“ Seperkara lagi ialah keberanian mereka “menjual” ayat-ayat al-Quran walaupun ini terang-terang ditegah oleh al-Quran. Pengikut mereka dan orang Melayu mudah terpengaruh. Jika ayat-ayat ini adalah untuk perkembangan ajaran Islam di kalangan orang Islam atau untuk berdakwah, ia bukanlah sogokan, bahkan ia disuruh dan dibenarkan. Tetapi apabila ayat-ayat ini diguna untuk mendapat sesuatu bagi diri sendiri atau parti, ia tidak berbeza daripada penyalahgunaan wang untuk membeli undi.Ia tidak berbeza daripada rasuah. Ia juga adalah rasuah ,” Tun Dr Mahathir Mohamad.
1. JIKA orang UMNO yang memperkatakan politik wang atau rasuah di dalam parti mereka sendiri tentu ada rasionalnya iaitu untuk menunjukkan tanggungjawab mereka memelihara parti UMNO dengan mempamerkan kebencian kepada amalan tak bermoral itu.
2. Tetapi jika orang PAS yang memperkatakan rasuah dalam UMNO, orang ramai boleh sahaja beranggapan yang PAS mempunyai tujuan-tujuan politik melebihi tujuan-tujuan lain demi kepentingan parti yang mereka turut berada di dalamnya.
3. PAS berlagak seolah-olah mereka sangat membenci rasuah berbanding orang lain. Ada juga di kalangan mereka yang seolah-olah mahu memberitahu orang ramai yang PAS adalah satu-satunya parti yang tidak terpalit dengan rasuah.
4. Betulkah PAS tidak pernah mengamalkan rasuah? Penyalahgunaan nama Islam oleh PAS dan menyalahtafsirkan ajaran Islam dengan sewenang-wenangnya bukankah juga sejenis rasuah.
5. Rasuah atas nama agama tentu lebih buruk kesannya kerana orang ramai lebih mudah mempercayai sesuatu yang dijual atas nama agama.
6. Tidak mungkinkah dalam hati pemimpin dan ahli PAS, mereka lebih membenci parti UMNO dan orang-orang UMNO daripada rasuah itu sendiri.
7. Apabila pemimpin PAS menyebut tentang rasuah dalam UMNO niat mereka boleh sahaja ditanggapi mempunyai pelbagai tujuan. Salah satunya mengharapkan agar amalan rasuah itu akan terus berlaku dan berleluasa dalam UMNO.
8. Ketika jari telunjuk mereka menuding ke arah UMNO dan mulut-mulut mereka membenci rasuah, hati-hati mereka sebenarnya menolak kita.
9. PAS tidak pernah memilih antara dua perkara ini yang mana lebih dibenci, UMNO atau RASUAH.
10. Sikap PAS itu bukan tiada asasnya. PAS ingin UMNO terus lemah dengan amalan rasuah ini dan dengan ini kebarangkalian PAS untuk menggantikan tempat UMNO di hati rakyat dilihat semakin besar.
11. Inilah bacaan politik PAS yang sangat berbeza dengan bacaan ahli-ahli agama yang bebas daripada politik kepartian. Walau siapa pun kita, kita diperintahkan untuk menghindari sama sekali kemungkaran.
12. Kalau tidak mampu mengubahnya dengan tangan, kita patut mengubahnya dengan lisan, dan kalau itu pun tidak mampu dilakukan, kita patut mengubahnya dengan hati. Orang-orang PAS tentu lebih faham akan hal ini.
13. Maksud mengubah dengan hati ialah dengan membenci peri laku yang salah seperti itu. Tetapi dalam politik ia boleh sahaja ditanggap secara terbalik.Kekuatan yang ada parti lawan adalah berita buruk kepada parti yang satu lagi.
14. Dalam politik tidak semua perkara buruk itu dibenci. Yang dibenci boleh sahaja menjadi berita yang menggembirakan sebahagian orang, khususnya parti lawan.
