“Lebih dekat peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada DS Najib lebih tidak senang duduk rupanya pembangkang ini. Inilah yang dapat saya perhatikan mutakhir ini. Mereka mencipta pelbagai kekalutan dan alasan sambil mengharapkan dengan kekalutan dan alasan itu sokongan kepada mereka semakin bertambah. Tetapi Tuhan tidak pernah mengizinkan itu berlaku. Kekalutan itu bukan tidak berlaku tetapi yang kalut itu mereka bukan kita. Apa yang pernah mereka harapkan berlaku pada parti UMNO, kini berlaku kepada diri mereka sendiri. Lepas satu, satu.Mereka merancangnya untuk kita, tetapi rancangan itu menikam diri mereka sendiri. Semua ini menjadikan mereka tidak tentu arah sekarang ini. Dan dalam keadaan tidak tentu arah itu, banyak kerja buat mereka yang serba tidak kena. Begitulah Tuhan menunjukkan kuasanya kepada orang yang sombong dan selalu mempermainkan sesuatu atas nama agama, kecerdikan dan demokrasi.Sebagai jawapannya, keaiban mereka telah mula diselak, maruah mereka telah ditelanjangkan dan dosa-dosa mereka telah mula dinampakkan.”GuruBashid