1. Inilah satu-satunya Malaysia yang ada. Kita tidak ada Malaysia yang lain. Marilah kita yang menjadi warganegaranya menjaga Malaysia dengan cara yang paling baik supaya negara kita tidak cacat dan tetap terpelihara.
2. Kita berbeza etnik, bahasa, warna kulit, agama dan cara hidup tetapi kita disatukan di bawah langit Malaysia dan sedang berdiri di buminya yang makmur. Demi Malaysia nan satu kita sanggup melupakan perbezaan untuk berkongsi nilai yang serupa iaitu kedamaian dan kemakmuran.
3. Kita hanya ada Malaysia yang ini. Buruk atau baik inilah negara kita.Kita tak perlu bangunkan Amerika yang kedua atau Thailand yang kedua di bumi tercinta ini. Cukuplah Amerika atau Thailand yang sedia ada.
4. Di mana bumi Malaysia dipijak di situlah langit Malaysia dijunjung.Kita berbeza dalam banyak perkara tetapi kita berkongsi Malaysia yang satu. Di sinilah kita mencari rezeki, beribadat, belajar dan menikmati hidup dengan aman dan tenteram.
5. Di atas tanah Malaysia nan satu kita Satu Malaysia hanya ingin hidup aman, bahagia dan sejahtera. Tiada peperangan dan tiada kekacauan. Jika anda ingin berdemonstrasi dan membuat kacau ada harus mencari negara yang lain, bukan di Malaysia. Di situ anda boleh melakukan sesuka hati ikut undang-undang anda. Tetapi selagi anda di Malaysia, jangan. Kelak Satu Malaysia akan menolak anda.
6. Kita hanya ada Malaysia yang ini. Tak mungkin sama dengan negara-negara lain. Jika anda sukakannya anda boleh kekal di sini. Jika anda tidak sukakannya anda boleh keluar dari sini.
7. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi kita tak boleh berpecah kerananya. Dalam perkara-perkara yang menyangkut tentang keselamatan dan kestabilan hegara, kita hanya ada satu pilihan, iaitu mesti bersatu.
8. Marilah kita mula mencari kelebihan dan menghimpunkannya kerana itu yang diperlukan oleh negara. Elakkan sindrom mencari salah para pemimpin kerana cara begini hampir tak berguna untuk negara.
9. Semangkuk kari adalah campuran daripada pelbagai bahan yang diadun dengan sempurna. Satu Malaysia hanya terbentuk apabila modal insan berkualiti bergabung dan menyokongnya.
10. Satu Malaysia mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, bukan sebahagiannya.
Hakcipta Abd Bashid Harun











47 users commented in " Memahami Gagasan 1Malaysia Bersama GuruBashid "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackPemahaman individu terhadap “1 MALAYSIA” berlainan.Adakah cara lain untuk menjayakan konsep ini selain daripadaa yang dinyatakan oleh Tuan?
Jawapan:
Apa pun jua pemahaman kita tentang konsep 1Malaysia dan bagaimana jua perbezaan pemahaman itu, ia tidak seharusnya tersasar daripada prinsip perlembagaan negara. Perlembagaan negara yang terkandung di dalamnya semangat kontrak sosial antara pelbagai kaum di negara ini yang telah disepekati bersama sebelum Malaysia merdeka merupakan undang-undang tertinggi negara yang bersifat luhur jelas menjadi teras ikatan persefahaman yang tidak boleh dirungkai. Jika kita benar-benar memahami kontrak sosial seperti yang termaktub dalalm perlembagaan, insya-Allah tidak akan ada suara yang membuat tuntutan yang bukan-bukan sehingga menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang lain. Jadi kandungan perlembagaan mestilah diperjelas dan diperhalusi serentak dengan laungan konsep konsep 1Malaysia itu agar konsep 1Malaysia itu difahamai sebagaimana yang sepatutnya dan menjadi landasan penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
apakah sebenarnya gagasan satu malaysia? apakah yg rakyat malaysia yang berbagai kaum dan agama perlu lakukan untuk merealisasikan gagasan tersebut? sila berikan contoh2.
Jawapan:
Terima kasih Suzy. Kerajaan telah melakukan sesuatu. Selain gagasan ini, banyak lagi yang kerajaan lakukan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Maka tinggallah rakyat untuk memahami, menghayati gagasan ini dan seterusnya merealisasikannya dalam bentuk tindakan. Pertama membantu kerajaan untuk mengekalkan keamanan yang selama ini kita kecapi. Nikmat keamanan yang selama ini kita kecapi yang memudahkan pembangunan negara dilaksanakan tanpa kendala. Sungguhpun negara kita unik dan majmuk namun keunikan dan kemajmukan itu bukan alasan untuk kita mencari alasan untuk berpecah-belah. Keunikan dan kemajmukan itu takdir kita sebagai ruang dan peluang untuk kita mempelajari perbezaan itu dan menerima seadanya. Kepelbagaian bukan alasan untuk kita menjauhi tetapi cara untuk kita mendekati dan memahaminya seperti friman Tuhan, “Aku jadikan kamu berbangsda-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenali antara satu dengan lain.”. Dan inilah yang kita lakukan selama ini melalui sistem pendidikan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan. Kita sama-sama mengelakkan daripada membangkitkan lima perkara sensitif yang sudah termaktub dalam perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi negara.Pemimpin kita terdahulu telah bersetuju dan bersepakat bahawa lima perkara ini tidak boleh disensasikan dalam apa pun keadaannya kerana cubaan untuk membangkitkannya hanya menjadikan bom jangka yangs sedia ada di negara ini akan meletup bila-bila masa.Lima perkara yang telah dipersetujui bersama dalam kontrak sosial itu ialah kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu termasuk bumiputera di Sabah dan SDarawak dan kerakyatan jus soli. Tetapi mutakhir ini sudah ada indidividu dan minoriti yang mula menguji kesabaran kerajaan dan rakyat dengan membangkitkannya kerana kepentingan diri. Maka apabila sudah mula dijadikan permainan dan gendang perang sudah mula dipalu, maka keadaan akan mula menjadi tidak menentu. Apakah peranan rakyat yang bertanggungjawab apabila berdepan dengan keadaan seperti ini. Jawapannya tidak lain dan tidak kembali kepada semangat perlembagaan dan kontrak sosial yang kita telah bersetuju dengannya sejak sekian lama.
Assalamualaikum cikgu.
Apa yg perlu saya bincangkan untuk menjawab soalan berikut;
Perlembagaan Dalam Konteks Perhubungan
Etnik Di Malaysia
Mohon pandangan cikgu.
Terima kasih.
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Insya-Allah saya akan menjawabnya kemudian.
Sdr mohaba,
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara yang bersifat luhur. Mana-mana undang-undang yang hendak digubal selepas perlembagaan itu mestilah kandungannya tidak bertentangan atau mengurangi atau melebihi dariapada kadar perlembagaan itu.
Jika terdapat pertentangan antara kandungan undang-undang dengan perlembagaan, maka dengan sendirinya undang-undang itu terbatal setakat mana yang bertentangan itu.
Sebagai undang-undang tertinggi negara yang bersifat luhur, perlembagaan mendahului raja dan rakyat. Sebab itu negara yang merdeka akan memutuskan untuk menggubalkan sebuah perlembagaan bagi negaranya yang merdeka sebagai panduan kepada pemerintahan mereka kelak dan menjadi rujukan utama bagi rakyat.
Dalam perlembagaan Malaysia yang bertulis hal-hal yang bersangkutan dengan nilai-nilai tradisi yang menjadi kepercayaan sejak sekian lama dimasukkan dan dimurnikan dalam perlembagaan.
Begitu juga hal-hal yang bersangkutan dengan kaum-kaum yang wujud di negara ini turut diambil kira dan dimasukkan dalam perlembagaan.
Maknanya sebelum sesuatu perlembagaan itu digubal semua faktor yang sedia ada di sesebuah negara yang boleh menjadi ancaman dan peluang turut diperhalusi dan dimrunikan dalam perlembagaan.
Begnilah keadaannya dalam perlembagaan Malaysia yang menetapkan bahawa setiap kaum yang menjadi warganegara Malaysia perlu akur dengan elemen plus4 minus 1 yang menjadi asas kepada kontrak sosial atau persetujuan bersama yang telah disepakati oleh semua kaum sebelum pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara ini.
Walaupun ia dilihat sebagai syor daripada pihak British tetapi ia disepakati tanpa sebarang “objection” oleh mana-mana kaum kerana mereka secara sedar dan insaf bahawa inilah nanti yang menjadi formula yang mengikat akan kerukunan hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Formula Plus4 Minus1 yang dikenali juga sebagai Pakatan Murni adalah satu petunjuk kepada satu tahap toleransi yang tinggi antara pelbagai kaum di negara ini sebagai suatu pengorbanan mereka untuk melihat kerukunan hidup kekal aman dan sejahtera. Ia turut melambangkan situasi win win di mana setiap elemen yang melibatkan kaum diambil kira. Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kontrak sosial itu.
Oleh kerana ia disepakati dan dipersetujui secara bersama oleh setiap kaum yang tinggal di negara ini ia diterima sebagai kontrak sosial. Lalu ia dimaktubkan dalam perlembagaan.
Itulah sebabnya dimasukkan dalam perlembagaan itu kedudukan raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa bagi persekutuan yang merdeka, tentang kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan tentang hak istimewa orang Melayu.
Kerana bangsa Melayu mendapat empat, maka bangsa Melayu pula terpaksa berkorban satu perkara yang selama ini sangat menjadi bahan yang paling berharga buat mereka iaitu kewarganegaraan bangsa asing secara jus soli yang kelak akan menjadikan Malaysia dikongsi oleh kaum-kaum yang ada di negara ini.
Inilah pengorbanan setiap kaum yang ada di negara ini dan inilah yang patut difahami, dijaga dan dipelihara agar ia tetap menjadi formula kolaboratif tahap tinggi yang kita bersetuju bersama.
Selain memktubkannya dalam perlembagaan negara, untuk memantapkannya lagi kontrak sosial ini diperkukuh melalui wujudnya Akta Hasutan yang melarang mana-mana individu atau kumpulan atau organisasi mengungkit tentang Minus4 Plus1 ini.
