitkan dengan kerajaan dan kerajaan yang salah. Apakah tok guru anda dan ulamak anda tidak bersalah dalam hal ini. Apakah peranan mereka selain mencari salah kerajaan dan mencanang-canangkannya selebar bumi. Bagi saya kerajaan telah melakukan sedaya yang mungkin melalui agensi-agensinya. Tetapi apa yang anda dan parti anda lakukan selain politiking yang tidak berkseudadan. Saya inginberitahu anda bahawa jenayah, fitmnah, ketidakstabilan dan perpecahan dalam masyarakat hari ini tidak dapat tidak adalah berpunca daripada PAS dan PKR yang tidak memainkan peranan utamanya. Mereka terlalu sibuk berpolitik dan menjaga urusan pemimpin, sehingga mereka terlupa menjaga hal-ehwal orang bawahan dan ahli-ahli mereka. Anda berkata tentahg rasuah tetapi rasuah atas nama agama dengan menyogok syurga dalam janji kempen, apakah itu bukan rasuah namanya?
saya tertarik dengan headline ini.saya rumuskan kata dulang paku serpih.saudara mengganggap segala apa yang dilemparkan oleh pihak lain kepada kerajaan bn adalah fitnah. maka selama itulah orang umno dan pimpinan tidak akan berubah kerana mentaliti dan cara penyelesaian tidak berubah. mengapa kalah pilihanraya walaupun semua jentera kerajaan telah digunakan(disalahguna)berbanding jentera pembangkang yang terhad?adakah menang kerana fitnah.siapa fitnah siapa? butakah rakyat? siapa buta siapa?
GuruBashid:
Sebagai parti yang berpengalaman memerintah negara, UMNO(BN) bukan tidak tahu menilai. Malahan UMNO(BN) sentiasa memberikan keutamaan kepada rakyat dan negara dalam apa jua dasar dan perancangan. Bukan sekarang, tertapi sejak dulu lagi. Kita tahu yang mana satu memerintah untuk membantu rakyat dan negara ini dan yang mana satu pula hanya sekadar ingin menjatuhkan kerajaan dan mengambilnya untuk diri sendiri (sekadar menjadi wakil rakyat). Betul kata tuan bukan segalanya fitnah. Sebahagiannya memang fitnah, sebahagian lagi adu domba, yang lain-lainnya improvisasi(tokok tambah), sebahagian lagi retorik dan sebahagian lagi adalah fatwa yang menyesatkan. Semuanya ini diadun dengan begitu cantik atas nama Islam. Tentu ramai yang terpesona, sebab tidak ada yang ingin ke neraka. Dalam janji memang benar. Dalam kata-kata memang manis. Dalam menyebutkan ayat al-Quran dan hadith memang puak anda lebih petah.Tetapi saya tidak nampak ada kesungguhan dan tindakan yang menjurus ke arah yang lebih baik daripada apa yang digembar gemburkan. Saya melihat apa yang dikata tidak baik pada UMNO itu ada malahan lebih menyerlah pada PAS dan pembangkang.Cara-cara mereka berkata, menulis, malahan memerintah negeri-negeri tertentu tidak ada hilm (fatanah), tidak nampak strategik yang jitu,malahan kadang-kadang cukup membahayakan ke atas umat dan negara. Saya ingin beritahu anda untuk memerintah negara (negeri) banyak lagi kepakaran dan kebijaksanaan lain diperlukan bukan sekadar bercakap, berhujah dan berceramah.
Apa khabar cikgu,
biarlah apa yg cikgu katakan rakyat dah tolak umno buat kali ke 7, apa tanda semua ni ? sedarlah wahai pemimpin umno/bn kalau kamu masih lagi tidak berubah dan tak mahu berubah maka tunggulah PRU 13 nanti nasib UMNO/BN akan jadi seperti parti LDP di jepun yang kecundang selepas lebih 54 tahun memerintah.
kalau kenyataan muka depan harakah 7-0, cikgu anggap kemuncak keegoan PAS,apakah cikgu tak tengok muka depan utusan dan lain2 media pencacai umno buat liputan seolah umno telah memenangi pilihanraya tersebut(M.Urai).
Sejak dari itulah umno/bn sudah besar kepala balik dan perangai sombong dan lupa daratan mula datang balik dan mula membuat kenyataan yng mengambarkan rakyat mulai sokong baik Umno /Bn kononnya, sedangkan semua penduduk manik urai tahu banyak mana pitih (Wang) yang telah ditaburkan oleh umno/BN cuma Allah SwT telah takdirkan masih ada lagi baki 65 org yang masih kuat integriti dan jati dirinya yg membuatkan umno/bn pening pala mikirkanya kenapa boleh kalah lagi.
kekalahan umno/bn dan kemenangan tipis telah dapat dihidu oleh Tok Guru Menteri Besar yng istiharkan cuti umum pada hari mengundi tersebut(memandangkan SPR buat hari mengundi dlm hari bekerja). adakah saja2 tok guru istihar cuti tersebut tanpa beliau membuat munajat dan beristigarah setiap malam pada Allah SWT.
Yang nilah yang tak ada pada pemimpin umno bila memilih calon dan buat keputusan hari mengundi, hanya pakai logik akal sahaja.
kesimpulan Pas dan PR berhak berbangga untuk meraikan keputusan itu, cubalah cikgu siarkan habis kenyataan akbar tersebut utk saya dan pembaca nilaikan sejauhmana keegoaan PAS berbanding dengan ke egoaan umno/ bn bila membuat ulasan ttg pilihraya kecil M. Urai.
saya ada satu soalan cepu mas,
kalau cikgu ada RM 1 juta kepada orang macam mana yang cikgu nak serahkan amanah utk jaga wang tersebut supaya selamat dunia dan akhirat
adakah org spt TG. Nik Aziz atau seperti yang ada dikalangan pemimpin umno ?
kalau jawapan cikgu adala org seperti TG. Nik Aziz insya Allah selamatlah amanat tersebut.
tapi kalau jawapan sebaliknya. cikgu pikirlah sendiri.
begitulah amanah utk takbir negara, fakta ini telah terbukti semasa Pak Lah Menang Besar dalam PRU 11 dulu adalah kerana majoriti anggap Paklah seorang amanah dan boleh diharap memerintah negara ini. tapi sayangnya Pak Lah telah dikelilingi oleh manusia yg telah lupa amanah yang telah diberikan dan akhirnya umno/bn telah kembali kepada perangai lamanya.
sombong dan menganggap majoriti rakyat adalah bodoh.
oleh itu PRU 12, telah ditakdirkan apa yang akan terjadi seperti hari ini.
saya cabar cikgu jika ada pilihan raya kecil lagi kali ini utk cikgu tawarkan diri. kerana ciri ciri calon UMNO ada dalam diri cikgu, bagaimana penilaian dan penerimaan pemimpin umno terhadap cikgu. jika ciri2 yang ada seperti cikgu pun mereka tolak juga, maka cikgu kenalah pikir kembali arah perjuangan cikgu dalam politik nanti. Insya Allah saya sentiasa doakan agar ianya termakbur. amin
GuruBashid:
Al-hamdulillah saya sihat setakat hari ini dan saya hanya boleh berdo’a untuk yang akan datang sambil terus menerus memberi sesuatu input yang berguna untuk tatapan masyarakat. Saya tidak berupaya walaupun sekelumit untuk mengubah sesuatu atau seseorang kerana kerja makhluk tidak memberi bekas kepada makhluk yang lain. Tetapi saya yakin Allahlah yang akan membuka pintu hati hamba-hambanya yang berusaha untuk terus mahu berfikir dan mencari jalan yang terbaik untuk dunianya dan segala sepak terajangnya. Tetapi yang lebih penting biarlah negara ini terus kekal aman, stabil dan makmur agar rakyatnya boleh berasa aman untuk ke sana ke mari, termasuk berpolitik, menjalankan urusan harian, berniaga dan beribadat. Sesungguhnya saya tidak merasakan nikmat keamanan dan kemakmuran ini datang dengan sendirinya tanpa kehadiran dan buah tangan pemimpin yang bijaksanan dan memandang jauh ke hadapan yang dipilih Tuhan untuk mengurus tadbir umat dan negara ini. Jika tersilap memilih pimpinan bukan sahaja kemakmuran dan kestabilan tidak akan kita kecapi, beribadat pun akan menjadi tidak ketahuan. Saya tidak berhajat untuk menjadi wakil rakyat, tetapi cukuplah saya membantu dan memandu mereka