1.Sekarang musim pemilihan. Adat berlawan, ada kalah dan ada yang menang. Yang kalah tidak semestinya salah semua, dan yang menang pula tidak semestinya betul semua. Yang menang mungkin dilihat banyak yang betul, dan yang kalah mungkin dilihat kurang yang betul.
2.Betul atau salah dalam politik sangat kabur atau ambiguiti. Betul atau salah dalam politik tidak berbentuk, bersaiz dan berwarna. Dia dilihat salah oleh A,namun B melihatnya betul. Begitulah sebaliknya.
3.Kali ini dia mungkin dilihat calon yang tepat. Dalam pemilihan akan datang dia mungkin tidak relevan lagi. Sebaliknya yang tidak relevan dahulu, mungkin kali ini dia lebih relevan. Begitulah percaturan dalam politik.Sangat sukar untuk diramal.
4.Sebab itu GuruBashid ingin berpesan kepada orang politik supaya tidak berseronok sangat dengan kemenangan yang diperolehi. Jangan ghairah dengan kemenangan.Jangan raikan kemenangan di depan yang kalah sehingga boleh memalukannya.
5.Kemenangan yang anda perolehi tidak sama dengan kemenangan dalam pertandingan sukan.Dalam sukan jika anda menang, anda memang layak menang.
6.Anda memang benar-benar telah mengatasi peserta lain. Ini dapat dilihat dengan jelas oleh orang ramai sama ada dari segi tenaga yang anda gunakan, jarak yang anda lakukan (lontaran, rejaman dan lompatan), masa yang anda catat (larian dan berenang) dan sekor yang anda perolehi (memanah dan menembak) dan gol yang anda perolehi (bola sepak dan hoki)
7.Ini berbeza dengan politik.Dalam politik kemenangan anda ditentukan oleh perwakilan atau orang yang menyokong anda. Mereka inilah yang menentukan kejayaan anda, bukan diri anda per se. Ini patut diketahui.
8.Jadi, jangan tinggalkan yang kalah. Jangan biarkan yang kalah membawa diri tanpa dipeduli. Jangan nafikan penyokong-penyokong calon yang kalah. Semua mereka diperlukan untuk memperkukuhkan parti.
9.Yang menang itu diri kita, tetapi kemenangan bagi parti ialah apabila semua orang bekerja untuknya.
10.Kita tidak mahu permusuhan berpanjangan antara dua calon yang bertanding.Begitu juga kita tidak mahu melihat dua penyokong individu yang bertanding terus bertelagah tanpa kesudahan.
11.Pertandingan harus tamat ketika pemilihan. Selepas itu barisan harus diperkukuhkan. Tidak ada lagi puak A atau puak B. Tidak ada lagi semua itu.Yang ada hanyalah ahli-ahli yang bekerja untuk parti.
12.Bagi Guru jika anda menang dalam pemilihan, anda belum cukup hebat sebelum anda dapat memenangi semula hati calon dan penyokong yang kalah. Jika anda dapat memenangi hati yang kalah dan mereka dapat bekerjasama dengan anda demi parti, anda memang pemenang sebenar.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Berpada-Padalah Menerima Kemenangan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply