” Bukan suatu masalah besar bagi BN untuk mengekalkan kerusinya di Sibu sekalipun Lim Kit Siang mendakwa persaingan adalah sengit. Politik Sarawak dan Sabah tidak sama dengan di Semenanjung. Pemimpin dan rakyat Sarawak tanpa mengira suku kaum kekal bersama dan berpadu dalam memberikan keutamaan kepada pembangunan Sarawak. Kepemimpinan YAB Ketua Menterinya yang begitu berpengalaman dan teruji nilai bandingnya dalam menyatukan rakyat Sarawak atas nama politik pembangunan tidak boleh dipertikaikan lagi. Ahli politik dari Semenanjung tidak perlu terlalu teruja untuk membantu mereka. Biarkan sahaja Ketua Menteri dan parti komponen BN di negeri itu mengatur strategi mereka sendiri dan jika kita diminta membantu barulah kita menghulur tangan. Jika tidak diminta jangan. Di sana bukan politik bangsa, apatah lagi politik agama. Jika ada politik 1Malaysia yang anda ingin cari Sarawaklah tempatnya selain Sabah. Anda mungkin berkata Sibu ramai orang Cina. Tetapi saya ingin beritahu anda bahawa orang Cina di Sarawak adalah orang Cina yang telah berjaya diSarawakkan yang lebih bersetia dengan negerinya daripada bangsanya,” GuruBashid