1 Meskipun saya masih menaruh harapan agar golongan lebih muda ditampilkan dalam PRK pada masa akan datang dengan sokongan dan bimbingan tak berbelah bahagi daripada mereka yang berpengalaman, saya tetap berkeyakinan yang Tan Sri Isa Samad, bekas MB Negeri Sembilan mampu memenangi persaingan dua penjuru pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang.
2 Berbagai-bagai alasan dapat kita berikan untuk menerima atau menolak calon yang bukan menjadi kegemaran kita, namun bagi saya pemilihan TS Isa Samad itu dibuat berdasarkan SATU alasan, iaitu untuk memenangi hati pengundi di Bagan Pinang dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil itu.
3 Saya bersetuju dengan penjelasan DS Mohd Najib ketika bercakap kepada pelajar-pelajar Malaysia di Peranchis tentang kenapa Isa dipilih. Buat masa ini penduduk pelbagai kaum di Bagan Pinang lebih mengenali TS Isa dan mereka dambakan Isa mewakili mereka. Tegasnya mereka masih mahukan Isa berkhidmat untuk mereka di sana.
4 Isa wajar diberi peluang tanpa terus menerus mahu menghukumnya. Beliau mungkin agak tua dari segi umur, namun melihat kepada cara beliau berjalan, bergerak dan bercakap beliau mempunyai keupayaan lebih daripada mencukupi untuk mendepani segala cabaran di Bagan Pinang.
5 Beliau didapati bersalah kerana menyalahi etika parti dan atas kesalahan itu beliau telah pun menerima hukuman yang setimpal. Namun bagi rakyat Negeri Sembilan amnya dan penduduk di Bagan Pinang khususnya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan ke atas mereka.
6 Jadi menjadi satu kerugian jika kehendak rakyat tempatan yang mahukan Isa tidak diambil kira sedangkan mereka inilah yang bakal memberi undi.
7 Saya tidak percaya rakyat di Bagan Pinang khususnya orang Melayu yang telah memberi pengakuan untuk mengundi BN akan beralih angin pada hari pengundian.Lingkungan suasana kehidupan yang bercirikan Adat Perpatih yang memberi keutamaan kepada bawahan untuk memilih atasan tentunya telah diambil kira oleh pimpinan BN sebelum Isa dipilih.
8 Sifat-sifat individu yang bertubuh agak kecil dan gempal selalu dikaitkan dengan ciri-ciri kekentalan, ketabahan, keberanian, kekuatan cita-cita dan daya juang memberi kelebihan kepada Isa. Beliau telah melakukannya dengan sempurna semasa menjadi Menteri Besar, tentunya tidak begitu sulit bagi individu berjiwa besar ini mengulanginya untuk sebuah kawasan pentadbiran yang lebih kecil.
9 Ketika beberapa PRK sebelum ini kita bersedia mengambil risiko untuk meletakkan calon-calon daripada muka baru, dan jawapannya kita kalah, mengapa kita tidak mengambil risiko yang lain dengan mengembalikan semula orang berpengalaman yang telah berjasa serta disukai ramai ke tempat yang sepatutnya setelah tamat tempoh ‘iddah hukumannya.
10 Dengan meletakkan calon lain selain Isa kita mungkin akan berteka teki sama ada calon itu dapat diterima atau tidak, tetapi dengan meletakkan Isa di sana orang ramai tidak perlu meramal lagi tentang nasib BN kerana itulah calon yang mereka mahukan.
11 Pendapat peribadi mengenai siapa calon BN yang sesuai harus dihentikan sama sekali dengan pemilihan TS Isa. Tumpuan harus diberikan untuk memenangkan calon BN di Bagan Pinang.
12 Seperti juga Tun Dr Mahathir yang berkeyakinan BN akan memenangi pilihan raya itu serta bersedia mengetepikan pandangan peribadinya sebelum ini, saya juga mempunyai pendirian dan keyakinan yang serupa.
