1 Bertemu secara langsung dengan ibu bapa dan bercakap sendiri dengan mereka merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga.
2 Dengan kekangan sedia ada, guru-guru tidak mampu untuk ke rumah setiap ibu bapa, jadi menjemput mereka datang ke sekolah dalam suatu program yang dinamakan sesi ramah mesra atau bual mesra sangat berguna.
3 Anda akan mendengar sendiri daripada mulut mereka cerita tentang anak-anak mereka; masalah yang mereka hadapi dalam mendidik anak-anak;harapan mereka terhadap anak-anak mereka dan pandangan mereka terhadap sekolah.
4 Segalanya diluahkan secara sukarela tanpa paksaan. Mereka meluahkannya dalam bahasa dan cara mereka. Kami pula menyediakan telinga dan perasaan untuk mendengar.Kami mahu mendengar semuanya.Tiada tapisan.
5 Sebagai balasan mereka pula bersedia mendengar apa sahaja saranan kami demi kebaikan anak-anak mereka yang masih bersekolah.
5 Rahsianya terletak di tangan kita yang meminta apa yang mereka mahu sekolah buat dan bukan dengan tujuan mencari salah mereka mahupun salah anak-anak mereka.Ternyata melalui pendekatan ini banyak sekali pengalaman dan pandangan yang mereka berikan.
6 Sudah tiga kali pihak sekolah mengadakan sesi pertemuan tidak formal seperti ini dan hasilnya memang tidak dijangkakan.
7 Pertemuan ini tidak perlu melibatkan semua guru. Memadai hanya guru kelas yang terlibat, seorang kaunselor, seorang PK dan Pengetua. Setiap pertemuan mungkin melibatkan dua hingga tiga kelas. Kita boleh mulakan dengan kelas-kelas peperiksaan.
8 Selain itu ada dua instrumen wajib yang perlu ada di tangan guru yang terlibat iaitu Buku Rekod Kehadiran Pelajar dan Keputusan Peperiksaan Terkini. Ibu bapa pula boleh dibekalkan dengan sehelai panduan jika perlu.
9 Walaupun kehadiran ibu bapa tidaklah seperti apa yang diharapkan namun yang hadir adalah yang mahukan anak-anak mereka berjaya. Mereka sanggup meminta cuti atau meninggalkan sebentar urusan jual beli mereka sebab demi anak-anak mereka.
10 Ia diharapkan akan menjadi permulaan kepada suatu yang lebih baik pada masa hadapan.Apatah lagi layanan mesra yang kami berikan dan tips atau panduan berguna buat mereka dalam mendidik anak-anak.
11 Setiap ibu bapa diberi peluang untuk bercakap mengenai anak-anak mereka. Mungkin masalah anak mereka tidak sama, namun apa yang diluahkan itu mungkin berguna buat yang lain.
12 Pihak sekolah tidak boleh berputus asa dengan jumlah kehadiran ibu bapa. Yang penting jalan dan pendekatan harus terus dicari untuk mendekatkan ibu bapa dengan pihak sekolah terutama dalam hal yang menyangkut kemajuan anak-anak mereka di sekolah.
13 Ibu bapa harus menyedari bahawa pihak sekolah serius untuk membantu anak-anak mereka. Sekolah telah dan sedang melakukan banyak tindakan untuk mencapai tujuan itu dan ibu bapa hanya perlu memberi yang sedikit lagi.
GuruBashid











No user commented in " Sesi Bual Mesra Pihak Sekolah dan Ibu Bapa "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply