PENGURUSAN BILIK DARJAH
*Panduan ini berguna buat PK1, PK HEM, guru kelas, guru subjek dan Majlis Ketua Tingkatan
KAJIAN BERKAITAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
1 Oleh Good & Brophy (1975)
Guru-guru yang mengambil masa di awal tahun untuk mendengar pandangan pelajar dan menerangkan rasional di sebalik peraturan-peraturan yang dibuat sebenarnya membuat ‘pelaburan yang bijak’. Ini akan meningkatkan kredibiliti guru dan mengurangkan kecenderungan pelajar untuk menguji guru sepanjang tahun.
2 Oleh Senge(2000)
Satu perkara yang saya tahu kebenaran adalah saya mesti secara berterusan memodelkan dan mengamalkan dalam kehidupan saya apa yang saya ajar. Tidak ada garis pemisah di antara apa yang saya sampaikan sebagai bahan pengajaran dengan apa yang saya amalkan dalam kehidupan seharian. Saya percaya pegangan ini mengkayakan diri saya sebagai seorang pendidik dan bukan merupakan tambahan kepada apa yang perlu saya lakukan
SUASANA BILIK DARJAH DALAM P&P
Suasana Fizikal (bersih, selamat, ceria & menggalakkan pembelajaran)
Suasana Pembelajaran:
- Aktiviti menarik & mengelakkan minat pelajar
- Guru peka terhadap keperluan pelajar
- Guru berminat dalam pengajarannya
- Sahsiah guru memberi kesan yang baik
- Perlakuan / gerakan pelajar mematuhi peraturan/rutin yang telah ditetapkan
- Perhubungan guru-pelajar mesra
- Sikap hormat-menghormati wujud di antara guru dan pelajar
- Guru mewujudkan kesimbangan yang baik antara ketegasan dan kemesraan
TUJUAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
1 Penggunaan masa, tenaga, kemudahan / alat pengajaran yang berkesan
2 Mengurangkan salahlaku pelajar yang menimbulkan gangguan
3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif
ASPEK-ASPEK DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
1 Keadaan fizikal bilik darjah (3K – kebersihan, keselamatan, keceriaan)
2 Penggunaan masa (Jadual waktu)
3 Kerja mengurus bilik darjah
4 Peraturan-peraturan dalam bilik darjah
PENGURUSAN BILIK DARJAH
1 Perhubungan guru & pelajar yang positif (memperkenalkan diri, mengenali nama dan diri pelajar)
2 Susunan bilik darjah (kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan, sudut-sudut khas dll)
3 Menetapkan peraturan (keluar masuk kelas, kedatangan, jadual bertugas, kerja rumah, latihan kebakaran, respon kepada salah laku pelajar)
4 Mengurus sesi P & P ( cara memotivasikan pelajar, ganjaran, pujian, penggunaan isyarat(loceng), aktiviti menyerap masa / sponging activities)
5 Perhubungan dengan ibu bapa (perjumpaan dengan ibubapa pelajar, makluman kepada ibubapa pelajar)
CARA – MOTIVASIKAN PELAJAR
1 Menunjukkan sikap mengambil berat
2 Memodelkan tingkahlaku pelajar yang diingini
3 Memaklumkan kepada pelajar matlamat pengajaran serta tahap pencapaian yang diharapkan
4 Mengharapkan yang terbaik daripada pelajar -IF YOU EXPECT THE BEST, YOU WILL GET THE BEST
5 Melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P
6 Menggunakan minat pelajar sebaik mungkin
7 Menggunakan idea / pendapat pelajar
8 Menggunakan sifat ingin tahu pelajar sebaik yang mungkin
9 Menggunakan pengukuhan positif (kata-kata pujian, ganjaran dll)
10 Mengambil kira keperluan, kecenderungan dan tahap pembelajaran pelajar yang berbeza
11 Mengurangkan perasaan keresahan (anxiety) dalam diri pelajar
HOW DO WE MOTIVATE PEOPLE?
1 Appreciate the power of motivation
2 Belief in your people and show them they are important in the organization
3 Give a person a reputation to uphold
4 Walk the talk
5 What gets rewarded gets done
5 Hold more celebrations
6 Set high standards – Students begin to think only when they challenged Intellectually”
7 Communicate effectively
8 Encourage participation from all levels
PANDUAN MEMBERI KATA PUJIAN
1 Beri pada individu / pelajar secara keseluruhan
2 Beri dengan nada / ekspresi yang sesuai
3 Gunakan pelbagai kata-kata pujian (baik sahaja tidak memadai)
4 Kata-kata pujian perlu berkualiti & ikhlas
5 Sebutkan nama pelajar apabila memberi pujian
PROCEDURES TO REHEARSE WITH STUDENT
- Entering the classroom
- End of period/school dismissal
- Distributing and collecting books & handouts
- Asking questions / getting attention
- keeping desk and class clean etc.
(Harry K. Wong & Rosemary T. Wong - The First Days of Schools: How To Be An Effective teacher)
MODEL-MODEL KAWALAN DISIPLIN
A MODEL NEO-SKINNER
Konsep disiplin melalui pemupukan tingkah laku yang diingini
Pendekatan:
- Merakamkan penghargaan
-Peraturan – Penyepian - Pujian
- Sistem ekonomi ‘token’
- Kontrak tingkah laku
B MODEL KOUNIN
Konsep disiplin melalui corak pengurusan bilik darjah yang baik dan berkesan
Pendekatan:
- Kepekaan
- Kelancaran pengajaran
- Pemberian pengajaran
- Pemberitahuan secara kumpulan
- Akauntabiliti
- Menyediakan cabaran baru
C MODEL DREIKURS
Konsep disiplin melalui corak pengajaran demokratik
Kesanggupan berhadapan dengan penyelewengan matlamat (confronting mistaken goals)
Pendekatan:
- Memberi tumpuan yang sewajarnya
- Penglibatan pelajar secara lebih aktif
- Memberi dorongan
- Mengenakan konsekuens logikal
- Memberi haluan baru kepada kelakuan bertujuan menarik perhatian
- Menggalakkan tingkah laku pencarian kuasa (power-seeking bahaviour)
D MODEL CANTER & CANTER
Kawalan disiplin melalui tingkah laku secara tegas (assertive discipline)
Pendekatan:
- Pemfokusan kepada keperluan pelajar
- Pembentukan peraturan bilik darjah yang jelas
- Cara respons guru tegas
- Memberi pengiktirafan positif
- Mengenakan konsekuens/ tindakan kelakuan
E MODEL GORDON
Konsep disiplin yang memberi penekanan kepada pembentukan sifat tanggungjawab dan kawalan diri pelajar
Pendekatan:
- Menyediakan persekitaran yang kondusif
- Respons guru kepada situasi dan bukan kepada individu tertentu
- Menyelesaikan konflik tanpa menjejaskan kewibawaan mana-mana pihak
- Mengasah kemahiran mendengar
- Mengelakkan halangan komunikasi
- Penglibatan pelajar dalam penetapan peraturan
Nota Kuliah Oleh Pensyarah IAB











1 user commented in " PERSIAPAN 2010:PANDUAN GURU KELAS "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackBagus artikel ini. Walaupun saya sudah 20 thn dlm dunia perguruan,kdg2 mati akal juga menangani masalah murid-murid zaman siber ini.
Leave A Reply