” Sama ada ia Obama atau McCain, cinta mereka sebagai rakyat Amerika kepada negara mereka tidak pernah berbelah bahagi. Anda boleh memujinya berapa kerap yang anda mahu, tetapi pujian kita terhadapnya tidak akan mengurangkan rasa cintanya kepada Amerika dan kita juga tidak membesar hanya disebabkan itu. Dr Ali Shariati, seorang pemikir Islam kelahiran Iran dalam bukunya Man and Islam pernah mengingatkan rakyat Iran tentang Amerika. Menurutnya “ kita tak perlu bangunkan Amerika Syarikat kedua di sini. Cukuplah Amerika yang sedia ada. Dalam kata-kata yang sama saya ingin mengulanginya untuk negara ini bahawa kita tidak perlu bangunkan Amerika Syarikat kedua di sini. Cukuplah Malaysia yang sedia ada. Dan biarlah kita maju dengan cara sendiri.Sang Kancil tidak akan menjadi lebih besar dengan mengenakan bulu singa. Atau menjadi lebih berani setelah mengenakan bulu harimau. Singa atau harimau pula tidak akan menjadi kancil walapun mengenakan bulu kancil. Antara mereka memang ada sejarahnya. Antara mereka memang ada kekuatan masing-masing.” GuruBashid











No user commented in " Apakah Makna Pujian Kita Kepada Obama? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply