Kalau di bawah tadi anda melihat dan membaca sendiri bagaimana komen sdr Parjo, kini lihat dan baca pula komen sdr Taminsari terhadap artikel saya yang berjudul Amaran Kepada Lawan-Lawan Kami.
Salam buat Tuan GuruBashid.
Satu amaran yang tepat dan kena pada masanya. Mungkin kita boleh membuat saranan agar penggunaan perkataan Islam digugurkan dari mana-mana parti politik agar ia tidak disalahgunakan.
Saranan ini patut dikemukakan berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud “Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam”. Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.
Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam. Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.
Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan “Ikhwanul Muslimin”, di Pakistan “Jamiatul Islamiah”, di Indonesia “Mahsumi” yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.
Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS boleh dikemukakan sekali lagi di Perhimpunan Agung UMNO Mac nanti?
Perkara yang sama pernah dikemukan semasa mesyuarat agung UMNO pada tahun 1994, tetapi diputarbelitkan oleh Pas seolah-olah mereka mengatakan yang UMNO hendak membuang Islam?
Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.
Tuduhan mengatakan UMNO hendak membuang Islam disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.
Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud “Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya”.
Salam perjuangan..











No user commented in " Komen Sdr Taminsari "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply