” Sebagai parti ciptaan manusia dan manusia sendiri ciptaan Allah, tidak ada satu parti yang serba sempurna di dunia ini.Baik ciptaan Allah mahupun ciptaan manusia semuanya bersifat baharu. Dan semua yang baharu sifatnya berubah-ubah. PAS tentu lebih tahu dalam hal ini. Jadi mengapa sebahagian anda mengatakan UMNO tidak akan berubah? ,”GuruBashid
1. SAYA ingin memberitahu Pakatan Rakyat bahawa UMNO serius dalam usahanya untuk berubah. Anda sendiri boleh nampak apa yang sedang dilakukan oleh barisan kepemimpinan kami sekarang.
2. Anda mungkin memandang usaha kami ini tidak sampai ke mana. Ada di kalangan bloggers anda menuduh bahawa parti kami tidak akan berubah. Dan sebahagian daripada yang mengatakan demikian begitu berani bersumpah sambil memandang rendah usaha kami.
3. Kami tidak berkecil hati dengan apa yang anda rasa terhadap kami. Banyak lagi kerja buat yang lebih utama yang patut kami fikirkan dan lakukan. Melayan karenah anda akan membuang masa kami dan tidak akan membesarkan kami. Lebih banyak masa ditumpukan untuk melakukan usaha-usaha memajukan rakyat dan negara ini.
3. UMNO mungkin mengambil masa yang agak lama sebelum melakukan perubahan ini. Sebab bagi kami perubahan itu tidak sewajarnya berlaku begitu sahaja, tanpa ada sebab dan tujuan yang munasabah. Jika perubahan mahu dilakukan dengan jayanya ia patut dilakukan dengan penuh terancang. Ini kepercayaan UMNO sejak dahulu. Dan berasas kepercayaan itu, inilah yang UMNO buat sekarang ini.
4. Apabila kami sudah memulakan perubahan ini kami akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan meluas serta tidak akan berpatah balik lagi.Anehnya apabila kami sudah mula melakukan perubahan ini sebahagain daripada anda kelihatan gelisah dan rasa terancam dengan usaha kami ini.
5. Lalu berbagai-bagai cerita diadakan tentang kami untuk melemahkan usaha perubahan kami ini. UMNO bukannya sebuah parti setahun jagung yang tidak berupaya menghidu permainan pembangkang.Sebab itulah UMNO berupaya bertahan sehingga sekarang sedangkan parti lain tidak sampai setahun memerintah sudah timbul pelbagai masalah.
6. Sikap anda sebagai pembangkang di negara ini memang sedikit aneh. Apa pun yang kami lakukan, kami tidak pernah dilihat baik oleh anda. Seolah-olah Allah meletakkan kebaikan itu hanya pada anda dan bukan pada kami. Baik atau buruknya sesuatu dinilai ikut sesedap mulut anda berkata dan sesuka pena anda menulis.
7. Kami mungkin dilihat baik apabila kami bersetuju dengan anda dalam semua perkara. Tapi bagaimana mungkin kami mempercayai anda yang sebahagian besar masa anda hanya penuh dengan berpolitik, mengata dan mencari salah.
8. Anda menghamburkan kata-kata kesat, memfitnah, mengadu domba dan lebih besar lagi hanya mahu berseronok seronok menjatuhkan kami tetapi tidaklah lebih bagus daripada BN dalam mentadbir sebuah negeri. Yang jelas anda melakukan banyak kekhilafan semasa memerintah yang boleh menyebabkan bangsa Melayu dan agama Islam akan lebih malang pada masa akan datang.
9. Jika anda mengatakan parti seperti UMNO tidak akan berubah anda silap. Bukan sahaja silap dari segi kenyataannya tetapi silap dari segi akidah juga.
10. Bukankah parti UMNO seperti parti anda dan parti yang lain-lain juga merupakan ciptaan manusia dan manusia yang menciptanya juga merupakan ciptaan Allah. Dalam konteks ini parti kita serupa sahaja.
11. Sebagai parti ciptaan manusia dan manusia sendiri ciptaan Allah, tidak ada satu parti yang serba sempurna di dunia ini.Baik ciptaan Allah mahupun ciptaan manusia semuanya bersifat baharu. Dan semua yang baharu sifatnya berubah-ubah. PAS tentu lebih tahu dalam hal ini. Jadi mengapa sebahagian anda mengatakan UMNO tidak akan berubah?
12. Saya ingin beritahu PAS bahawa yang tidak mahu berubah itu anda, bukan kami. Kami telah melakukan banyak perubahan dari segi apa yang kami lakukan untuk memajukan bangsa dan negara ini. Cuma pada kali ini tumpuan kami lebih kepada perubahan sikap sebahagian ahli dan pemimpin kami termasuk dalam memerangi poilitik wang.
13. UMNO telah berperanan selama lebih 50 tahun untuk memajukan rakyat dan negara ini. Dalam tempoh yang agak panjang serta dalam kesibukan parti memajukan bangsa dan negaranya, tidak mustahil UMNO akan melakukan kesilapan. Kesilapan akan tetap berlaku termasuk ketika kita melakukan kebaikan. Jelas sekali kesilapan ini berlaku semasa kami melakukan kerja-kerja kami. Ia bukan sengaja hendak dilakukan.
14. Parti anda lebih baru daripada parti UMNO, dan fungsi anda sebagai pemerintah jauh lebih baru daripada kami. Tetapi apakah bukti kebaikan dan kemajuan yang telah anda lakukan dalam tempoh yang singkat ini selain sibuk mencari kesalahan kami.
15. Sebabnya mudah, dalam tempoh yang singkat itu anda dilihat tidak berbuat apa-apa selain menggembar gemburkannya sahaja. Mana mungkin kesilapan berlaku ketika anda tidak melakukan apa-apa.
16. Tidak mungkin kami mahu membiarkan kesilapan ini berpanjangan tanpa melakukan tindakan pembetulan. Tidak mungkin kami akan membiarkan parti yang begitu besar jasanya kepada negara ini dan menjadi penggantungan majoriti rakyat terutama bangsa Melayu terkubur. Kami percaya ini bukan sahaja menjadi harapan kami, tetapi juga harapan majoriti rakyat Malaysia.
Hakcipta GuruBashid











1 user commented in " Amaran Kepada Lawan-Lawan Kami "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAssalamu’alaikum dan salam perjuangan buat Taminsari,
Cadangan saudara agar kata Islam digugurkan daripada mana-mana parti ada kewajarannya dan perlu difikirkan semula tetapi melaksanakannya sekarang agak tidak sesuai kerana akan menambahkan kekusutan yang sedia ada.
Mereka memang menunggu-nunggu peluang untuk menyerang kita sekarang, tentulah atas nama Islam.
“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya “. Itulah jaminan yang diberikan kepada Islam sebagai agama dan cara hidup yang sangat mulia dan sakral sifatnya.
Kita khuatir apabila parti melakukan kesilapan, ia masih dianggap Islam hanya kerana ia menggunakan kata Islam pada partinya. Ketika itu orang semakin keliaru sama ada tindakan itu isamik atau tidak kerana ada kata atau nama Islam yang melindunginya. Akhirnya orang tidak dapat melihat dan menghayati Islam yang sebenar.
Dan parti yang terbabit pula akan berkata tindakan mereka benar sebab mereka merupakan sebuah parti Islam sedangkan realitinya mereka hanya menggunakan nama Islam pada parti mereka. Tidak lebih dari itu.
Realitinya perangai dan tindak tanduk sebahagian pemimpin dan ahli-ahli mereka kadang-kadang lebih buruk lagi daripada parti yang mereka musuhi. Tetapi semua kelihatan benar hanya kerana adanya Islam pada parti mereka.
Mereka pernah mempertikaikan kata Islam yang disandarkan kepada hadhari, konon-kononnya Islam sudah lengkap dan tak perlu dihadharikan lagi, tetapi keadaan mereka tentu lebih buruk lagi kerana telah menyelewengkan Islam yang mereka guna untuk kepentingan politik kepartian mereka.
Leave A Reply