“Saya tidak ada kenyataan lain yang hendak dikeluarkan selain daripada apa yang telah dinyatakan semalam,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas majlis perhimpunan Menteri Pertahanan Bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Perak di Dewan Bankuet di sini hari ini.
1 Semalam YB membukanya, hari ini YB sendiri menganggapnya selesai. Cukup pantas YB melakukannya atas suatu isu yang dikategorikan serius kerana ia membabitkan penjualan maklumat dan keselamatan negara.
2 Adalah lebih bijak untuk tidak membukanya sejak awal dan menyelesaikannya secara dalaman yang membabitkan pihak tertentu sahaja.
3 Jika ia melibatkan satu strategi dan ancaman kepada keselamatan negara, tentu lebih baik jika ianya tidak disiarkan langsung dalam media.
4 Tetapi setelah rakyat seolah-olah mahu diberitahu mengenainya, tindakan serta merta mahu menyudahinya akan menimbulkan pelbagai spekulasi serta mendedahkan kerajaan kepada tanggapan awam yang tidak berkesudahan.
5 Dan tindakan seperti itu yang sebenarnya tidak begitu jelas mengapa ianya dibuat hanya bakal mengundang suatu lagi tekanan baru kepada pihak kerajaan untuk menjelaskannya, yang sebahagiannya mungkin akan dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
6 Pada hal kerajaaan pimpinan YAB DS Najib baru sahaja dipenatkan dengan isu kehilangan dua enjin pesawat milik tentera.
7 Kesilapan seperti ini boleh berlaku pada orang awam, tetapi ini tidak patut berlaku pada seseorang yang memegang urusan strategi kerajaan.
8 ” Kita sepatutnya tahu apa yang perlu diungkapkan dalam bilik, apa yang perlu dibisikkan, dan apa pula yang boleh dilepaskan sehingga ke luar jendela, “.
Hakcipta Abd Bashid Harun











1 user commented in " Zahid Kena Lebih Berhati-Hati Pada Masa Akan Datang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackKetika sokongan rakyat sudah mula kembali kepada kerajaan; tindakan pembetulan dibuat dengan rancaknya; krisis keyakinan berlaku di kalangan parti lawan dan ketika kes Anwar sedang berjalan, tiba-tiba sahaja isu ini diluncurkan untuk pengetahuan awam???
Leave A Reply