SEKOLAH harus menumpukan tindakan strategik berasaskan keperluan semasa untuk memenuhi tuntutan akan datang. Bukan sekadar buat apa yang hendak dibuat. Pada pendapat saya yang lebih memerlukan R & D dan benchmarking atau penandaarasan ini ialah guru-guru subjek dan guru-guru kelas. Alasannya mudah kerana mereka berdepan dengan wajah pelajar yang sebenar.
Di sinilah letaknya kepentingan TOV dan pelan taktikal. Budaya bermain dengan angka dan peratusan adalah budaya negara maju seperti Amerika Syarikat, harus menggantikan “tembakan” secara rambang. Kita mahu tindakan kita tepat dengan menggunakan cara yang tepat dan terkena pada sasaran yang tepat. Kita sepatutnya menembak dengan satu peluru tetapi terkena sepuluh, daripada menembak dengan beberapa butir peluru tetapi seekor pun belum tentu kena. Usaha R & D ini tidak akan berjaya jika para guru ingin mengekal cara yang sama atas alasan sudah sesuai dan selesa dengan cara yang sedia ada. Input yang diperoleh daripada R & D itu hanya berguna jika ia dijadikan landasan untuk tindakan selanjutnya. Tentunya ia memerlukan sedikit pengorbanan daripada para guru. Saya sedar ia mungkin sulit, tetapi itu hanya di peringkat permulaan. Tetapi apabila budaya melakukan penyelidikan dan penilaian emperikal ini sudah menjadi satu budaya, saya kira kita tentu akan lebih seronok dengan cara yang lebih tepat ini.
Kita tentu ingin melihat hasil keputusan peperiksaan sekolah kita meningkat setelah usaha diubuat ke atas lompang yang benar-benar memerlukan perubahan sebagai lawan kepada agakan, sangkaan dan rasa-rasa sahaja.











No user commented in " Keperluan R & D Di Sekolah "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply