1. Mungkin ramai blogger UMNO yang memandang rendah terhadap keputusan PRK Penanti. Namun bagi saya keputusan di Penanti itu tidak boleh dipandang enteng oleh Barisan Nasional, khususnya UMNO.
2. Ada suatu petunjuk sedang diberikan di sana. Dalam keadaan lebih ramai yang tidak turun mengundi dan bilangan pengundi yang keluar mengundi tidak sampai pun 50%, PKR masih boleh menambahkan jumlah majoriti di pihak mereka.
3. Itu dalam keadaan ramai yang tidak keluar mengundi, bagaimana kalau semua pengundi yang pro-PKR turun mengundi termasuk pengundi PAS.
4. BN tidak boleh cepat-cepat menyimpulkan bahawa yang tidak keluar mengundi itu pengundi BN atau UMNO.
5. Atau membuat kesimpulan bahawa ini menjadi petanda kepada kekalahan PKR pada masa akan datang?
7. Kata-kata penyedap badan ” kerana BN tidak masuk bertanding, jumlah pengundi yang keluar mengundi merosot” belum dapat dijadikan sandaran untuk meremehkan lawan memandangkan ini kali pertama BN tidak meletakkan calon dalam PRK.
8. Lainlah kalau ada satu lagi PRK yang BN tidak meletakkan calonnya, mungkin situasi di nombor 7 itu boleh dijadikan alasan.
9. Yang penting bagi saya BN kena bekerja lebih keras dalam memenangi hati rakyat. Dalam keadaan BN bertanding atau tidak bertanding nampaknya tidaklah begitu besar kesannya kepada kecenderungan pengundi untuk mengundi parti lawan.
10. Walau apa pun tahniah kepada calon PKR yang memenangi PRK itu dan tahniah juga kepada BN yang telah bertindak tepat daripada diperangkap dalam permainan PKR.
Hakcipta Abd Bashid Harun











3 users commented in " BN Tidak Boleh Memandang Ringan Keputusan PRK Penanti "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAssalamualaikum,
Tahniah, pandangan saudara membayangkan hakikat pemikiran rasional anda. Sesungguhnya berfikir secara rasional berpandukan prinsip kenyataan dan kebenaran jauh lebih baik daripada berfikir dan berprasangka!
Wassalam.
salam cikgu,
saya bersetuju dengan pandangan cikgu yang BN perlu berbuat sesuatu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada BN. Najib telah mengambil langkah yang betul dengan tidak menyertai PRK tersebut kerana kekalahan adalah sesuatu yang pasti untuk BN. jika kita mengambil semula 5,127 orang yang mengundi BN semasa PRU 2008, BN tetap tewas berbanding dengan calon PKR yang mendapat 6,052. BN wajib berbuat sesuatu dan bukannya asyik menyalahkan rakyat yang tidak menyokong mereka.
Salam, cikgu Bashid
Saya, amat tertarik dengan komen cikgu yang BN berada diambang maut.Saya pasti sekiranya PRU13 diadakan BN akan kalah teruk. YB BN lesu dan tak berkualiti. Justeru itu saya mohon kepada Dato Mohd.Najib, buatlah sesuatu agar parti BN tidak terus berkubur setiap kali pilihan raya diadakan. Saya dah bosan dengan permainan politik kotor pembangkang. Rakyat tahu tapi kebanyakannya sedang melakukan protes. YB yang bertanding tiada karisma dan gagal menarik hati pengundi berbanding wakil-wakil rakyat pembangkang.
Leave A Reply