” Peluk Irma tak jejas ekonomi negara, ” Nabil. KLIK DI SINI
” Tiba-tiba sahaja Nabil yang kerdil itu menjadi besar. Bukan kerana perbuatan memeluk itu tetapi kerana percakapannya selepas itu. Sebagai guru saya beritahu anak-anak saya Nabil hanyalah pelawak tetapi bukan pelawak contoh bagi negaranya. Saya tidak bimbang sama sekali kesannya ke atas ekonomi negara, tetapi yang saya biimbangkan ialah periuk nasi Nabil yang mungkin akan terjejas selepas percakapan bodoh sombongnya itu.” GuruBashid
1. Kebanyakan orang masih boleh melupakan apa yang berlaku (perbuatan) tetapi tidak mudah melupakan percakapan selepas itu.
2. Seorang pencuri yang memohon maaf kerana terpaksa mencuri boleh sahaja menarik simpati ramai orang, tetapi jika dia berkata aku sepatutnya mencuri lebih banyak dari ini tentu sahaja orang akan lebih marah kepadanya.
3. Inilah yang mungkin Nabil tidak tahu atau tidak cuba menyedarinya. Bukan Nabil sahaja, tetapi saya percaya ramai lagi di luar sana yang tidak tahu tentang ini yang bercakap ikut sedap mulut sahaja.
4. Kalau Nabil yang dahulu atau lebih tepat sebagai mat despatch percakapannya itu tidak memberi implikasi apa-apa. Begitu juga perbuatannya itu.
5. Tetapi Nabil yang sekarang berbeza dengan Nabil yang dahulu.Nabil yang sekarang ialah Nabil yang sedang diiktiraf dan diangkat oleh penerbit dan sebahagian besar peminat.
6. Jika dia meminta maaf orang mungkin boleh melupakannya malah orang akan melihat Nabil sebagai pelawak berjiwa besar sebab apa yang berlaku itu mungkin didorong rasa ghairah beliau setelah diumum buat pertama kalinya sebagai pemenang dalam pertandingan yang berprestij seperti itu.
7. Tetapi apabila dia mengaitkan tindakannya itu dengan kesannya ke atas ekonomi negara itulah kesilapan besar Nabil. Orang sudah mula membandingkan perangai Nabil seperti juga perangai pembangkang yang sedang berdemonstrasi di jalanan untuk melepaskan perasaan marah dengan mengetepikan peraturan dan undang-undang.
8. Orang yang mula mahu memaafkannya,tiba-tiba marah kepada percakapannya. Perbuatannya mungkin tidak disengajakan, tetapi perkataannya itu menggambarkan dia sudah mula bersikap sombong ketika dia sedang mula menikmati hasil usahanya dengan bantuan penerbit dan peminat.
9. Saya suka beritahu Nabil memang ekonomi tak kan terjejas akibat perbuatannya, tetapi yang saya khuatir periuk nasi kamu yang akan terjejas selepas percakapan kamu yang bodoh sombong itu. Kamu akan lihat itu.
GuruBashid











3 users commented in " Saya tidak bimbangkan kesannya ke atas ekonomi negara, tetapi saya bimbangkan kesannya ke atas periuk nasi Nabil sendiri "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam, saya rasa nabil tidak boleh disalahkan dalam hal ini, nabil berkata atas ilmu yg selama ini dia belajar melaluli penglihatan dia atas sistem hidup yang telah rosak akibat ahli politik yang sibuk memperalatkan agama sehingga mengelirukan individu seperti beliau yang sepatutnya memberikan tunjuk ajar yang betul dan berterusan.
RILEKS LA CIKGU.. DIA MELAWAK LAGI TU. TAKKAN AMIK HATI KOT. DIA PUN BELAJAR TAKAT MANA? JGN LE MARAHKAN DIA. DIA DAH JADI JUTAWAN PUN. RUMAH PAK DIA KAT KAMPUNG DAH JADI BANGLO DAH. ORG PANDAI ADA MASTERS NGAN PHD PUN TAK JADI JUTAWAN… HE HE. RILEKS YE CIKGU…
kekayaan harta tidaklah sama dengan kekayaan hati. seorang guru memang tidak kaya harta tetapi dia meng’kaya’kan anak-anak muridnya dengan ilmu. kita mula kenal tulis baca dengan seorang guru. bersyukurlah dan beristighfarlah.
-> nuriman & arin2772
semoga jangan mana2 paklawak berkata lagi:
“saya berzina dengan si-anu tu, bukan sampai runtuh kerajaan Malaysia!”.
Leave A Reply