” Yang bakal muncul sebagai pemenang sebenar bukanlah mereka yang berterusan menangisi kekalahan atau meraikan kemenangan, tetapi mereka yang cepat-cepat belajar daripada kesilapan. Setelah apa yang menimpa UMNO dalam PRU ke-12 lalu, kita mengambil sikap redha, dan membuka diri kepada kritikan. Pada masa yang sama kita cepat-cepat membuat tindakan pembetulan.Kita segera belajar daripada kesilapan ini. Kita telah mengenal pasti beberapa punca kekalahan kita dalam pilihan raya umum yang lalu. Dan kelemahan itu dengan segera diatasi dengan pelbagai cara baik di peringkat parti mahupun di peringkat kerajaan. Kita melakukannya setelah kita insaf dengan kekalahan yang kita alami di beberapa buah negeri. Malahan di kalangan kita telah muncul pemberani yang ikhlas dan bingkas bangun dengan penuh sedar dan penuh tanggungjawab mengkritik perlakuan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sambil menyarankan langkah-langkah perlu untuk memperkukuh parti dan menarik semula keyakinan orang ramai kepada UMNO. Kita terus bergerak dalam keadaan serba tidak selesa ini dan rupa-rupanya ketidakselesaan ini bagus untuk kita bangkit kembali.Ironinya dalam masa kita sibuk membuat tindakan pembetulan ke atas parti kita UMNO, pembangkang yang tidak dapat dipastikan siapa ketua sebenar mereka sehingga kini juga turut sibuk menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang ada parti kita.Mereka dengan lantang menyalahkan kita atas apa yang berlaku pada parti kita. Inilah cara mereka menunjukkan kesyukuran sejak memenangi beberapa buah negeri dalam PRU yang lalu. Mereka meraikan kemenangan mereka dengan riuh rendah tetapi bukan untuk mengatur strategik memperkukuhkan negeri-negeri yang mereka tadbir, sebaliknya berhibur dengan mendendangkan lagu kegemaran mereka berjudul ” marilah salahkan UMNO”. Mereka sepatutnya sedar bahawa pemerintahan mereka belum pun sampai setahun jagung dan masih seperti telur di hujung tanduk. Tetapi mereka melupakan ini semua, sebaliknya lebih ghairah melakukan kerja-kerja yang tiada kaitan langsung dengan parti dan negeri-negeri yang mereka kuasai. Inilah kesilapan ketara pembangkang di negara ini setelah PRU yang lalu.Kerana tiada siapa yang menegur pemimpin mereka, berbanding dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan BN, akhirnya parti mereka terus hanyut dalam kealpaan dan kelalaian.”GuruBashid











No user commented in " Mereka Ghairah, Kita Pula Tekun Belajar Dari Kesilapan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply