Tentang Sejadah
” Saya tidak hairan jika sejadah berdiri. Jika sejadah itu berlari pun masih ada yang akan berfikir mungkin ada seekor kucing di bawahnya, ” GuruBashid
Tentang Dr Asri
” Saya tidak fikir yang Dr Asri terlupa yang beliau kini bukan mufti lagi. Beliau yang selama ini popular melalui kuliah-kuliahnya, kini lebih popular lagi dengan tangkapan ini, ” GuruBashid
Tentang Calon SPM
” Anda telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran untuk tempoh dua tahun, tak kanlah anda hendak membiarkan cita-cita anda musnah sekelip mata hanya disebabkan peperiksaan yang cuma memakan masa selama beberapa hari, ” GuruBashid











6 users commented in " Tentang Sejadah, Dr Asri dan Calon SPM "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam, maaf off topik sikit tuan. Disini saya mohon bantuan tuan sekiranya tuan boleh dapatkan statistik salahlaku murid seluruh negara laporan tahun 2008. SSDM (sistem salahlaku data murid)yang dikeluarkan oleh KPM. Ini kerana saya memerlukan data tersebut untuk kajian ilmiah saya. sekian terima kasih.
Salam Basid,
Dasar dan perjuangan kita mungkin berbeza tapi kita tetap bersaudara.
Salam dari Selinsing
GuruBashid
Salamun ‘alaik. Salam dan rahmat Allah atas saudaraku. Terima kasih kerana masih sudi mengaku saudara dengan saya. Saya kira persaudaraan tidak akan tamat hanya disebabkan aliran pemikiran dan pegangan ideologi yang berbeza.Kita boleh berbeza pandangan, tetapi jangan kerananya kita berpecah. Kita sudah lelah dan mengah untuk berpecah lagi. Masyarakat kita yang bernama Melayu semakin kerdil dengan perpecahan ini. Marilah kita mencari titik pertemuan antara kita, bukannya membesarkan perbezaan yang sedia wujud.
assalammualaikum
salam ziarah dan salam perkenalan
juz nak tanya? tentang sejadah? ….. kalau sejadah terapung?? agaknya sebab apa ya?
GuruBashid:
Wa’alaikumussalam wr wbt. Apa yang kamu fikirkan tentangnya, itulah jawapannya.
assalammualaikom..
berkaitan dr asri.
Ilmu yang tidak disebarkan akan bertukar menjadi kalajengkeng yang akan menggigit kita nanti.
Apa jadi dengan sebarlah ilmu walau sepotong ayat?
zaman sekarang semua tengok sijil. Jadi kalau takde kelulusan ilmunya hilang lah?
mana la tokoh agama zaman dulu belajar?
di uum ker? uia?
soalan bodoh? fikir lah…
Hairannya,orang masih beranggapan bahawa jika seseorang itu mempunyai masters atau Phd dalam bidang agama,orang itu mempunyai makam dan tahap ketakwaan yang tinggi!Siapa didunia ini boleh memberi nilai pada ketakwaan seseorang Islam!
Dalam bidang lain,ok!Tapi dalam bidang Keislaman,ketakwaan seseorang bergantung kepada keimanan seseorang kepada Allah SWT.Ketakwaan tidak boleh dilakonkan!Ia adalah “pemberiaan” Allah SWT pada umatnya yang bertakwa.Tidak boleh dibeli dengan sijil masters atau Phd.
Baca riwayat hidup Imam Shafie,6 tahun dan hafiz!Tiada ijazah,tiada Phd,berjuta umat Nusantara memeluk Islam kerana beliau!
Tenguk pula Tok kenali di Kelantan!Mana ada masters atau Phd,berpuluh ribu pengikut!
DR Asri,fikir-fikirla sendiri!Kalau ada histeria pada pelajar,cuba kontack dia untuk atasi masalah tertsebut!
Apa jawapan dia agaknya!
Maaf,ini perkara “ranting” sahaja.Pada pengikut DR Asri,suruhla dia fikir soal-soal yang besar,demi kemakmuran umat Islam di Malysia.
Tak pernah DR asri ni komen tentang aurat wanita atau rasuah dikalangan pemimpin!Yang banyak dibincangkan ialah perkara “bidaah” yang boleh memecahbelahkan umat Islam!.Bila dok di Perlis,bila dia jadi mufti dulu,asyik dengar perkara “bidaah” pada khutbah Jumaat!
Satulagi bijak pandai Yahudipun banyak yang ada Phd dalam bidang agama Islam.Fikirlah….
betul2..saya setuju dgn komen di atas…
Leave A Reply