1 Dalam pertemuan dengan guru-guru semalam, rupa-rupanya masih ramai yang belum jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan Pelan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. Yang paling menjadi masalah buat mereka ialah bagaimana menulis ketiga-tiga pelan tersebut.
2 Pelan Strategi biasanya sudah ada di sesebuah sekolah. Suatu ketika dahulu ia lebih dikenali sebagai blue print atau rancangan jangka panjang sekolah. Biasanya diunjurkan untuk suatu tempoh masa dari 3 hingga 5 tahun.
3 Jika pelan strategi di sekolah anda akan tamat tempohnya pada hujung tahun 2010, ini bermakna pihak pengurusan tertinggi sekolah patut duduk sekali lagi bagi membuat pelan strategi yang baru untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
4 Sepatutnya Pelan Strategi sudah sedia ada dan telah digubal oleh pihak pengurusan tertinggi. Ia mengandungi visi, misi, hasrat pihak sekolah dan program-program besar yang dirancang di bawah empat bidang utama iaitu pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Pelan taktikal hanyalah terjemahan daripada pelaksanaan hasrat besar itu dalam bentuk program dan aktiviti.
5 Jika pelan strategi dibuat oleh pihak pengurusan atasan, atau bersama dengan wakil pihak pengurusan pertengahan dan bawahan, pelan taktikal pula melibatkan semua individu yang bekerja untuk organisasi itu. Dalam konteks sekolah ia melibatkan semua guru subjek yang mengajar sesebuah kelas.
6 Sementara pelan operasi pula ialah sehelai kertas yang mengandungi proses kerja yang menunjukkan dengan jelas langkah-langkah atau tahap demi tahap yang perlu dilakukan dalam melaksanakan satu daripada program yang disebut dalam pelan taktikal tadi.
7 Maksudnya jika kita hendak melaksanakan kelima-lima program yang disebut dalam pelan taktikal tadi, kelima-lima program itu mesti ditunjukkan operasinya dalam kertas kerja yang berasingan. Satu kertas kerja bagi satu program.
8 Dalam erti kata yang mudah, pelan taktikal menyenaraikan beberapa program utama yang perlu dilaksanakan dalam tahun semasa (contoh 5 program dalam tahun 2010) yang turut dilengkapkan dengan kumpulan sasaran, siapa yang bertanggungjawab, tarikh pelaksanaan dan kos serta lain-lain yang perlu.
9 Apabila setiap satu program dalam pelan taktikal sudah pasti dan sudah diputuskan untuk dilaksanakan barulah dibuat pelan operasi.
10 Jangan menyusahkan diri anda untuk memahami maksud pelan operasi. Sebenarnya ia tidak ubah seperti kertas kerja, tetapi dalam pelan operasi perkara yang wajib ditunjukkan dengan jelas ialah proses kerja atau langkah-langkah yang tersusun tentang bagaimana program yang dipilih itu akan dilaksanakan.Butiran lain seperti yang biasanya terkandung dalam kertas kerja boleh sahaja diabaikan.
11 Kalau dalam pelan taktikal perkara yang ditekankan ialah program yang hendak dibuat, dalam pelan operasi pula yang ditekankan ialah proses kerja itu.
12 Sama ada namanya pelan taktikal mahupun pelan operasi, seelok-eloknya dibuat dalam sehelai kertas dan ditulis dalam sebelah muka surat sahaja.
13 Ayat yang digunakan dalam pelan taktikal dan pelan operasi hendaklah ringkas, padat dan tepat, bukan seperti menulis kertas cadangan, kertas projek atau kertas kerja seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.
Hakcipta Abd Bashid Harun





3 users commented in " Pelan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbacksekolah dah jadi syarikat / kilang ke ? banyak lagi yang diperlukan perhatian daripada duduk reka macam2 pelan ni…buku pelajar tak sempat nak periksa inikan pula disumbat dengan pelan pengurusan syarikat…kesian pada cikgu-cikgu kita.
Terimakasih kerana sentiasa memberikan
maklumat untuk panduan para guru.Jiwa raga Cg
sebati dengan pendidikan.
Saya mula menjawat sebagai GPK dengan tugas sebagai GPKKO pada 15Jan 2009 di SK Saujana Setiu
Seterusnya pada 22April 2009 sebagai GPKKO di SK Gong Kapas.Rupanya SKGK dalam persiapan untuk
penilaian ASC 2009.Dalam masa yang singkat sebelum
kehadiran Jemaah Nasir SKPM pada 4Mei 2009 saya
cuba memahami Pelan Strategi,Pelan Taktikal dan
Pelan Operasi SKGK.Dalam masa belum pun setengah tahun sebagai GPK ditakdirkan saya
mengadap Jemaah Nazir yang tidak pernah saya
berhadapan sebelum ini.Dalam sesi soal jawab dengan En.Alkashah Nazir Kokurikulum dari 9am -
2pm adalah pengalaman yang tak ternilai.
Entah mungkin juga secara kebetulan saya dapat
mengahadapi tugas tersebut ; maklumat Kokurikulum SKGK dari tahun 2006-2008.
Rezeki menyebelahi SKGK berjaya ASC 2009 .
Kejayaan adalah milik warga SKGK yang terdahulu
dari saya kerana saya sekadar menjalankan tugas dalam masa kehadiran saya yang tidak terduga oleh saya.
Dari apa yang saya lalui ketiga-tiga pelan yang
dijelaskan oleh Cg adalah salah satu faktor yang penting untuk melayakkan ke pencalonan
ASC.Seanadainya catatan Cg pada blog ini saya
baca pada sebelum penilaian Jemaah Nazir sudah
tentu membantu saya untuk memahami pelan-pelan
tersebut dengan lebih mudah & menjimatkan masa.
Terimakasih Cg Bashid ; Cg Anisah Roslina ,
GPKHEM SKPB 15 Okt 2009 - ….
Tuan,
Terima kasih kerana mengusahakan blog yang mampu menjadi sumber bacaan guru-guru yang sukakan ilmu.
Saya membuat carian terhadap key:mentor, mantee dlm blog tuan tetapi nampaknya tiada satu pun entry yg berkaitan dengannya.
Saya baru sahaja melancarkan program mentor mantee disekolah saya. Semuanya berjalan dengan baik dan teratur- mendapat pujian daripada rakan guru dan reaksi yang positif daripada murid (daripada komen borang refleksi). Tetapi semasa memandu balik kerumah petang itu saya berfikir tentang kemana hala tuju program itu, dengan kata lain soaoan yang bermain difikiran saya sepanjang perjalanan ialah: Sejauh manakah program mentor-mantee boleh melonjak kecemerlangan murid dari segi akademik, sahsiah dan disiplin? (Mcm soalan PTK!)
Biar saya gambar senario ini. Sekolah kami punyai 50 orang guru yang akan menjadi mentor kepada 300 orang calon pmr/spm tahun ini. Ini bermakna setiap seorang akan memimpin 8 orang pelajar. Jika 5% daripada mereka adalah guru yang baik dan 5% guru bermasalah(dlm 3 orang setiap kategori), maka 24 orang murid akan mendapat manafaat yang optimum, dan 24 orang lagi tidak mendapat pengalaman apa-apa, malah mungkin bakal dirosakkan minda mereka dalam program ini kerana sikap guru.
Salah satu arahan yang paling mudah yang diberi dalam taklimat ialah mesti membuat sesi pertemuan dalam kedudukan bulatan atau separuh bulatan supaya dapat face-to-face dengan murid. Lihat saja gambar-gambar yang saya rakam dalam blog http://inlocoparentis-my.blogspot.com/, memang ada yang tak ikut aturan. Tak usah cakap guru yang tak mengisi borang-borang yang perlu diisi semasa sesi dan ada juga yang isi dengan tidak serius/main-main.
Adasampai ke pengetahuan saya apabila seorang guru merungut tentang sesi pendaftaran yang agak kalut, seorang guru lain menjawab: ‘Inilah yang kita mahu!
Saya berhasrat untuk menggugurkan beberapa guru daripada menjadi mentor, tetapi bimbang kesan lain pula yang timbul.
Adakah tuan pernah menjalankan akktiviti yang serupa ini atau ada apa-apa ide berkenaan dengannya?
Terima kasih kerana memberi perhatian.
Leave A Reply