agar bertindak secara fatanah, cekap menelah, memeta apa yang bakal berlaku dan menghidu kemungkinan-kemungkinan. Saya mahu setiap orang menjadi wakil rakyat dan bekerja untuk negara ini sebagai suatu ibadah.Memerangi cara berfikir yang terbelenggu dengan kejumudan dan melihat politik itu hanya sekadar menjadi wakil rakyat. Ramai ahli PAS sekarang ini yang berminat untuk menjadi wakil rakyat sebabnya mereka sudah dapat menghidu bau enak dan keuntungan menjadi wakil rakyat tanpa perlu bekerja dengan gigih. Sebab mereka tahu menjadin wakil rakyat PAS adalah mudah sebab semua kerja telah pun kerajaan lakukan. Ini berbeza dengan kerajaan.Kerajaan akan terus bekerja meskipun calonnya kalah dalam pilihan raya. Kerajaan sesungguhnya bukan sekadar melihat sesuatu itu pada PRU mahupun PRK atau pun sekadar menjadi wakil rakyat. Tetapi kerajaan BN melihat lebih luas dan lebih jauh daripada itu. Ini pula dilakukannya bukan dengan mulut tetapi dengan bekerja untuk rakyat. Dan ia dilakukan dengan penuh bijaksana dan berstrategik, umpama menarik rambut daripada tepung, tepung tak tumpah rambut tak putus.
Salam untuk Anda@Bullshit & para komentar semua,
Anda bukan guru..jawap balas anda penuh emosi..Saya musykil..? Anda lontar yang jernih ttp fahamnya anda terlalu keruh & berkeladak!
‘GuruBashid’ tak relevan, saya cadangkan ‘bullshit’! Tolong jangan pariakan status “guru” yang terlalu mulia dan tinggi makamnya…nasihat saya. Namun saya tidak kecewa sekiranya nasihat ini tiada kesan & bekas pada anda kerana “mindset” anda telah diprogramkan ibarat “jalan sehala”.Maaf kerana komentar ini pun ada emosinya kerana saya bukan ‘Guru’.
Selamat berpuasa, Maaf Zahir & Batin.
Jawapan GuruBashid:
Salam kembali buat Melayu. Selamat menghidupkan Ramadhan yang penuh keberkahan, bulan yang penuh dengan kasih sayang, kemaafan dan sadaqah. Maaf Dzahir dan Batin daripada saya. Tidak mengapa. Bukan salah anda pun apabila anda berkata begitu kepada saya. Saya pernah dikata lebih buruk daripada itu seperti murtad, munafiq, zalim dan kufur.Malahan di mata mereka saya ini bukan Islam dan bukan ahli syurga lagi. Tetapi yang hairannya mereka masih ketagih untuk menjengah saya sambil memasang umpan untuk menguji kesabaran saya. Jadi apalah sangat perkataan anda itu buat saya. Manusia seperti anda telah terbiasa dengan cara-cara begitu. Lagipun individu di sekeliling anda pun tidak pernah menegur anda, malahan mereka berbesar hati jika individu kayak anda bermunculan di sekeliling mereka. Anda memang benar apabila anda menggunakan kata Melayu. Melayu yang dikatakan sabar tetapi diakhiri nafsu ammarah, dendam membuak dan amuk. Melayu yang mudah lupa akan siapa yang pernah berjasa kepadanya, tetapi tidak juga dia kuat beragama dan tajam aqalnya. Melayu seperti anda tidak segan silu mengenakan pelbagai gelaran dan menyarungkannya kepada manusia yang tidak berpihak kepada anda. Apa pun gelaran dan panggilan yang diberi kepada saya, saya tak pernah rungsing tentangnya. Saya tidak mengecil atau membesar hanya disebabkan tuduhan dan gelaran itu. Saya tidak perlu bimbang apa-apa. Para nabi pernah dikaitkan dengan tuduhan yang lebih besar hanya kerana baginda dan beberapa orang yang berkata benar dan bertentangan dengan cita rasa masyarakat Arab pada saat itu. Saya yakin setakat ini, inilah petuntuk dan hidayah yang Allah beri kepada saya.Iaitu berpegang kepada sesuatu yang dipercayai benar walaupun ramai orang sudah mula menghindarinya. Sesungguhnya saya berpegang dengan kata-kata Saidina Ali apabila beliau ditanya tentang jamaah. Menurut Saidina Ali Jamaah itu kamu kekal dalam kebenaran walaupun kamu tinggal seorang diri.
