Mahfuz berkata, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga 18 Disember lalu tiba di Parlimen, membuktikan mereka wira rakyat, kata Mahfuz.
Wah mudahnya menjadi wira rakyat. Hanya setelah berkayuh selama 16 hari sambil menjerit ke arah kerajaan sudah diiktiraf wira rakyat. Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil masa berbelas-belas tahun sebelum diangkat sebagai wira negara Malaysia dan wira negara dunia ketiga.Selepas ini sesiapa yang mahu diiktiraf sebagai wira rakyat berkayuhlah, tetapi jangan lupa ketika berkayuh, menjeritlah. Jika hanya berkayuh tetapi tidak berani menjerit anda masih belum diiktiraf oleh PAS sebagai wira kerana bagi PAS yang penting ialah jerit itu, bukan kayuhannya.Atau dalam maksud yang lain percakapan yang berdegar-degar, bukan usaha yang bersungguh-sungguh.
Hakcipta Abd Bashid bin Harun











1 user commented in " Mudahnya Menjadi Wira Rakyat "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksuruh mahfuz balik tengok kawasan dia. pembangunan haram tak pernah buat, hanya pandai bercakap bohong sahaja. makan gaji buta
Leave A Reply