” Anda mungkin melihat, tetapi saya nampak,” GuruBashid

1 Selagi orang masih dapat membezakan antara UMNO, PAS, DAP dan PKR, kedudukan BN masih dikira selamat. Tetapi apabila orang ramai sudah mula menganggap bahawa semua parti adalah sama, di situlah bermulanya kebimbangan saya terhadap nasib BN.

2 Jika anda masih mahu mengekalkan I.S.A, insya-Allah ramai orang yang akan membela anda dengan menyediakan alasan-alasannya sekali. Tetapi jika Isa yang satu lagi dipertaruhkan untuk PRK di Bagan Pinang itu, saya khuatir kita tidak dapat menyediakan rasional lagi setelah ramai bertanya hanya inikah sahaja yang ada dalam parti kita.

3 Jika di kalangan anda ada yang berfikir bahawa UMNO (BN) akan kalah dalam Pilihanraya Umum akan datang itu adalah normal buat masa ini. Tetapi yang patut menjadi kebimbangan kita ialah jika ada yang menggunakan alasan ini untuk lebih rakus mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga mereka??.

Ingatan GuruBashid