salam romadhon cikgu…saya puji cara cikgu berhujjah dalam setiap komen dan kritikan dari pengunjung blog cikgu…semuanya ada jawapan yang bagi cikgu amat memuaskan benak hati cikgu..(mungkin)..cuma sayang nya masih ada seorang cikgu dalam mesia nie yang berfikiran mcm cikgu..fikirn yang mcm mna?…fikiran zaman cap kapal layar…bukan saya nak kondem cikgu…tp saya dah baca sume balasan cikgu kepada komentar2 yang datang ke blog cikgu…saya pun hairan…apa yang saya fahamlah…cara cikgu menjawab sekitar bawah tempurung sj..kesian saye tengok cikgu…apa yang di tanya atau di cabar kpd cikgu…nampak macam tak terjawab…yang cikgu coret hanyalah coretan basi bagi pegangan cikgu…itu saja…hairan lagi menghairankan…sepatutnya orang seperti cikgulah yang pertama memperjuangkan sama2 perjuangan Tok Guru..ini tidak..cikgu masih mempertahankan pemimpin2 negara yang saya rasa cikgu sendiri tahu salur galur kehidupan mereka…kan?. tapi apa pun yang saya cakap…siapa pun yang cakap..akan bercakap…yang berlawanan dgn fikrah cikgu…pasti tidak akan tersentuh di hati cikgu kan?…pasti ada jawapan bawah tempurung kan?..orang yang berfikiran mcm cikgu lah yang sentiasa disukai oleh pemimpin2 haprak BN yang memerintah negara sekarang..kerana apa saya cakap begitu cikgu/..kerana orang2 berfikiran mcm cikgu nie lah yang akan mempertahankan segala kajhatan mereka kepada rakyat…dan negara. percayalah cikgu..x nak percaya? percaya je cikgu… masih ada masa untuk berfikir….dan selepas saye tulis ini pun..pasti akan ada jawapan dari cikgu…saya pasti..masih di bawah tempurung…wala’yazubillahi minzalik….moga2 cikgu di bukan jalan untuk berfikir sejenak…dan buat keputusan itu segera..selepas apa yang di fikirkan. Insyaallah…Allaha akan buka jalan kepada cikgu. Amin..saye tunggu jawapan dari cikgu…dengan nama Allah..saye post kan komentar ini kepada cikgu ku yang di kasihi…
Takbiiiiirr…Allahuakbar
GuruBashid:
Salamun’alaik warahmatullahi ‘alaik. Semoga sdr lebih bersabar dalam melalui Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Terima kasih atas lelucon saudara, semoga ia akan menjadi bahan berguna buat saya. Saya ni susah nak ketawa dan saya serius dengan kerja-kerja saya. Saya tidak pernah menganggap usaha mengetengahkan pandangan yang menjadi pegangan saya sebagai barang permainan. Tetapi membaca lontaran nafsu ammarah saudara ni, sempat juga saya tersenyum. Nampaknya saudara telah berjaya mengorek hujah dalam tempurung saya dan membawanya ke luar. Apalah ada hujah saya yang dikatakan di bawah tempurung itu sehingga ada individu seperti anda yang berasa tertekan, tetapi pada masa yang sama turut berkenan sehingga berusaha mengoreknya ke luar. Saya tidak pernah menganggap apa yang saya pegang dan pertahankan sekarang sebagai sesuatu yang salah. Yang saya pertahankan sekarang itulah sekarang ini yang sedang diserang dari segenap arah. Yang saya pertahankan ialah perlembagaan negara yang bersifat luhur. Yang saya pertahankan ialah kontrak sosial atau pakatan murni yang dipersetujui antara kaum. Yang saya pertahankan ialah sebuah parti yang cukup berjasa kepada rakyat dan negara ini. Yang saya pertahankan ialah pemimpin-pemimpinnya yang sentiasa berfikir untuk rakyat, yang membuat rancangan rapi dan penuh strategik sehingga lahir sebuah negara yang aman dan stabil, dan rakyatnya pula hidup aman dan makmur serta bersatu padu. Tetapi tiba-tiba sahaja semua usaha baik yang telah tertanam dan sebati dalam masyarakat sekian lama itu cuba digoyahkan dan dinafikan begitu sahaja. Konon-kononnya negara tidak cukup aman dan bebas. Konon-kononnya negara tidak cukup demokratik dan adil. Siapakah yang membuat keadaan yang sudah cukup baik ini tiba-tiba sahaja menjadi tidak menentu. Ketahuilah saya berlepas tangan daripada Tok Guru seperti Nik Aziz itu. Sebab saya mempunyai tok guru yang jauh lebih baik daripada Nik Aziz. Saya berguru dengan mereka. Mereka bukan ahli politik. Mereka tidak dikenali dalam parti. Tetapi mereka sentiasa menyemarakkan api perjuangan saya. Beza mereka dengan Nik Aziz seperti langit dengan bumi. Percakapan mereka yang dahulu, sama sahaja dengan percakapan mereka sekarang dan insya-Allah pada masa akan datang.
saya salute kepada cikgu kerana mempunyai kekuatan yang teguh mempertahankan BN..cikgu diibaratkan sebagai Hang Tuah Moden..saya berdoa cikgu sentiasa bersuara bagi pihak rakyat yang masih memerlukan kerajaan yang ampuh dan kuat.Cikgu mempunyai prinsip perjuangan yang utuh..semoga UMNO dapat berubah dengan adanya jiwa-jiwa perjuangan seperti cikgu…bagi golongan baru seperti saya mengharapkan satu malaysia baru yang lebih telus, amanah dan berintegriti bukannya omongan…tiba-tiba kita dikejutkan kenaikan harga minyak tatkala menunggu satu syawal.
GuruBashid:
Dengan turun beberapa kali, sekali kenaikan adalah lambang toleransi rakyat atas apa yang kerajaan beri selama ini kepada mereka.
SALAM…. X PE LAH…YANG PENTING CIKGU BERANI MENGUTARAKAN HUJAH2 YANG BANYAK MENENTANG KERAJAAN (NEGERI) YANG HAMPIR JATUH INI…. TAHNIAH CIKGU…. SEMOGA BLOK INI MENJADI TEMPAT LUAHAN RAKYAT YANG TIDAK TAHAN DENGAN PEMERINTAHAN SEKARANG…
JANGAN LUPA SIARKAN BANYAK2
GuruBashid:
Salam buat Halim. Semoga anda menjadi hilm dalam tindakan.Jika ditakdirkan kerajaan yang saya dokong ini jatuh setelah apa yang mereka telah sumbangkan kepada rakyat dan negara ini saya redha jika itu sudah ketentuan-Nya. Tetapi saya tidak akan rela bersekonggkol dengan tangan-tangan musuh yang berniat jahat untuk menjatuhkannya.
salam cikgu…Alhamdulillah …cikgu dah rasa nak tergelak no…gelak la cikgu kuat2 dalam tempurung tu…ha ha ha ha….mugkin bijan karibu saja yang dengar…idea cikgu yang dalam tempurung tu sapa pulak yang bawa keluaq?..kesiaaan..masih ada sisa kapal layar.
jawapan yang sama dulu kini insyaallah x kan slama2 nya… mudahan2 kita sama2 mendapat hidayah dri Nya…
GuruBashid:
Waa’alaikumussalam. Begitulah harapannya, semoga kita bersama mendapat rahmat Allah. Semua kita mengharapkan sesuatu yang terbaik daripadanya.
Salam(merujuk pd jwpn comment utk cikgu)..astaghfirullahalazhim… syurga itu janji Allah cikgu..bukan rahsuah!!!cikgu boleh rujuk Al-Quran dan HAdith (mmg itu spatutnya dilakukan oleh seorang muslim), apakah ciri2 calon2 syurga dan neraka? x kan jumpa satu pun ciri masuk syurga bg yg pjuangkn bangsa melayu, x de yg suka rasuah, x de yg buat jenayah…tp yg ada mrk2 yg bjuang menegakkan agama Allah…smg cikgu di beri petunjuk dan hidayahNya…Amin.. ttg nik aziz yg tolak rasuah bukan harakah yg tulis cikgu…berita harian dan berita television (TV1& TV3) yg siarkan..cikgu boleh rujuk utk kepastian..fikir-fikirkan cikgu..lapangkan dada, bukakan minda.. salam ramadhan..maaf zahir dan batin
GuruBashid:
Salam kembali. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda. Bukan sahaja syurga, neraka juga janji Allah. Tetapi ia bukan janji manusia. Jika manusia menjanjikan syurga kepada si polan atau si polan itulah rasuah dalam beragama.
hakhakhak…letih saya baca komen dan balasan dari cikgu…fahaman cikgu terhadap sejarah silam still tidak dapat diluputkan dari fikiran cikgu..saya tahu cikgu amat meminati subjek sejarah dan mengajar sejarah di smks..tetapi kita harus berpijak di bumi yang nyata cikgu..kita kalau nak berjaya..jalan mesti kehadapan…sejarah pembentukan malaysia yg di agungkan cikgu bukanlah mesti dilupakan…tetapi kita mesti gunakan supaya malaysia dapat bebas dari penjajah dari luar negara yg dtg ke malaysia untuk menjajah dari segi fizikal dan juga pemikiran manusia…
semoga Allah sentiasa merahmati dirimu!!^_^
GuruBashid:
Jangan letih. Teruskan jika anda rasa anda perlu menegur saya.Memang sejarah itu adalah sesuatu yang silam dan tidak patut luput daripada sesiapa sahaja.
cikgu..x payah lah cikgu nak blaja ilmu agama tinggi2…better saya sarankan kpd cikgu…blaja basic islam dahulu supaya cikgu tidak terpesong atas landasan allah..
segala yang cikgu komen kpd kami sungguh x menepati jawapan yang kami mahu..tok guru dan para ulamak ialah waris nabi muhamad..kalau cikgu mengutuk atau mempersendakan waris nabi bereerti cikgu sedang mempersendakan nabi muhamad…bawa2 lah mengucap cikgu ku sayang..
agama tidak boleh dibawa main..
selamat berpuasa dan banyakkan amalan sunat..
assalmualaikum
GuruBashid:
Wa’alaikumusalam wr wbt. Moga-moga rahmat Allah itu bukan sahaja dituju kepada saya tetapi kepada kita semua. Apabila saya mengemukakan jawapan, bukannya saya ingin memenuhi jawapan yang anda harapkan tetapi apa yang saya fikir betul dan patut disampaikan. Anda mahukan jawapan yang anda mahu dengar sahaja, tetapi tugas saya ialah menyampaikan apa yang betul dan benar. Jika saya dipaksa memberi jawapan seperti apa yang anda mahu dengar sahaja itulah jalan pertama ke arah penyelewengan kerana saya terpaksa menyimpan sebahagiannya dan semuanya untuk menjaga hati dan selera saudara. Saya bukan jenis itu. Saya fikir kita adalah sama, makhluk Allah yang bersifat pelupa dan tindakan kita tidak memberi bekas kepada makhluk yang lain. Maka setinggi mana pun pengetahuan kita tentang agama dan sebanyak mana pun amalan kita, jika kita masih memandang rendah orang lain, Tuhan tidak akan memberi petunjuk-Nya kepada kita. Anda mungkin berkata yang anda sedang mendapat petunjuk Allah kerana anda selalu menyebut tentang agama dan berada dalam sebuah parti yang menggunakan nama Islam, tetapi saya juga merasakan bahawa saya turut berada dalam petunjuk Allah kerana saya tidak pernah menghina saudara seagama dan merendah-rendahakannya. Jika anda berkata parti anda adalah benar, saya juga meyakini vahawa parti saya adalah benar. Sebab itu marilah kita baik PAS mahupun UMNO berbaik-baik sangaka, menyuburkan rasa persaudaraan, memperbanyakkan amal baik dan berbuat baik sesama insan kerana itulah yang disuruh oleh agama.