Hakcipta Abd Bashid Harun











8 users commented in " Pemilihan Isa Adalah Untuk Menang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam sahabat. Keseringan tulisan saudara dalam mengutarakan soal politit tanah air kekadang menunjukkan sahabat agak tidak keterlaluan saya katakan taksub pada sesuatu aliran politik.Terkekecewa apabila sahabat tidak menggunakan nilai profesionalisme sahabat dalam percaturan ilmu yang dibugarkan di IAB suatu ketika dahulu. Kematangan sahabat dalam membuat sesuatu pertimbangan politik menampakkan kejanggalan sahabat yang terkeliru antara dunia politik dan perjuangan pembersihan kecelaruan rasuah dalam politik.Sahabat menulis berdasarkan naluri yang bersifat terlalu emosional tanpa pertimbangan nilai ilmu yang sahabat pelajari. Adakah sahabat tidak menggunakan segala keilmuan Islam yang sahabat pelajari dahulu. Dakwa dakwi akhirat menanti kita pada kemudian hari.
GuruBashid:
Salam kembali buat sahabat. Bukan kekadang tetapi saya memang melakukannya dengan penuh serius. Saya tidak menganggap apa yang saya lakukan selama ini sebagai barang permainan atau bahan jenaka. Saya mahu pandangan saya direnung dalam-dalam sambil memikirkan tentang nasib negara dan umat ini. Saya ditakdirkan menjadi seorang guru yang setiap hari cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar saya memanggil saya cikgu. Apa yang terkandung dalam subjek Sejarah, Sivik, Agama dan Moral kalau bukan perkara-perkara yang bersangkutan dengan soal keamanan, keselamatan, kesetiaan, pengorbanan, penghormatan, patriotik, ketenteraman dan nilai-nilai terpuji. Inilah yang saya sedang lakukan kepada anak bangsa dan negara saya. Saya tidak fikir ini suatu kerja yang tidak profesional.
cikgu sudah tidak konsisten lagi sama seperti Harussani dalam bab jom heboh…matlamat menghalalkan cara…itulah..
Penjelasan GuruBashid:
Pendirian saya terhadap UMNO (BN) dan peranan saya sebagai pendidik adalah konsisten. Pandangan-pandangan saya mengenai dua bidang ini cukup jelas. Saya tahu tentang apa yang saya patut perkatakan atau tidak patut perkatakan. Mungkin telahan saudara itu berkaitan artikel saya sebelum ini. Dalam artikel itu tidak dinyatakan yang saya tidak bersetuju dengan pemilihan Isa, cuma saya bimbang jika pemilihan itu akan menyulitkan pemimpin UMNO menjawabnya. Tetapi ternyata tidak. UMNO yang diketuai oleh PM sendiri sudah dapat menjawabnya dengan jelas dan meyakinkan. Kekhuatiran saya tentang hal ini nampaknya terjawab.Malahan tanggungjawab saya sebagai ahli parti dan yang bekerja dengan kerajaan semasa ialah memperkukuhkannya dengan pandangan-pandangan lain yang sedikit sebanyak dapat membantu.Sama ada seseorang itu bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu atau seseorang, orang itu tidak boleh memaksakan sama sekali pandangan mereka. Begitu juga dengan saya. Apa yang saya utarakan baik dalam bentuk penulisan mahupun lisan adalah pandangan-pandangan saya. Pandangan belum menjadi suatu keputusan dan ia boleh sahaja disingkir atau diterima. Tidak ada orang yang salah kerana pandangannya tidak sama dengan pandangan orang lain; begitu juga tidak ada orang yang lebih benar kerana pandangannya itu disokong. Keputusan yang diambil mengenai sesuatu perkara berdasarkan pandangan ramai. Lebih ramai yang memberikan pandangan, itu lebih baik. Akhirnya pelbagai pandangan yang berbeza-beza ini dirumus lalu diputuskan oleh seseorang atau beberapa orang yang menerajuinya.Inilah namanya sinergi. Tentulah dalam konteks PRK di Bagan Pinang, pandangan orang tempatan lebih wajar diambil kira sebab mereka yang bertindak sebagai pengundi.
2 Membandingkan saya dengan Tuan Guru Datuk Harussaani amat menggusarkan saya sebab saya sendiri meletakkan beliau di tahap tertinggi dari segi keilmuan, kewarakan dan ketegasan. Banyak yang patut saya pelajari daripada beliau. Saya amat menghormati beliau. Saudara menyatakan saya dan Datuk Harussani tidak konsisten sedangkan setahu saya beliau tidak pernah menyatakan bahawa Jom Heboh itu benar dari segi syarak. Malahan saya melihat percakapan beliau hari ini adalah sama dengan percakapan beliau semalam dan tahun-tahun sebelumnya.
Ada individu yang terhegeh-hegeh meminta saya menjawab soalan serkap jarang mereka, namun mereka jenis ini terlebih dahulu memaki hamun saya.Pilihan yang saya ada ialah membiarkan sahaja mereka dikepung oleh perasaan sendiri yang jika tidak diubati dikhuatiri akan merosakkan diri mereka sendiri.Persoalannya, adakah mereka menyedari hal ini setelah kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan mencari salah orang lain daripada memuhasabah diri sendiri
Inilah gaya penulisan yang saya maksudkan:
Salam bullshid,
eik! kenapa tak berani jawab lontaran semalam? malahan tak dipamerkan lontaran tersebut..apa punya dayus..!! Disini bukannya saya atau orang lain mencari kesalahan kamu ttp MEMANG KAMU SALAH, TIADA PRINSIP DAN MENYESATKAN.Kamu boleh tenung, fikir dan muhasabah diri dengan himpunan tulisan kamu dan di mana yang menyebabkan kamu dikatakan SALAH, TIADA PRINSIP dan MENYESATKAN wahai manusia pemegang BA & MA. Ingatlah..penulisan yang berPRINSIP mempunyai ROH yang membekas kepada orang yang membacanya..bukannya macam penulisan kamu..longgar..tiada roh..murahan..tak setara dengan sijil bergulung yang kamu punyai. Alahai!
” Dan orang jenis inilah yang mengaku lebih baik daripada yang lainnya. Jawapan tentang mereka digambarkan oleh diri mereka sendiri. Mereka jenis ini bertanya kepada saya, tetapi mereka sendiri sudah ada jawapannya. Tetapi mereka jenis ini tidak perlu di kesampingkan sebab kehadiran mereka menambah warna alam maya ini “GuruBashid
Melayu jenis ini menyambung lagi dengan berkata:
mengelat lagi kamu nie..macam tu ler..!!Nampak macam berhemah konon..ttp sebenarnya tiada prinsip. Jawapan masih tak diberi..pusing sana sini naik bukit turun bukit.Dalam hidup ni ada 2 saje bila berhadapan dengan sesuatu keadaan,YES or NO! Bukannya berbelit2.. Penglipur lara UMNO no. wahid! Bikin malu dan menjatuhkan martabat profesion guru saje..sudahlah..!
Tahniah buat Tan Sri Isa Samad dan BN atas kemenangan dengan majoriti lebih besar di Bagan Pinang
Maaf sekiranya pandangan ini menyentuh kalbu. Saya tidak menafikan sahabat petah berbahasa dan berhujah.namun, perkenalan yang singkat dari arah gunung sehinga ke lembah menjelaskan segala kekaburan selama ini. Sahabat tidak mampu menjadi seorang pemimpin yang baik, lantaran lontaran idea yang jelas lagi bersuluh tidak memperlihatkan kematangan sebagai seorang pendidik, tapi hanya layak sebagai seorang GURU. Rentetan sahabat lari daripada memimpin organisasi suatu ketika dahulu, menyerlahkan lagi kegusaran selama ini terjawab. Memang kita lahir daripada keluarga yang susah dan daif.namun, sedar tak sedar keutuhan pegangan agama milik ayah dan ibu sahabatlah menginjakkan kaki sahabat sehingga ke tahap ini. Kita pernah berbalah dan berbantah.sahabat selalu melakukan sesuatu yang dilihat merugikan diri sendiri akibat kecelaruan emosi. Sahabat gagal mengawal emosi sehingga suatu ketika menolak hakikat keilmuan yang sahabat pelajari. Islam letaknya nombor wahid dalam apa-apa segi baik politik, ekonomi mahupun sosial. Kembalilah kepadaNya.
[…] Baca pandangan saya mengenai Calon di Bagan Pinang dan Calon BN di Hulu […]
Leave A Reply