15. Kekuatan pihak lawan adalah berita buruk kepada parti pesaing. Sebaliknya kelemahan yang ada parti lawan adalah khabar gembira yang sangat diharapkan pesaing kerana itu memberi peluang atau kelebihan kepada mereka.
16. Dalam keadaan begitulah kita lebih banyak berasa sangsi daripada suka hati apabila orang agama tercebur dalam politik kepartian. Dia mungkin seorang tok guru, atau sekurang-kurangnya bergelar ustaz.
17. Tetapi apabila tok guru atau ustaz itu menyertai parti politik, di mana pertimbangan politik kepartian itu menjadi pertimbangan utamanya, bolehkah seseorang ahli agama yang terlibat dalam politik kepartian seperti itu dipercayai setiap kata-katanya?
18. Parti PAS seperti juga parti UMNO, dan parti-parti lain juga adalah ciptaan manusia Malaysia. Bezanya UMNO diasaskan oleh orang Melayu yang tidak berpuas hati kepada penjajah British, sedangkan PAS sebuah parti serpihan UMNO yang diasaskan kerana kebencian mereka kepada parti Melayu utama itu.
19. Jika manusia yang mencipta PAS dan UMNO disebut sebagai makhluk Allah, PAS dan UMNO pula adalah makhluk manusia. Jika makhluk Allah itu sudah serba kekurangan maka tentulah makhluk manusia lebih-lebih lagi. Hakikat ini tentu tidak siapa yang boleh menafikankannya.
20. PAS yang sepatutnya menjaga kepentingan agama dan umat Islam di negara ini melebihi kepentingan yang lain nampaknya lebih meletakkan keutamaan menjaga hati dan perasaan kawan-kawan-kawan dan team politiknya.
21. Sebab itu jika PAS turut memberi keutamaan kepada industri penternakan babi seperti yang berlaku di Selangor dan Kedah, ramai orang melihat itu suatu keanehan. Lainlah kalau yang melakukannya itu MCA dan Gerakan.
22. Malahan jika PAS meluaskan projek jelapang padi kerana bekalan beras yang terdedah kepada kemungkinan tidak mencukupi atau melaksanakan penternakan lembu dan kambing berskala mega untuk keperluan tempatan dan luar negeri, orang ramai bukan sahaja menerimanya malah menyanjung kebijaksanaan PAS itu.
23. Tetapi masalahnya ialah ketika Pulau Pinang yang didominasi oleh DAP menutup ladang-ladang babinya atas alasan pencemaran, Kedah pula yang majoriti penduduknya orang Melayu beragama Islam dengan teraju kepimpinan di tangan Ustaz Azizan dari PAS yang terkenal dengan Islamnya itu mahu menjadikan negeri jelapang padi itu jelapang babi atas alasan mahu jaga hati.
Tidakkah aneh tindakan PAS ini?
Hakcipta Abd Bashid Harun











2 users commented in " PAS DAN RASUAH "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksalam hormat cikgu
guru menyebarkan ilmu, ilmu mesti benar dan kebenaran mesti dibuktikan. antara kaedah pembuktiaannya ialah kajian dan kajian pula ada pelbagai kaedah.
satu genaralisasi biasanya terbit dari pemerhatian ataupun andaian.
kebenaran pada 23 perkara diatas hanya akan dihakimi oleh Yang Sebaik baik hakim. Walaupun menurut pandangan saya yang dangkal ada juga satu dua perkara yang agak ‘kurang’ tepat namun, semua itu benar - sekurang kurangnya pada pendapat cikgu. Dan adakah sama dengan pendirian cikgu…Dalam memberikan pendapatnya dalam bidang politik GuruBashid memilih pendirian di pertengahan bukannya ekstrim ke kanan atau ke kiri…
entahlah cikgu,
semakin lama nampaknya semakin kusut keadaan kita sekarang ini.
salam
saya tidak tahu nak komen mengenai kandang babi itu…adakah sesuatu kepentingan kepada penduduk disitu?Entah siapa yang berakal pasti dapat memikirkan kekeliruan yang berlaku dikedah sekarang…
Leave A Reply