Inilah yang menjadi asas kepada kerukunan hidup pelbagai etnik di Malaysia sekian lama. Apatah lagi ia sesuai dengan maksud firman Allah yang menjadikan manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan puak untuk kita saling mengenali.
Malahan ia juga amat bertepatan dengan kandungan dalam Sahifah Madinah (perlembagaan Madinah) yang turut membuatkan fasal yang berkaitan dengan hubungan dengan oirang-orang yahudi dan orang bukan islam yang lain.
salam cikgu..
sy tertarik dgn website ini..
minta pandangan cikgu berkaitan “konsep 1malaysia asas keselamatan insan”
salam..
saya mohon pandangan cikgu tentang apakah peranan pendidik dalam merelisasikan gagasan satu malaysia dan dari segi pendidikan apakah perkaitan gagasan ini dengan pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010?
GuruBashid:
Salam kembali. 1Malaysia berkaitan dengan perpaduan.1Malaysia berkaitan dengan sebuah negara yang dikongsi bersama sama ada dari segi kuasa politik, kekayaan ekonomi dan pembangunan sosial. 1Malaysia berkaitan perkongsian berbagai-bagai kaum dan etnik yang tinggal di bawah 1 bumbung dan 1 tanah iaitu Malaysia. 1Malaysia bermaksud kita berkongsi sebuah kek yang besar. 1Malaysia tidak mengambil hak kita untuk diberi kepada orang lain atau hak orang lain diambil untuk kita, tetapi ia berkaitan pelaksanaan keadilan. Ini berlaku bukan sekarang tetapi sejak dahulu lagi. Kita telah lama hidup sebagai 1 keluarga besar. Maka sejak zaman PM yang pertama kita ingin merapatkan hubungan antara semua ahli dalam keluarga besar itu. Kita cuba mencari faktor nilai yang boleh dikongsi bersama. Kita mengiktiraf kelainan antara kita tetapi pada masa yang sama kelainan itu menjadi pendorong untuk kita mencari titik persefahaman. Maka 1Malaysia adalah pendekatan yang strategik, selain mudah difahami.Maka dalam pelaksanaan itu kita mesti menerima hakikat bahawa tidak ada suatu bangsa yang berkongsi negara ini akan mendapat semua, tetapi tidak juga ada bangsa yang tersisih sama sekali. Malaysia dengan segala kerencaman dan keunikan harus diterima sebagai cara untuk orang menyatukannya bukan alasan untuk memecahbelahkannya. Di sinilah kita perlu menanamkan nilai-nilai 1Malaysia yang memberi keutamaan kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum. Bahawa apa bila sesuatu yang buruk berlaku kepada negara ini akibat perpecahan antara kita yang rugi bukan bangsa tertentu sahaja tetapi seluruh rakyat dan negara ini. Sebab itu 1Malaysia tidak akan membenarkan perpecahan di kalangan mereka.
Dari sudut pendidikan para guru mesti memulakannya di dalam kelas dan di sekolah. Sekolah adalah sebuah Malaysia kecil. Apa yang anda ingin berlaku di Malaysia mesti dimulakan di dalam kelas atau sekolah anda sendiri. Melalui subjek-subejk sejarah, pendidikan sivik dan kewarganegaraan, agama Islam dan Moral anda boleh menanam semangat perpaduan dan kasih sayang. Melalui subjek-subjek yang disebutkan itu anda boleh menanamkan semangat patriotisme dengan kecintaaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan perlembagaan yang menjadi tunjangnya. Malahan sebagai apa pun kita di sekolah adalah wadah yang paling tepat untuk anda menyemai benih-benih terpuji di dalam diri pelajar.
Kaitannya dengan PIPP ialah dalam pembentukan sebuah bangsa malaysia. PIPP itu dimulakan di sekolah. Jika kita mahu membina wajah Malaysia yang bersifat 1Malaysia, kita mesti melakukannya di sekolah lagi. Kita boleh melakukannya melalui subjek-subjek yang saya sebutkan tadi, melalui kegiatan kokurikulum, penanaman nilai-nilai terpuji dan semangat cintakan negara dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Dan yang lebih penting kita menjadi contoh kepada pelaksanaan 1Malaysia itu.
salam cikgu.
Boleh bagi pandangan mengenai 1 malaysia dari sudut agama. TQ
GuruBashid:
Salam kembali buat Zaza,
Insya-Allah saya akan jawab.
Asskom…cikgu apakah yang dimaksudkan dengan perkongsian hidup masyarakat pelbagai kaum dari aspek sosial
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Semoga Nazira di bawah perlindungan Allah.Pada pandangan saya perkongsian hidup di sini bermaksud kita berkongsi sebuah negara dan kuasa. Kita umpama berkongsi sebiji kek. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membesarkan saiz kek, supaya lebih banyak yang dapat menikmati kemakmuran negara. Dan menjadi tanggungjawab rakyat pula menikmati kek itu tanpa mengambil hak orang lain. Jika kita hanya ingin mengambil hak kita dan bahagian yang lain kepada orang lain barulah perkongsian dalam aspek sosial boleh berlaku. Apabila negara makmur hasil daripada perpaduan pelbagai kaum banyak kemudahan sosial dapat dibangunkan dan lebih ramai rakyat yang berpelung untuk menikmatinya. Ini termasuklah kemudahan pelajaran, kesihatan, kebajikan, prasarana dan apa jua yang berkaitan dengan sosio-ekonomi.
Assalamualaikum wbt
Boleh berikan pandangan mengenai perkongsian hidup masyarakat pelbagai kaum dalam aspek Politik
tq
GuruBashid:
Dalam politik kita tidak berkongsi hidup seperti pasangan suami isteri yang berkongsi kehidupan yang antara mereka sepatutnya tiada rahsia lagi. Dalam politik kita berkongsi kuasa, idealisme dan gagasan. Perkongsian dalam politik tetap mengekalkan keunikan dan identiti yang wujud dalam setiap entiti itu, tetapi yang dikongsi ialah matlamat dan hasrat yang ingin kita bawa.Maksudnya perkongsian itu tidak sampai kita menghilangkan identiti yang sedia ada.Ia sekadar berkongsi nilai besar yang boleh dimiliki dan dirasai bersama. Kesepakatan dalam setiap parti politik yang bergabung dalam sebuah parti yang besar digambarkan daripada sikap ahli dan pemimpin parti yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi dan isu remeh temeh yang boleh memberi gambaran buruk terhadap tahap kesepakatan antara parti yang bergabung. Perkongsian yang tulen agak sukar untuk dicapai tetapi kecekapan yang ada pada pemimpin parti dapat mengurangkan kadar perbezaan antara mereka. Perkongsian dalam politik boleh sahaja menjadi perkongsian bantal tetapi berbeza dalam mimpi.Perkongsian jenis ini tidak boleh diharap menjadi sebuah perkongsian yang baik dan rakyat tidak mendapat faedah daripadanya. Perkongsian dalam BN adalah contoh terbaik setakat ini. Parti-parti yang bergabung dalam BN mengekalkan keunikan masing-masing tetapi untuk menghadap lawan mereka bersatu atas satu suara, lambang dan semangat. Bagi masyarakat pelbagai kaum mereka menjadi ahli parti-parti yang bergabung di bawah satu bumbung parti yang lebih besar. Parti yang besar tadi seolah-olah memberi jaminan kesetabilan dan keutuhan kepada parti-parti yang bergabung tadi. Ia umpama sebuah payung yang sangat besar, kukuh dan selamat yang memayungi payung-payung yang lebih kecil di mana di mana di bawah payung kecil itulah masyarakat menurut kaum berlindung. Maknanya mereka mendapat jaminan perlindungan berganda. Kesetabilan yang wujud daripada corak perkongsian seperti itu memberi jaminan yang sebuah kek ekonomi yang lebih besar dapat dijana dan akhirnya dapat diagih dan dirasai dalam saiz yang lebih besar. Tegasnya perkongsian hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini seperti yang ditunjukkan di bawah BN lebih tekal dan teruji. Perkongsian dalam BN dan sebelum ini Perikatan memang terbetuk dan mengalir dalam sejarah negara ini dan telah teruji bandingannya. Memang ada msalah dalam perkongsian itu, tetapi kerana perkongsian itu dalam BN, masalah itu akan tetap berjaya diatasi, cuma cepat atau lambat sahaja.
Assalamualaikum. Cikgu apa pandangan cikgu tentang nilai murni merentas kurikulum dalam merealisasikan konsep 1 malaysia. Bagaimanakah kesungguhan guru menerapkan nilai murni dalam mata pelajaran yang diajar.
GuruBashid
Anda sudah mengetahui tentang nilai-nilai utama dan nilai-nilai sampingan yang mendorong kepada kerjasama, muafakat, perpaduan, hormat menghormati, kesederhanaan, keamanan dan toleransi dalam setiap subjek yang diajar. Ini banyak bergantung kepada faktor pemahaman guru dan kebolehannya mengaitkan sesuatu topik subjek dengan semua nilai murni itu.Cuma sekarang kembangkannya dengan konsep 1Malaysia.
Assalamualaikum cikgu.
Apa yg perlu saya bincangkan untuk menjawab soalan berikut;
Perkongsian hidup masyarakat pelbagai kaum dalam aspek pendidikan.
Mohon pandangan cikgu.
Terima kasih.
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt danny dan tk kerana sudi meluangkan masa melawat serta menatap blog cikgu.
