Manik Urai
Manik Urai Kuala Krai. Ada kekusutan yang terurai dan ada rahsia yang terburai. Ada pihak yang arai dan ada pihak yang beranai. Tetapi mungkinkah keputusan yang dicapai dapat menutup insan bermulut murai berair liur cabai. Dan berapa ramai pula di kalangan kita yang insaf sambil mengambil iktibar.
Kematian
Sebahagian takutkan kematian dan seolah-olah ingin lari daripadanya. Sebahagian lain mencintai kematian sambil mengharapkan kehadirannya. Sebahagian lagi meratapi kematian. Tetapi berbeza dengan yang ini sebab mereka suka bermain-main dengan kematian. Mereka seolah-olah mahu menentukan di mana sepatutnya berlaku kematian dan bagaimana ianya patut berlaku. Mereka mahu mengaitkan sesuatu kematian itu dengan seseorang. Daripada mulut mereka terciptalah “fitnah” berasaskan kematian. Tetapi mereka terlupa apabila kematian datang tak siapa dapat mencadang apatah lagi menghalang. Kematian itu ditentukan oleh Tuhan pemilik segala sesuatu. Mereka ingin memperdaya manusia dengan menggunakan isu kematian, tetapi mereka tidak tahu bahawa Tuhan adalah sebesar-besar si pemerdaya.Kita lihat tipu daya siapakah yang lebih hebat dan permainan siapakah yang akan sampai ke penghujungnya.
Pengeboman
Musuh negara Islam kini ialah keamanan yang dimiliki. Negara Islam seolah-olah tidak dibenarkan untuk menikmati kemanan sebab natijah daripada keamanan akan membuahkan kemajuan. Ada yang takutkan keamanan di Negara Islam sebab itu mereka menciptakan ketakutan dan huru hara di dalamnya. Keamanan yang umat Islam dambakan adalah punca cemburu untuk yang lainnya. Ketakutan dan huru hara bukan didatangkan dari luar tetapi bermunculan di celah-celah mereka sendiri.Apa yang berlaku selepas Pemilihan Presiden di Iran, kini diikuti di Indonesia adalah bukti hidup lagi nyata bahawa Negara Islam tidak akan dibiarkan aman dan umatnya tidak akan dibiarkan bersatu. Sebelum itu selepas PRU ke-12, Negara kita Malaysia tak pernah sunyi daripada pertikaian.
GuruBashid











No user commented in " Manik Urai, Kematian dan Pengeboman Jakarta "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply