1 Mujurlah ada sotong itu, jika tidak siapakah yang akan dijadikan alasan atas kekalahan Argentina di tangan Jerman. Bukankah ada satu lagi, Jabulani.Hehe.

2 Tiba-tiba sahaja orang beralih daripada percaya kepada sesuatu yang kukuh dan teguh kepada suatu yang sangat lembut dan lemah.

3 Mengapakah Paul hanya boleh meramal jika perlawanan itu melibatkan Jerman? Nampaknya diperlukan satu lagi Paul yang bertaraf global.

4 Entah apa lagi haiwan yang akan diangkat sebagai tukang ramal selepas ini? Saya percaya trend menggunakan binatang sebagai agen ramalan ada kaitannya dengan judi Piala Dunia yang hangat diperkatakan itu.

5 Saya fikir jika mahu hebat dalam bola sepak anda harus berupaya bermain di kawasan yang sempit seperti di lorong-lorong, di celah-celah bangunan dan di antara pokok. Lebih sempit lebih bagus. Tetapi sudah menjadi kebiasaan kita hanya mahukan sebuah padang yang luas dan kemudahan yang mencukupi.

6 Saya tidak tahu pasukan mana yang mahu disokong, Holland, Belanda atau pun Netherlands.Senang-senang saya pilih Sepanyol sebab dia cuma ada satu.

Jangan Marah