Dia benar-benar guru. Dia melakukan sesuatu yang orang lain tidak berani melakukannya. Bukan untuk kelihatan berbeza, tetapi memang terpaksa berbeza. Guru itu tidak pernah takut untuk berbeza dan menjadi dirinya sendiri. Apa yang baik pada orang lain, tidak semestinya baik pada pandangannya. Begitulah sebaliknya. Baik atau tidak baik, bukan diukur daripada pandangan peribadi guru, tetapi semuanya untuk kesejahteraan murid-murid dan sekolah. Walaupun nampak baik untuk dirinya, tetapi jika ia tidak baik untuk murid dan sekolah ia bersedia untuk melupakannya. Begitulah juga sebaliknya, walaupun nampak buruk kepadanya tetapi jika yang nampak buruk itu baik untuk murid dan sekolah, dia sanggup melakukannya meskipun tindakannya itu akan menjadikan dirinya tidak popular. Guru itu tidak pernah berhenti daripada berfikir dan merancang.Jika tidak ada masalah ia sendiri mencipta masalah itu. Inilah kerja guru yang hebat-berfikir dan berfikir, merancang dan terus merancang, bukan untuk dirinya per se, tetapi untuk murid-murid dan sekolahnya.Guru ini tidak akan mengunci mulut hanya untuk menjaga hati sesiapa atau memuji seseorang untuk mengambil hati sesiapa. Tiada hati sesiapa yang harus dijaga kerana kepentingan murid dan sekolah itulah yang lebih utama. Selamat kembali Guruku, Tun Dr Mahathir Mohamad

GuruBashid