1 Sebelum ini beliau ialah Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama. Semenjak beliau berpindah ke luar daerah iaitu, PPD Kerian dan sebelumnya ke Telok Intan saya masih belum berkesempatan untuk mengucapkan sesuatu kepada beliau yang juga antara peminat blog saya.
2 Saya sebenarnya tidak menyangka yang beliau turut memenuhi undangan JK Pelaksana Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis (PSUB) SJK(C) dan SJK(T) Negeri Perak. Menurut beliau sebelum ini beliau turut diundang tetapi hanya pada kali ini beliau berkempatan untuk hadir.
3 Kesempatan makan malam dan duduk satu meja bersama keluarga saya dan keluarga beliau di Restoran Sutera Indah, GL City Hotel, Telok Intan digunakan sebaik-baiknya untuk bertanya khabar dan berbual panjang. Ternyata sekali jika kena tajuknya beliau memang seorang yang ramah.
4 Kami memulakan perbualan dengan melahirkan rasa kagum masing-masing terhadap kandungan titah ucapan YTM Raja Dr Nazrin, Raja Muda Perak semalam semasa baginda merasmikan Perayaan Hari Guru peringkat negeri di Ipoh.
5 Kami mengakui kehebatan ucapan baginda. Menurut Haji Mat Lazim ramai guru yang turut memiliki perasaan yang sama. Ucapan baginda sungguh kaya dengan input dan dizahirikan dengan penuh kias.
6 ” Memang baginda telah melakukan research sebelum menyampaikan titah.Jika tidak masakan baginda dapat menamatkan PhD di Harvard,” tegas saya.
7 Kami melahirkan rasa bangga menjadi rakyat baginda bersama ayahanda baginda, dua orang Raja yang mempunyai kelulusan tinggi dan tersohor.
8 ” Baginda menggambarkan sekolah seperti sebuah Taman Pendidikan yang di dalamnya penuh dengan pepohonan.Pepohonan yang masih di peringkat pembesaran tidak boleh selalu dipindah-pindahkan kelak akan merosakkan akar. Kiasan yang sungguh hebat,” kata Tuan PPD. Saya tersenyum sambil menganggukkan kepala.
9 ” Benar-benar kena dengan situasi di negara ini. Sungguh pandai baginda berkias,” saya mencelah.Kami terus tersenyum.
10 Isteri saya dan isteri beliau nampaknya tidak mencampuri perbualan kami. Mereka mungkin tidak berminat dengan tajuk perbualan atau tidak begitu jelas dengan topik perbualan.
11 Perbualan kami yang penuh selera itu akhrnya tamat dengan kedatangan pelbagai jenis lauk pauk yang enak dan segar di atas meja.
12 Terima kasih kepada Tuan Haji Mat Lazim yang sudi berbual-bual dengan saya.
Catatan Abd Bashid Harun











No user commented in " Berbual-Bual Dengan PPD Kerian "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply