” Individu yang tak pernah muncul selama ini untuk membantu UMNO kini muncul. Mereka muncul ketika UMNO lemah dan sangat perlukan sokongan dan bantuan. Mereka ini tidak ada nama apatah lagi jenama dalam UMNO. Mereka melakukan kerja ini secara sukarela, tetapi SMART,”GuruBashid
1. Kami pengundi di Bukit Gantang, khususnya orang-orang Melayu sudah berada di momentum yang betul. Kami melaksanakan kerja-kerja kami dengan penuh semangat dan cukup yakin sekarang.
2. Tetapi dalam kesibukan kami mengatur strategi dan taktik untuk memenangi PRK ini, mata dan telinga kami tidak terlepas daripada memerhatikan anda di PWTC. Kami meletakkan tanggungjawab ini kepada anda untuk memilih calon pemimpin yang betul dan bersih. Anda mewakili kami, iaitu seluruh ahli UMNO, bukan diri anda dan anak bini anda.
3. Jika anda di atas sana melakukan kesilapan dengan melantik PERASUAH atau calon yang mempunyai imej rasuah, kami tidak bertanggungjawab lagi jika UMNO kalah dalam PRK P059 Bukit Gantang.
4. Kami tidak mahu ditipu. Kami tidak mahu dikecewakan. Kami di Bukit Gantang ini sedang berjuang untuk menang kerana kemenangan itu amat penting demi bangsa dan agama Islam. Tetapi jika anda di atas sana yang berkuasa membuat pemilihan memberi kemenangan kepada PERASUAH atau yang berimejkan rasuah bererti andalah yang tidak mahukan UMNO dan BN menang.
5. Jangan kata apa yang bakal anda tentukan di PWTC itu tidak ada kena mengena dengan apa yang sedang berlaku di Bukit Gantang ini. Jangan memandang kecil Bukit Gantang sehingga anda di sana boleh berbuat apa sahaja dengan menurut kehendak anda sendiri dan mengetepikan kehendak dan rasa kami di sini.
6. Tuhan masih sayangkan kita sebab itu Dia beri peluang kali kedua. Dia tidak beri semuanya tetapi Dia mahu kita memulakan pembetulan ini di Bukit Gantang. Tentulah Allah mahu menguji kita.
7. Alangkah ruginya kita jika kita tidak mahu mengambil sesuatu yang berguna daripada apa yang berlaku di negeri Perak dan di Bukit Gantang ini. Bukan susah sangat untuk kita memahami isyarat Tuhan ini.
8. Ketahuilah, pemilihan calon BN daripada anak tempatan sudah tepat. Begitu juga dengan memberi kepercayaan kepada seluruh ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen untuk menggerakan dan seterusnya mengepalai jentera PRK di Bukit Gantang juga menjadi pendekatan yang tepat.
9. Tetapi jangan sampai isu di peringkat nasional memadamkan semua harapan kemenangan ini. Mudah-mudahan tidak jadi begitu. Jangan sia-siakan usaha kami ini dengan tindakan anda yang salah dengan memilih calon pemimpin masa depan yang salah.
10. Anda mungkin telah menerima wang. Anda mungkin dijanjikan itu dan ini selepas calon yang cuba merasuah anda itu menang. Tetapi ingat-ingatlah kami di peringkat grass root dan pemimpin kecil yang sedang berjuang di Bukit Gantang yang kamu tinggalkan untuk sementara waktu. Kami tidak rela usaha kami ini menjadi sia-sia sahaja.
11. Kami telah diberi mandat untuk melaksanakan apa sahaja strategi untuk memastikan BN memenangi PRK ini. Individu yang tak pernah muncul selama ini untuk membantu UMNO kini muncul.
12. Mereka muncul ketika UMNO lemah dan sangat perlukan sokongan dan bantuan. Mereka ini tidak ada nama apatah lagi jenama dalam UMNO. Mereka melakukan kerja ini secara sukarela, tetapi SMART.
13. Ketika kami dan mereka ini mempersiapkan jalan dan lorong untuk menang, jangan pula anda sebagai perwakilan di PWTC menyediakan lurah ke lembah maut. Ingat itu.
14. Apa yang dibuat oleh lembaga disiplin UMNO adalah peluang untuk membersihkan UMNO. Mungkin ada yang masih belum berpuas hati dengan apa yang dbuat itu. Nah kini anda masih ada peluang kedua, iaitu perhimpunan agung UMNO.
15. Pemilihan UMNO kali ini adalah peluang seluas-luasnya untuk perwakilan melakukan pembersihan dalam UMNO. Jika peluang di PWTC itu tidak diambil secara bijaksana oleh perwakilan dalam menentukan masa depan UMNO yang lebih dipercayai dan bersih, sebaliknya kekal dengan tabiat dan cara lama yang dibenci oleh sebahagian besar ahli, anda benar-benar tidak mempunyai perasaan patriotik dan cintakan bangsa, agama, negara dan parti.
16. Anda tidak boleh melihat pemilihan kali ini pemilihan anda seorang sahaja. Sesungguhnya pemilihan kali ini amat penting kerana dengannya anda menentukan nasib dan masa depan UMNO. Dan yang pertama akan menerima kesannya ialah UMNO Bukit Gantang.
17. Jika anda masih mahu memenangkan PERASUAH atau calon yang berimejkan rasuah bererti anda memang mahukan UMNO ini kalah. Tetapi jika anda ada keberanian untuk menolak calon-calon seperti ini, anda benar-benar berjiwa merdeka dan turut bersama majoriti ahli UMNO, tidak terkecuali di Bukit Gantang ini yang mahukan UMNO bangkit dan menjadi kuat semula.
18. Sesungguhnya kami di Bukit Gantang sedang memerhatikan anda.
Hakcipta GuruBashid











3 users commented in " Amaran Pengundi Di Bukit Gantang Kepada Perwakilan UMNO "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAssalamualaikum,Pak Guru.
saya minta maaf jika terkasar bahasa.Mungkin pak guru seorang yang bernasib baik kerana tinggal di dalam UMNO.Pak guru juga merasa sangat yakin bahwa UMNO itu membela bangsa dan agama.Maka disini saya ingin bertanya pada pak guru,apakah benar UMNO membela bangsa melayu?.Begitu juga apakah benar UMNO membela agama islam?.Tetapi apa yang saya lihat kebanyakan bangsa melayu berkerja dengan tauke-tauke berbangsa cina.Bukankah UMNO membela bangsa melayu tetapi kenapa pula melayu jadi perkerja pada bangsa lain?.Bukankah kita selalu bercakap malaysia adalah tanah melayu taraf melayu adalah bumiputra dan sepatutnya mereka bertuankan melayu?.Bolehkah kita memanggil atau mengelar ISLAM dengan bermacam-macam panggilan atau gelaran?.Kenapa dengan Islam yang di bawa oleh NABI MUHAMAD?kenapa pula di wujudkan ISLAM HADARI?.Maaf pak guru,saya hanya sekadar bertanya sebab permasaalahan ini selalu menjadi tanda tanya di fikiran saya.
Cikgu. Renungkan surah Al-Faathir ayat 10.
Sesiapa ynag mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah allah), kerana bagi allah jualah segala kemuliaan. Kepada allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira - kira balasan) dan amal ynag soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada ynag melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancang kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azb seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
Perjuangan UMNO untuk menegakkan assobiyah, perjuangan PAS untuk menegakkan Islam. Pilih lah dan bantu lah perjuangan Islam. 50 tahun perjuangan UMNO membawa banyak rosak kepada islam dari kebaikan. Pendokong rasuah, Perasuah.
Keputusan ketiga2 sayap Parti sudah pun diketahui malam ini…~
Perwakilan dari sayap Wanita dan Puteri telah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik…~
Manakala sayap Pemuda pula… Malas la saya nak komen…~
Apa pendapat GB?…~
Leave A Reply