1 Walaupun menjadi kesedihan bagi parti yang tewas, namun keputusan PRU ke-12 yang lalu banyak hikmahnya.Hikmah yang disembunyikan oleh-Nya untuk sekian lama kini dinampakkannya satu persatu.

2 Kemenangan beberapa parti pembangkang di beberapa buah negeri memberikan kelebihan kepada rakyat untuk menilai dengan mata kepala sendiri akan kemampuan dan keberkesanan setiap parti dalam memerintah dan mengurus tadbir negeri masing-masing.

3 Sekaligus mereka dapat membuat perbandingan antara apa yang dibuat oleh parti pemerintah dengan apa yang telah dibuat oleh parti pembangkang.

4 Rakyat kini dapat menilai sendiri parti mana yang serius untuk membantu mereka dan memajukan negeri dan negara ini dan parti mana pula yang terus berpolitik untuk sepanjang masa.

5 Rakyat turut dapat melihat dengan jelas parti mana yang banyak menghabiskan masa untuk bercakap dan parti mana pula yang lebih banyak bekerja dan bertindak.

6 Kalau sebelum itu orang ramai hanya boleh membaca akhbar, kini mereka boleh melihat sendiri pemerintahan dan pentadbiran di laksanakan.

7 Kalau dahulu agak sukar mereka membuat perbandingan,hanya sekadar membuat tafsiran rambang sahaja, kini sudah jelas lagi bersuluh untuk mereka melhat sendiri apa yang benar-benar berlaku.

8 Tuhan nampaknya masih sayangkan kita dengan tidak membiarkan rakyat Malaysia hanyut tanpa bukti dan terus tenggelam dalam prasangka,tetapi Tuhan kini hadir dengan bukti atau tanda yang manzurah (boleh dilihat)dan Dia sekarang menunjukkannya satu demi satu sebagai pengajaran bagi yang mahu berfikir.

9 Dalam akhbar anda mungkin boleh menipu, tetapi anda tidak boleh menipu tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Terima kasih Tuhan!

GuruBashid