Assalamualaikum cikgu bashid….saya merupakan seorang pelajar dari smk kamunting…saya tahu bahawa cikgu merupakan seorang pejuang melayu yang cukup kuat serta teguh dan juga berpendidikan dunia tinggi…jadi apalah saya ini yang merupakan seorang murid yang hanya berpendidikan rendah saja di mata dunia ini yag hendak memberi tazkirah atau peringatan kepada cikgu ini yang tinggi ilmu dunianya serta darjatnya….walau demikian saya tetap akan memberi sepatah dua kata dalam pendapat saya terhadap pendapat cikgu ini….saya tahu cikgu merupakan seorang yang pakar dalam berdebat serta berhujah,jadi saya tidak akan bercakap banyak….hanya sedikit…bagi pengetahuan cikgu sahaja….cikgu merupakan seorang yang amat menitik beratkan soal kebangsaan dan keislaman……tetapi adakah cikgu membuat nya dengan cara yang betul?cikgu memang merupakan seorang yang amat mengambil berat akan orang ramai serta pemimpin tetapi adakah cikgu menyampaikan mesej kepada mereka dengan betul?adakah cikgu telah memilih pemimpin yang betul?Memang, saya ini sepatutnya tidak memasuk campur dalam hal politik…seharusnya cikgu tahu politik pada usia yang muda bukanlah haram….tetapi menjadi haram hukumnya jika salah tujuanya,motifnya serta ikutannya…..Allah S.W.T pernah berfirman dalam kitab Al-Quranul Kareem…..sesiapa yang tidak menjalankan hukum-hukum Allah atau menolaknya,maka mereka tergolong dalam golongan yang zalim….ini bukanlah sesuatu yang keluar dari mulut saya tetapi daripada Al-Quran iaitu kalamullah….sesuatu yang dtangnya dari Allah sendiri…..ayat ini membawa makna bahawa sesiapa yang tidak mengikuti ,menolak,membantah dan mengutuk hukum Allah…maka mereka adalah orang yang zalim….sama sajalah mereka ini seperti kaum yahudi dan nasrani…..sanggupkah cikgu menyokong serta mengikuti orang yang zalim….jika cikgu menykong mereka seolah2 cikgu menyokong yahudi dan nasrani…..sesungguhnya ilmu saya tidak lah begitu tinggi…jadi jika cikgu ingin mengetahui lagi dalil2 dari Al-Quran dan Hadis misalnya,banyakkanlah membacanya serta mendengar tazkirah2…..dan jika ckgu tidak mempercayai atau ragu-ragu akan kenyaaan saya akan dalil dari Al-Quran tadi,maka cikgulah bolehlah merujuknya….dan ingati bahawa Allah pernah berfirman,kitab itulah(Al-Quran) yang tiada ragu-ragu didalamnya menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa…..jadi pada kesimpulannya jika cikgu benar-benar orang islam dan bukan orang yang hanya berpura2 iaitu orang munafiqin….jadi pertikaikanlah apa yang saya sampaikan hari ini…..kajilah balik,rujuk balik dalam Al-Quran dan daripada orang-orang yang berilmu….dan ingatlah bahawa saya pada hari ini hanya setakat memberi peringatan sahaja dan bukan memaksa kerana…Firman Allah S.W.T,tiada paksaan di dalam agama….jadi samada cikgu mahu ikut atau tidak itu terletak di tangan cikgu saya…..saya hanyalah setakat memberi peringatan sahaja bukanlah satu ugutan ….kerana Allah berfirman bahawa peringatan itu amatlah berguna bagi orang-orang yang mukmin…..
sekian,dengan akhir kata,
Assalamualaikum dan selamat datang ke SMK KAMUNTING…
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Semoga Allah merahmati anda. Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya. Terima kasih kerana masih sudi menatap blog cikgu. Semoga blog ini sedikit sebanyak bermanfaat buat anda, sekurang-kurangnya mengajak kita berfikir sebelum menerima atau menolaknya.Cikgu tidak pernah membezakan antara ilmu agama mahupun ilmu duniawi kerana bagi cikgu kedua-dua jenis ilmu ini berpunca daripada satu sumber iaitu daripada Maha Pencipta atau al-Khaliq. Jika ingin dibahagikan juga,ilmu terpecah kepada dua bidang besar, iaitu ilmu fardhu ‘ain dan ‘ilmu fardhu kifayah. Yang pertama penting untuk menyempurnakan hubungan kita dengan Allah dan yang kedua pula penting untuk menyempurnakan hubungan sesama insan dan makhluk lain serta seluruh urusan hidup yang berkaitan dengannya. Kekurangan salah satu daripadanya akan menyebabkan kepincangan kepada diri seseorang insan khususnya dalam fungsi dan peranannya sebagai khalifah Allah yang diamanahkan kepadanya bumi dan seluruh makhluk di dalamnya untuk diurus tadbir secara sempurna.Dengan sebab ilmu itulah Allah memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam a.s. dan kerana itulah juga Allah azzawajalla mengangkat darjat insan.Semoga Allah memilih anda sebagai insan yang dambakan ilmu pengetahuan dan menjadikannya projek sepanjang hayat. Cikgu tidak sekadar memperjuangkan Melayu per se, meskipun cikgu berada di dalam UMNO. Cikgu memilih UMNO sebagai wadah perjuangan sebab cikgu bukan sahaja dapat melihat malahan merasai sendiri bagaimana parti itu cukup berhikmah, berstrategi dan praktikal dalam memperjuangkan nasib umat Islam di negara ini dan dalam masa yang sama ia turut berpegang teguh dengan semangat setiakawan dalam BN sesuai dengan kemajmukan masyarakat di Malaysia. Cikgu menerima UMNO bukan disebabkan kata-katanya yang hebat tentang Islam dan simbol Islam yang digunakannya, tetapi kerana praktis dan jasanya kepada majoriti umat Islam dan rakyat seluruhnya.Cikgu tidak dapat nafikan semua ini. Bagi cikgu UMNO dalam BN sudah teruji bandingannya, dan cukup berpengalaman mengendalikan masalah. Kemelut yang dilaluinya hampir sama banyak dengan kejayaan yang dicapainya dan setiap kali ia mengalam,i kemelut itu, setakat ini Tuhan memberikannya kekuatan untuk menanganinya. Atas perkiraan sumbangan dan jasanya cikgu tidak akan menolak UMNO hanya disebabkan perilaku beberapa orang pemimpinnya yang menyimpang daripada perjuangan asal. UMNO adalah rumah yang dibina untuk menjaga ahli di dalamnya. Jika ada perlakuan seorang dua dalam rumah itu yang menyimpang tidak wajar rumah itu dibakar atau dirobohkan. Ahli-ahli lain di dalam rumah itu yang faham akan nilai sebenar perjuangan UMNO patut menegur dan membetulkannya.Selain itu PAS adalah agen luar yang turut menegur UMNO seperti juga UMNO merupakan agen luar yang bakal menegur PAS.Tetapi untuk menuduh perjuangan UMNO tidak islamik dan berunsur Yahudi dan Nasara adalah tidak begitu tepat kerana orang-orang Yahudi, Nasara dan kuffar tidak pernah membezakan antara kita baik PAS mahupun UMNO sebagai musuh-musuh mereka. Inilah yang wajar difahami dengan mendalam bagi mereka yang berada di dalam PAS. Antara kita mememilih-milih siapa lawan dan siapa pula patut jadi kawan kita, tetapi yang kita pilih itu saudara islam kita sendiri. Apabila malaikat bertanya siapakah saudara kamu, kita diminta menjawab orang Islam saudaraku. Tetapi hakikatnya kita lebih rela bersaudara dengan orang lain atas alasan politik sedangkan musuh kita serupa sahaja iaitu yahudi dan nasara. Kepada kedua-duanyalah yang kita patut berhadapan bukannya bertentangan sesama kita. Malahan ajaran al-quran yang menjadi pegangan saya dan sepatutnya menjadi pegangan anda juga menyebutkan tentang persaudaraan sesama mu’min dan damaikanlah antara mereka jika berlaku permusuhan atau perbalahan. Selain itu banyak lagi ayat atau hadith yang meyebut tentang ini selain meminta kita menjauhi fitnah, adu domba, permusuhan, kebinasaan dan banyak lagi. Maka atas penjelasan itu saya yakin akan kebenaran landasan perjuangan saya sekarang dan saya jelas ke mana hala tuju saya.
hidup guru bashid. anda seorang yang tahu erti syukur, berterima kasih dan mengenang jasa. syabas!
» Keegoan PAS Benar-Benar Menjadi Setelah Membelasah BN 7-0 ……
[…]Menurut Saidina Ali Jamaah itu kamu kekal dalam kebenaran walaupun kamu tinggal seorang diri. ibnu rashid said,. in September 1st, 2009 at 3:05 am. salam romadhon cikgu…saya puji cara cikgu berhujjah dalam setiap komen dan kritikan …. Cikgu m…
Leave A Reply