” Penegasan TS Muhyiddin agar pihak yang berkuasa menyiasat dakwaan Zahrain ke atas Anwar tidak boleh dianggap ringan. TS Muhyiddin tahu tentang apa yang diujarkannya setelah dakwaan Zahrain itu dibuat di Parlimen yang mulia. Kalau sekadar mahu mendengar dakwaan Zahrain tentang Anwar tentu tidak begitu signifikan mengapa dakwaan itu dibuat di sidang dewan rakyat. Tentu penegasan Timbalan Perdana Menteri itu menjadi jawapan tentang apa yang sepatutnya dibuat selepas itu. Sesuatu yang dibuat mesti berbaloi dan bermakna untuk kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya. Jika tidak ia sama seperti mendengar suara-suara di tepi-tepi jalan-sia-sia dan tiada tindakan. Rakyat sudah mendengar tentang pembohongan Anwar di Parlimen dan sekarang rakyat mahu melihat apa tindakan kerajaan ke atas Anwar selepas itu. Ya ia menjadi beban kepada kerajaan sekarang. Pihak yang patut bertindak tentu tahu apa yang patut dibuat.Rakyat sedang melihat sekarang, ” GuruBashid