Saya suka mengingatkan calon BN yang akan dipilih nanti jaga niat anda sebab setiap amal dengan niat (objektif). Niat anda akan menentukan gerak kerja, tujuan dan hasil yang akan diperolehi. Jika niat anda untuk menjadi wakil rakyat, buat macam wakil rakyat yakni anda sebagai wakil bagi seluruh rakyat di kawasan Bukit Gantang. Anda bukan mewakili diri anda, keluarga anda, kelompok anda, bangsa dan parti anda. Ingat itu. Anda mewakili parti anda hanya ketika bertanding, tetapi setelah dipilih anda bukan lagi menjadi wakil parti anda tetapi wakil seluruh pengundi di Bukit Gantang yang berjumlah lebih kurang 55,000. Jika pada waktu itu anda masih mahu melihat kepada diri sendiri dan mahukan jawatan untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan kelompok anda, nasihat saya jangan bertanding sebab sekali lagi nama baik parti akan dirosakkan oleh individu seperti anda. Ingat ini. Sesungguhnya pertandingan ini bukan peluang untuk mendapat habuan, tetapi ini adalah amanah dan tanggungjawab yang sangat berat dan medan untuk anda berkerja. Anda kena gagaskan sebuah wawasan, misi, strategi dan perancangan dari sekarang supaya anda tidak terkial-kial untuk menentukan hala tuju dan kemajuan di Bukit Gantang. Ketahuilah ini bukan pertandingan suka-suka, tetapi menentukan hala tuju sebuah kawasan yang bernama Bukit Gantang











No user commented in " PANDUAN 5: PRK P59 BUKIT GANTANG "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply