1. Ramai yang menulis komen tidak puas hati kepada saya kerana masih tetap menyokong UMNO sedangkan menurut mereka ramai orang yang sudah beralih kepada PAS. Mereka mendakwa ramai guru yang sudah menyebelahi PAS meskipun terpaksa berpura-pura menyokong UMNO.
2. Saya ingin beritahu mereka bahawa saya aktif dalam UMNO ketika UMNO diserang bertalu-talu dan setelah mengalami kekalahan demi kekalahan. Saya memang ditakdirkan muncul dalam saat krisis di mana pandangan dan sokongan individu seperti saya lebih diperlukan dalam situasi seperti ini.
3. Saya bukan yang jenis berpura-pura seperti sebahagian kecil guru yang tuan maksudkan. Saya adalah apa yang sedang saya buat. Saya memang menyokong UMNO dan BN malahan membantu apabila diminta dan memberikan pandangan jika itu perlu. Saya tidak pernah menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa.
4. Saya juga bukanlah orang yang akan berkata ya hanya disebabkan yang sedang bercakap di hadapan saya ialah seorang ulamak. Sama ada dia ulamak atau seorang munafiq besar saya akan menilai apa yang dia sampaikan atau katakan, bukan terus mempercayainya lantaran gelaran tuan guru yang ada padanya.
5. Pada saya tidak ada bezanya antara Nik Aziz dengan orang lain dari segi potensi untuk melakukan kesalahan. Saya tidak pernah menganggap Nik Aziz lebih istimewa daripada orang lain sehinggakan membutakan mata hati saya daripada menyaring apa jua yang Nik Aziz buat dan katakan.
6. Kalau Nik Aziz berkata sesuatu yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam, apatah lagi menyesatkan saya akan menolaknya.Saya seorang guru yang ditakdirkan memiliki sedikit ilmu agama. Tetapi untuk memahami apa yang Nik Aziz kata bukanlah terlalu sukar buat saya sebab antara yang salah dan benar itu cukup jelas perbezaannya.
7. Begitu juga pelajar-pelajar saya mereka patut tahu bahawa saya adalah seorang guru yang menjadi warganegara Malaysia yang setia dan sedang mendokong sebuah kerajaan semasa. Tindakan-tindakan saya tidak sepatutnya berlawanan dengan apa yang kerajaan saya sedang lakukan.
8. Malahan mereka patut tahu bahawa saya sedang berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan di mana BN adalah parti yang dipilih rakyat. Mereka juga patut tahu bahawa kerajaan semasa inilah yang telah dan sedang membayar gaji dan semua emolumen saya.
9. Atas sebab itu mereka yang mengharapkan saya tidak bercakap tentang UMNO atau menyokongnya pasti tersilap. Saya tidak pernah merasakan sokongan saya kepada UMNO suatu kesilapan buat saya.Malahan saya amat bangga berbuat demikian.
10. Saya mengenali UMNO sebagai sebuah wadah bagi orang Melayu yang sepatutnya menjadi tunjang kepada perpaduan Melayu. Sebagai guru sejarah saya arif benar tentang sejarah penubuhan UMNO, dan apa yang telah dan sedang UMNO perjuangkan.
11. Baik dan buruk dalam UMNO adalah masalah UMNO. Jika UMNO yang selama ini telah menyumbang besar kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat, maka UMNO jugalah yang diharap membetulkan kesilapan yang ada, bukannya orang lain.
12. Pembangkang tidak perlu risau tentang UMNO. Pembangkang patut risaukan diri mereka dan masa depan rakyat dan negara ini.
13. Masalah UMNO biarlah UMNO yang jaga. PAS tidak perlu campur tangan soal dalaman parti UMNO. PAS tidak ada jasa kepada UMNO sebab setiap kali UMNO dilanda masalah sudah terbukti UMNO sendirilah yang berupaya memulihkannya. UMNO berpengalaman dalam jatuh dan bangun. Saya yakin UMNO akan membetulkan semua masalah jika ada.
GuruBashid











18 users commented in " Pendirian GuruBashid Terhadap Kerajaan dan UMNO "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback“8. Malahan mereka patut tahu bahawa saya sedang berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan di mana BN adalah parti yang dipilih rakyat. Mereka juga patut tahu bahawa kerajaan semasa inilah yang telah dan sedang membayar gaji dan semua emolumen saya”
Ini saya tak berapa setuju, duit gaji u dibayar oleh rakyat. Kerajaan jaga amanah jer… So betulkan balik fakta tu. Dah jadi cikgu takkan tak tau this fact.. shame of you..
cikgu,
Tahniahlah sebab cikgu benar2 jujur dan komited dengan perjuangan UMNO tanpa mengharapkan balasan tender atau projek seperti kebanyakan pemimpin atasan parti. Orang semacam cikgu inilah yang sangat diperlukan oleh parti ini.
Saya berharap mana2 pemimpin umno yang baca artikel, mereka perlukan forward kan kpd PM betapa masih ada ahli parti yang bagus. boleh masuk pencalonan Ketua Pengarah Pelajaran yang baru.
Tentang perkara 8 di atas, pemikiran cikgu sama dengan pemikiran bapa mertua saya yang merupakan pengundi saluran 1 berumur 70 tahun, kerajaan BN yang membayar gaji kepada pekerja sektor awam menggunakan duit kerajaan.Duit tu BN punya.
Pandangan tu sama sekali bertentangan dengan saya yg merupakan pengundi saluran 4/5 yang berpendapat kerajaan cuma menguruskan duit rakyat dan bukannya pemilik mutlak.
Tahniah cikgu, selamat berkhidmat dengan cemerlang dan menikmati DG 54 atau ke atas dengan segera.
Org klate
biarlah para pembaca dgn sikap, guru bashid. saya nak tengok sejauh mana umno/bn nak dengar kata dia, kerana umno/bn sekarang ni lebih dengar kata org ‘Lain’ dan kata RM. kita tengok 4 tahun akan datang apakah umno/bn berubah atau akan dengar cakap gurubashid.?
Masa pak lah naik PM masa itu pun umno/bn bukan main lagi janjikan pelbagai perubahan, hasilnya kos hidup rakyat makin naik, pemimpin angkuh, bongkak, tak nak dengar cakap rakyat dll.
Bagi saya sekarang masa majoriti rakyat dah tak nak dengar lagi apa yang kerajaan atau media pengampu katakan, majoriti rakyat hanya fokus satu matlamat sahaja iaitu tukar kerajaan sekarang kepada PAKATAN RAKYAT.
TQ
Anda Cikgu? Setiap orang berbeza betul? Ya anda memang berbeza, Nik Aziz berbeza,
“Pada saya tidak ada bezanya antara Nik Aziz dengan orang lain dari segi potensi untuk melakukan kesalahan. Saya tidak pernah menganggap Nik Aziz lebih istimewa daripada orang lain sehinggakan membutakan mata hati saya daripada menyaring apa jua yang Nik Aziz buat dan katakan.”
Tapi pendapat cikgu meleset dari pendapat pakar pakar dunia. Saya pusing bergini pula. Seorang yang pakai tudung litup dengan orang yang pakai seksi, adakah mereka mempunyai potensi dirogol yang sama?
Kesimpulan : Cikgu berhenti ajelah jadi cikgu, jadi ahli politik UMNO saja.
Salam cikgu,
Menjadi penyokong kerajaan dan menjadi penyokong sebuah parti politik adalah dua perkara yang berbeza sekali. Kita patut menyokong kerajaan yang berlaku adil, amanah dan menjaga rakyatnya tidak mengira apa falsafah politik yang mereka anuti.
Kita wajib patuh kepada pemerintah namun untuk patuh kepada sebuah parti politik yang korup dengan rasuah bukanlah satu kemestian.
Ada mata, lihat-lihat, ada telinga, dengar-dengar, ada akal, fikir-fikirkanlah.
Aslmkm,
Saya setuju pendapat Cikgu tu. Setiap manusia berpotensi melakukan kesalahan tak kira alim ulama’ atau yang lain. Kita bila nak mengubah budaya dan kepercayaan orang lain bukannya dalam masa sehari dua. Tak boleh dan amat sukar. Walau pun begitu, UMNO telah pun melakukan banyak perubahan dari segi pendekatan dakwah secara ilmiah bukan ekstrim seperti sering mengkafirkan saudara sendiri. PAS. Nabi Muhammad SAW sebagai bukti dakwah baginda memakan masa yang panjang. Sedarlah ahli-ahli PAS jangan syok sendiri bahawa Allah SWT telah menjanjikan syurga kepada anda sekalian. Takwa kepada Allah SWT jua yang berhak.
Umat Islam sekalian, mari kita tingkatkan syiar Islam yang kita amalkan melalui penyatuan persaudaraan kita bersama.
Bersatu tak rugi.
Sebagai renungan bersama….
BN & UMNO dlm cerita cikgu ni perlu dibaca sbg KERAJAAN.
saya rasa ia adalah pendirian yg bgus sebagai seorg penjawat awam untuk terus menyokong kerajaan.
x salah untuk kita memilih siapa yg hendak disokong. tetapi kalau boleh biarlah kita bersifat kritis untuk menilai apa yg ada di depan mata. jgn kita hanya suka melihat yg tersurat sampai terlupa yg tersurat.
mengenai perkara seorang yang pakai tudung litup dengan orang yang pakai seksi, adakah mereka mempunyai potensi dirogol yang sama?
jawapan saya adalah YA!
sebab ia bergantung pada kehendak & citarasa perogol itu sendiri utk memilih yg mana dia nk rogol dulu.. kena pulak perogol ni jenis yg ala2 ‘kinky’ yg selalu inginkan kelainan..agk2 yg mana dia terkam dulu
Saya sebagai seorang guru..menyokong penuh pandangan anda…Alhamdulillah kerana anda berfikiran rasional…pemikiran yg beginilah yang akan membantu Agama,Negara dan Bangsa…bukan pemikiran Agama yang cetek….yg memandang “Zahir” itu sebagai pembawa Agama yang mutlak…
Tolong keluarkan statistik Orang yg memeluk Islam di Kelantan semenjak Nik Aziz menjadi pemerintah??? dan bandingkan dgn statistik semasa UMNO memerintah…jika benar mereka sebagai Pembawa Agama…
Saya tetap mendahului UMNO…kerana…”Melayu itu adalah Islam, Dan didalam Islam itu ada Melayu..” - Ucapan dari Allahyaraham Malik Amrullah(HAMKA)..
*pembetulan…Saya tetap mendahulukan UMNO…(saya tetap mendahului UMNO)
ikutlah al quran dan sunnah agar PAS tak punah dan memusnahkan pengikutnya
Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS- iaitu Husam dan Kamaruddin Jaafar- mempercayai janji berbilion yang dicurahkan ke Kelantan jika Anwar jadi PM. dan jangan lupa PRU 12 Anwar yang “belanja”.
Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.
Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.
Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah Haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.
Golongan pro-Hadi secara diam tahu tentang masalah tabi’i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. Hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apabila DAP dan PR berjaya lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.
DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. ‘If you can’t beat them, join them and then destroy them.’
Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? Jadi DAP dah pun kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Para peramal mengatakan PRU 13 PAS mampu pertahankan Kelantan sahaja.
Maaf tapi Tok Guru Nik Aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat. Beliau lebih melihat kapada kepentingan yang boleh didapati Kelantan. ramai mungkin ingat beliau pernah melobi Dr M supaya menjadikan Ku Li PM selepasnya.
Haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. Jadi PAS Kelantan cuma cawangan PKR?
Kalau tak suka kerja dengan kerajaan UMNO/BN minta dia orang kerja dengan Kerajaan bapak DAP di Singapura tu (Kerajaan PAP). Macam mana orang kita di sana. Selesa. Kenapa tak peka tentang politik Melayu. Cuba kerja dengan syarikat bukan Melayu..kalau tak ditindas… kajilah dulu jangan marah-marah melulu pada Guru Bahsid
Dia memang nampak apa yang dikatakannya. Dia melihat jauh ke dalam dalam menganalisis sesuatu perkara
Mujurlah pemimpin negara yang dilahirkan daripada UMNO terus bertegas dan berpegang teguh kepada perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi negara sebagai asas dalam membangunkan negara ini.
Mereka telah berjaya membunuh Sosilawati. Tetapi disebabkan itu juga banyak kes lain akan dibongkar. Inilah antara maksud hidup bagi yang terkorban
Mereka hanya membunuh jasad Sosilawati, tetapi bukan rohnya
PAS tahu nasib mereka tidak begitu jelas di Galas. Mereka sendiri meramalkan akan kalah dalam Pilihan Raya kecil itu. Sebab itu mereka tidak ada cara lain selain melakukan perang psikologi atau perang saraf dengan cuba menimbulkan kemarahan dan kebimbangan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Dengan kebimbangan dan kemarahan itu, mereka mengharapkan ada kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang melompat, melatah dan ketika itulah mereka mengharapkan banyak kesilapan yang akan dilakukan oleh UMNO. PAS mengharapkan ada kenyataan yang silap di pihak UMNO daripada provokasi yang mereka mulakan. Kesilapan itulah nanti yang akan mereka besarkan saiznya dan canang ke sana ke mari. Inilah taktik tradisi PAS sejak sekian lama jika mereka melihat mereka tidak ada peluang untuk memenangi sesuatu Pilihan Raya.Realitinya di Galas, mereka memang tidak mampu, tetapi untuk satu kerusi di Galas mereka tidak mahu rakyat nampak tentang ketidakmampuan mereka itu daripada diri mereka sendiri. Mereka mahu ketidakmampuan mereka itu dicetuskan oleh UMNO dan dengan cara ini mereka boleh menyalahkan UMNO kembali.
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan ke atas Dr Mahathir dan Menyungkurkan Azmin
Leave A Reply