Mula-mula Danny harus bincangkan sakral atau sucinya pendidikan. Perjelaskan tentang matlamat pendidikan dan pendidikan untuk semua tanpa ada sekatan dan batasan atas apa jua sebab. Selepas itu Danny boleh kaitkannya dengan perpaduan pelajar pelbagai kaum semasa di alam persekolahan.Dalam konteks ini jenis dan aliran sekolah boleh dibincangkan secara terperinci seperti kewujudan Sekolah Wawasan, Sekolah Satu Aliran, sekolah satu bumbung, sekolah berkongsi kemudahan dan sekolah integrasi perlu dibincangkan.Selain itu anda boleh juga bincangkan tentang kurikulum khususnya yang berkaitan subjek-subjek tertentu seperti agama Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan PSK yang kandungan subjek itu semuanya menghala ke arah kebaikan (perpaduan). Kemudian boleh juga dibincangkan keperluan subjek merentasi kaum melalui pengambilan subjek Bahasa Tamil dan Bahasa Cina oleh pelajar Melayu dan subjek agama Islam oleh pelajar bukan Melayu. Perkongsian pintar antara sekolah aliran kebangsaan dan aliran jenis kebangsaan (Tamil dan Cina) boleh juga diperjelaskan terutama dalam aspek kekuatan yang ada di sekolah Cina dan Tamil yang boleh diserap masuk ke dalam aliran sekolah kebangsaan, begitu jugta sebaliknya. Ini termasuk pertukaran tenaga pengajar dan cara-cara p&p subjek tertentu seperti Matematik dan Sains. Selain itu kandungan dalam sukatan pelajaran dan buku teks mesti memberi keutamaan kepada 1Malaysia. TK
askum cikgu..
sy masih tak fhm tentang gagasan 1 malaysia yang sebenarny..
)=
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Jika masih tak faham dengan pelbagai artikel tentang 1Malaysia yang saya garapkan dalm blog ini, saya mencadangkan ekyh melayari blog 1Malaysia dan baca konsep 1Malaysia yang genuine daripada pencetusnya sendiri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.TK
Boleh berikan pandangan mengenai perkongsian hidup masyarakat pelbagai kaum dalam aspek pendidikan?
GuruBashid:
1 Pendidikan untuk semua. Setiap anggota masyarakat mempunyai hak untuk menerima pendidikan tanpa dibatasi oleh perbezaan ras, etnik, agama dan keturunan.
2 Pendidikan bersifat sakral (suci), tidak wajar dikotorkan dengan niat dan kepentingan peribadi dan tak wajar dipolitikkan sama sekali. Pendidikan mempunyai matlamat yang terpuji untuk membantu setiap insan bagi mendapatkan bekalan yang mencukui untuk melalui kehidupan lebih sempurna tanpa mengira latar belakang individu.
3 Pendidikan padat dengan nilai terpuji dan melorong seseorang ke arah yang positif seperti berkelakuan baik, tolong-menolong , bekerjasama, bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain.
4 Sesuai dengan pendidikan yang sifatnya terpuji dan baik, ia sewajarnya dipersembahkan dalam bentuk yang tertib, siap dengan sukatan dan tatacaranya bukan dilakukan secara semberono atau ikut suka.
5 Sukatan dalam pendidikan sentiasa mengambil kira matlamat perpaduan pelbagai kaum dan semangat patriotisme serta cinta akan negara.
6 Nilai-nilai utama dan sampingan yang diterap dalam sesuatu subjek sentiasa dizahirkan dalam bentuk perlakuan guru dan pelajar agar pelajar mendapat contoh terbaik dan pendidikan tidak disalah tanggap bersifat kebendaan dan hanya terarah kepada pencapaian akademik serta untuk lulus peperiksaan semata-mata.
7 Pendidikan tidak membataskan diri kita kepada sempaadan geografi dan etnik tertentu. Pelajar patut menghormatu sesiapa sahaja yang menjadi gurunya dan guru pula wajar menghormati serta bersikap adil walau siapa pun murid-muridnya.
8 Pendidikan yang diberikan akan memberi kesedaran dan bimbingan untuk seseorang itu berdikari dan mampu membawa kehidupannya serta keluarganya ke arah yang lebih baik.
9 Melalui sekolah yang dihadiri oleh pelajar setiap kaum, mereka memupuk nilai-nilai kerjasama dan perpaduan kaum serta berkongsi rasa sayang kepada bangsa dan negara.Mereka berkongsi padang, kemudahan, kelas, kantin dan kemudahan yang lain.
10 Melalui kegiatan koakademik dan kokurikulum pelajar-pelajar berinteraksi sesama mereka dan belajar hidup dalam satu kumpulan tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Itulah antara perkara-perkara yang boleh dikembangkan dalam kita membincangkan tajuk di atas.Terima kasih.
Apa yg perlu saya tuliskan untuk menjawab soalan berkenaan Teori Anomie dan buku rujukan apa yang patut saya gunakan?
GuruBashid:
Saya akan jelaskan kemudian
Saya tidak pernah tahu tentang teori ini sehinggalah Danny bertanya kepada saya tentangnya. Saya bukan dalam bidang ini namun saya tidak akan membiarkan Danny tanpa sebarang bantuan. Beberapa link di bawah ini mungkin membantu.
KLIK INI
KLIK INI
KLIK INI
KLIK INI
KLIK INI
hi cikgu, saya sedang membuat tugasan tentang gagasan satu malaysia.tetapi saya tidak dapat memcari maklumat yang berguna dalam internet bolehkah saya mengetahui tentang apakah gagasan ini telah atau sedang dilakukan kepada negare kita?
GuruBashid:
Hi andy. Saya tidak begitu faham akan soalan ini, namun saya cuba menjawabnya selepas saya pulang dari P Pinang pada hari Khamis nanti.TK
hi cikgu..bolehkah saya tahu apa website yang boleh dapatkan semua maklumat tentang gagasan satu malaysia ini?… contohnya, kempen yang dilakukan, activity yang dilakukan..dll.
Bagaimanakah anda berusaha mewujudkan semangat kerja sepasukan bagi menjayakan 1Malaysia di sekolah?
assalamualaikum cikgu..
saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan perkongsian hidup pelbagai kaum dalam aspek sosial?
Bolehkan berikan garis panduan cara menjawab soalan seperti berikut:-
Berikan tuntuan oleh rakyat sabah dan sarawak yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya cobbold.
terima kasih
salam cikgu…
-boleh tak cikgu terangkan serba sedikit mengenai wawasan 2020?
-dari mana saya boleh explore bahan rujukan mengenai topik ini (wawasan 2020)
-terima kasih dan semoga ilmu yang cikgu berikan akan memberi manfaat kepada saya dan pembaca blog cikgu ini….
salam perpaduan dan salam satu malaysia….
GuruBashid:
Jika anda ingin tahu tentang Wawasan 2020, boleh beli koleksi artikel saya. S
gagasan 1 malaysia ialah melahirkan masyarakat malaysia yang bersatu padu, hidup harmoni dan berbudi bahasa. berdasarkan penyataan ini apakah peranan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seorang guru pendidikan moral bagi memastikan tujuan gagasan 1 malaysia ini dapat direalisasikan.. minda pendapat guru bashir..
GuruBashid:
Cikgu Aidil. Cikgu sungguh bertuah kerana dapat mengajar Pendidikan Moral (PM)sebab di situlah cikgu boleh membantu pemimpin negara dalam memberi kefahaman yang mendalam tentang dasar-dasar negara, perlembagaan dan undang-undang serta apa yang sepatutnya mereka lakukan dan tidak lakukan sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.Saya percaya cikgu sudah ada jawapan tentangnya. Cuma apa yang dapat saya berikan ini sebagai memperkukuhkan jawapan yang sudah ada itu. Cikgu harus memulakannya dengan contoh yang ada di dalam kelas cikgu iaitu cikgu sendiri dan pelajar-pelajar di dalamnya. Kedudukan pelajar dalam kelas PM sewajarnya mengikut pelan yang memenuhi matlamat perpaduan kaum. Soalan-soalan yang ditabur sewajarnya meluas kepada semua kaum, semua jantina dan daripada pelbagai sekolah kacapuri. Cikgu haruys menerangkan contoh-contohn yang paling hampir dengan kehidupan pelajar serta mengambil kira keadaan setempat. Semua yang ada seperti rumah ibadat berhampiran serta peristiwa-peristiwa semasa yang mudah wajar diketengahkan. Tunjukkan kepada mereka gambar-gambar, berita-berita dan perisitiwa-perisitiwa jika jika peprpaduan dan keharmonian kaum diabaikan. Saya percaya ramai di kalangan mereka tidak tahu tentang siapakah pemimpin negara yang lalu dan usaha ke arah kemerdekaan tanahair serta usaha-usaha perpaduan. Jangan mengandaikan dengan mudah bahawa mereka akan tahu tentang Gagasan 1Malaysia ini jika mereka tidak memahami persoalan asas sejarah negara. Terangkan sejarah awal itu terlebih dahulu dan pemimpin kaum yang terliibat di dalamnya. Bandingkan negara yang rakyatnya bersatu padu dengan rakyatnya yang bercakaran dan berperang. Dan cuba juga teknik-teknik lain seperti lakonan, tayangan video dan filem serta nyanyian.
Assalamualaikum…
Saya ingin mendapat pandangan cikgu tentang strategi yang boleh dimainkan oleh jabatan kebajikan dalam merealisasikan hasrat 1 malaysia.
Assalamualaikum…
Saya ingin meminta cikgu menjelaskan tentang kepentingan dan cara untuk mengekalkan gagasan 1 malaysia…saya harap cikgu dapat memberikan respon secepat mungkin…
Terima kasih
Yang mengharap nur fiqa…
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Gagasan 1Malaysia seperti juga gagasan-gagasan lain sebelum ini seperti Wawasan 2020 memerlukan sokongan padu rakyat. Bagi menentukan sama ada satu-satu gagasan itu dapat dipertahankan atau tidak, sokongan rakyat amat diperlukan. Apabila disebut rakyat didahulukan, ia turut bermaksud yang rakyatlah perlu diutamakan dalam apa jua program dan hasil daripada pelaksanaan Gagasan 1Malaysia itu. Setakat hari ini kita lihat pengekalan itu tidak mustahil berlaku jika kerajaan konsisten dan sentiasa meningkatkan tahap penyampaian kepada kumpulan sasaran. Penerimaan rakyat berbilang kaum yang melihat gagasan ini tanpa prejudis (kecuali pembangkang) turut menjadi petanda baik yang gagasan ini akan kekal. Tidak tahu berapa lama, tetapi sekurang-kurangnya sehingga tahun 2020.Kita sudah melihat ada gagasan atau idea utama pemimpin sirna begitu sahaja dan tidak disebut lagi. Bukan kerana tidak baik tetapi tidak dapat dikongsi dan diselami oleh majoriti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Gagasan 1Malaysia sebenarnya telah mengambil kira kepelbagaian dan kerencaman yang ada di negara ini. Gagasan 1Malaysia seolah-olah menampakkan kefahaman yang mendalam DS Mohd Najib Tun Haji Abd Razak, selaku Perdana Menteri kepada apa yang sebenarnya rakyat mahukan selama ini dan apa yang patut menjadi keutamaan kerajaan. Gagasan ini bukan sahaja praktikal, tetapi realistik dan mudah disebut (ringkas, padat dan penuh makna).Semua faktor ini memungkinkan Gagasan 1Malaysia dapat dipertahankan dan dikekalkan untuk suatu tempoh yang agak panjang.
saya nak minta pandangan atau idea dari cikgu tentang bagaimanakah peranan seorang guru untuk membantu pelajar memahami konsep masyarakat majmuk?
GuruBashid:
Ambil contoh yang paling dekat iaitu murid-murid di kelas cikgu sendiri. Jika di kelas cikgu tidak wujud murid pelbagai bangsa, kemukakan contoh kelas berhampiran. Jika tiada juga berikan contoh di sekolah cikgu sendiri. Jika tiada juga, tunjukkannya dalam konteks yang lebih luas, iaitu Malaysia. Kaitkan mereka dengan perbezaan bangsa, nama, bahasa, agama, rumah ibadat, budaya, makanan, cara hidup dan asal-usul. Kaitkan dengan faktor sejarah iaitu bilakah masyarakat majmuk ini mula muncul, siapakah yang menjadi puncanya,mengapa?, sistem apakah yang digunakan membawa masuk buruh dari Selatan China dan Selatan India. Tunjukkan bukti Sejarah siapakah yang lebih awal menduduki Tanah Melayu. Kaitkan juga dengan kesanggupan bangsa Melayu menerima kehadiran bangsa lain melalui kewarganegaraan secara Jus Soly, dan penerimaan bangsa lain kepada 4 elemen utama bangsa Melayu iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa sebagai syarat kemerdekaan. Berikan perbezaan masyarakat majmuk di malaysia dengan negara-negara lain; masalah-masalah yang mungkin berpunca daripada keadaan ini; cara-cara membendung perpcahan yang dilakukan oleh kerajaan dan yangs epatutnya dilakukan oleh kita. Dan akhirnya kaitkan dengan Konsep 1Malaysia.
salam cikgu,
saya dalam proses menjalankan kajian tentang pelaksanaan 1malaysia…
bolehkah cikgu terangkan dengan lebih lanjut apakah strategi komunikasi terbaik yang boleh digunakan untuk melaksanakannya?
Assalamualaikum cikgu,
Saya mempunyai projek sivik untuk projek sekolah menengah. Saya hendak tanya. Apakah nilai hormat menghormati di dalam diri pelajar dalam konsep 1 Malaysia ini? Dan objektif-objektif konsep 1 Malaysia?
GuruBashid:
Maafkan saya cikgu. Saya rasa ini bukan terlalu sulit. Cikgu pun boleh cari jawapannya sendiri.Bincang dengan kawan-kawan cikgu. Atau lebih mudah lagi bawa dalam perbincangan kumpulan di kelas cikgu. Pasti cikgu dapat jawapannya.
salam satu malaysia…
bolehkah saya tahu peranan guru dalam merealisasikan aspirasi 1Malaysia?
GuruBashid:
Assalamu’alaikum Tn Sayid dan salam 1Malaysia. Apakah yang anda fikirkan? Mungkin kita boleh bermula dari idea anda itu.
apakah yang dimaksudkan dengan gagasan satu malaysia.apakah cabaran dan halangan yang boleh menjejaskan gagasan tersebut? jelaskan peranan dan tanggungjawab anda sebagai seorang insan guru dan warganegara untuk menjayakan hasrat tersebut.
GuruBashid:
Lihat semua artikel saya dan artikel-artikel lain yang berkaitan. Saya percaya dari situ anda boleh rumus sendiri
Boleh saya tahu apakah cabaran pendidik dalam mencapai hasrat “1 Malaysia”?
salam 1 Malaysia..
apakah peranan pendidik untuk merealisasikan aspirasi 1 Malaysia?
salam.
adakah pendidik hanya berperanan dalam bilik darjah dalam menyampaikan konsep 1 Malaysia..bagaimana pula dengan situasi tidak formal? bagaimanakah caranyaguru menerapkan nilai 1 Malaysia dalam keadaan yang tidak formal?
assalamualaikum cikgu..
sy nk ty pndapat cikgu mengenai keberkesanan usaha-usaha pemupukan hubungan etnik sebagai contoh pembentukan gagasan satu malaysia… harap cikgu boleh kemukakan usaha-usaha lain juga.. terima ksh..
asalamualaikum cikgu….saya akan membuat satu kerja khusus berkenaan tentang aspek-aspek penting dalam gagasan 1 Malaysia. oleh itu,saya ingin meminta pandangan cikgu mengenai perkara yang dapat saya bincangkan.Selain itu bolehkan saya kaitkan penubuhan gagasan 1 malaysia ini juga berlandaskan perkara-perkara yang berlaku sebelum ini seperti kejatuhan dalam purata undian semasa pilihan raya yang baru-baru ini yang menampakkan sudah tiada persefahaman diantara kaum.pandangan serta cadangan lain amat saya harapkan.wasalam
kepada cikgu,bolehkah cikgu terangkan kepada saya apakah cabaran dan peranan kerajaan serta masyarakat dalam menjayakan 1Malaysia
GuruBashid:
Cabaran Kerajaan
1 Meyakinkan rakyat Malaysia berbagai-bagai kaum bahawa mereka dilayan secara adil dan saksama
2 Meyakinkan rakyat berketurunan Melayu dan Bumiputera bahawa mereka tetap akan diberi perhatian dan tidak akan ketinggalan dalam 1Malaysia
3 Membawa 1Malaysia menurut cara yang berbeza dengan konsep yang cuba dibawa oleh DAP
4 Membuktikan dalam bentuk jumlah dan peratusan pencapaian setiap bangsa dalam pelbagai bidang dalam 1Malaysia
5 Membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu, bertolak ansur dan bekerjasama tanpa menghilangkan identiti amalan agama dan budaya setiap kaum
6 Memastikan agama islam terus dipelihara dalam 1Malaysia
Peranan Kerajaan:
Jika anda perhatikan semua yang dibuat oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib semuanya menjurus ke arah 1Malaysia.
SALAM.
PERSOALAN SAYA ADALAH:
APAKAH PERANAN PENDIDIKAN KE ARAH MEREALISASIKAN GAGASAN 1MALAYSIA?
DIHARAP PERSOALAN SAYA MENDAPAT PERTIMBANGAN YANG SEWAJARNYA DARI PIHAK TUAN.
salam. cikgu,apakah yang patut di buat oleh remaja untuk merialisasikan gagasan satu malaysia? TQ
apakah peranan ibu bapa utama dalam menjayakan gagasan 1 malaysia ini..
sejauh manakah kejayaan gagasan 1malaysia direalisasikan terhadap rakyat malaysia sejak ianya diperkenalkan hingga ke hari ini .Saya mohon pandangan cikgu.
Mujurlahlah kita ada Perdana Menteri yang tenang dan sabar. Tetapi yang lebih penting seorang PM yang sedang bekerja keras untuk rakyat dan negara.Tahniah PM
Awas pembunuh ada di mana-mana dan mangsanya tak kenal siapa.
Melayu dan Islam berpisah tiada seperti Muhammad seorang Nabi dengan Quraisy bangsanya, dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib keturunannya yang mulia yang kerana mulia keturunannya, sedekah tak layak diterimanya.Melayu boleh dipisahkan daripada Nik Aziz, tetapi Nik itu sendiri tak boleh dipisahkan daripada Aziznya.
PAS wajar tidak meletakkan calon di Galas
Peperiksaan seperti yang diamalkan di negara ini sebagai alat mengukur pencapaian akademik seseorang pelajar masih menjadi cara yang penting dan berguna. Sekalipun kita cuba mengelak daripada sindrom peperiksaan dan berorientasikan akademik namun kita tidak mempunyai pengganti yang lebih baik daripada peperiksaan yang kita amalkan sejak sekian lama. Yang mungkin boleh ditambah baik ialah cara ia dilaksanakan dan pemberatannya, namun peperiksaan sebagai satu sistem dan alat pengukuran setakat hari ini masih belum berupaya digantikan. Ini berlaku dan diakui di semua negara. Melainkanlah jika anda mempunyai cara yang lain selain peperiksaan yang lebih baik daripada sistem yang sedia ada. Jika belum ada, anda tidak patut bermimpi untuk menghindari daripadanya.
1Malaysia sudah cukup baik dan memadai jika anda mahukan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini tercapai. Tidak perlu ada slogan perpaduan yang lain selain itu.Sekarang anda sudah semakin memahami maksud 1Malaysia, maka pada masa yang sama anda harus menterjemahkan gagasan itu dalam kehidupan anda seharian. Perhatikan di sekeliling kita. Siapakah kawan-kawan dan jiran-jiran kita dan bagaimana kita berhubung serta berkomunikasi dengan mereka. Bagaimana penghormatan yang kita berikan kepada rakan kita yang berlainan bangsa dan agama; adakah masih wujud prasangka atau menerima siapa sahaja rakan yang wujud di sekeliling anda dengan minda dan dada terbuka serta menerima mereka seadanya.
Kita tidak rugi apa-apa jika kita kalah dalam PRK di Galas. Sebab itu kita mesti menguji calon baru daripada golongan muda agar kita dapat mengukur sejauh manakah sokongan golongan muda dan rakyat di Gua Musang ke atas BN. Menguji calon muda lebih bermakna jika kita mahu menjalani exercise sebelum PR Umum akan datang. Jika kita mahu mengujinya melalui Razaleigh saya kira sudah tidak sesuai sebab zaman Razaleigh sudah berlalu. Kemenangan atau kekalahan Razaleigh dalam PRK itu tidak memberi apa-apa implikasi besar kepada kedudukan BN Kelantan.
1Malaysia semakin menyerlah sambutan dan kesannya kepada rakyat dan negara. Syabas PM
1Malaysia menolak Pakatan Pembangkang
Leave A Reply